Zara hanya memandang Farhan yang sedang memesan makanan kepada pelayan tersebut. Berat hatinya untuk menceritakan perihal sebenar. Farhan terus berpaling ke arah Zara. Tangannya dilambai-lambaikan ke arah Zara.
" Zara, are you okay?" Soal Farhan. Risau pula dia kerana belakangan ini Zara banyak mendiamkan diri. Adakah sebab dirinya juga yang melamar Zara. Tapi, salah ke benda tu? Bukan perempuan akan suka ke kalau dilamar.
"Saya ada benda nak luahkan pada awak. Tentang kisah silam saya. Saya kalau boleh nak terima awak tapi tak boleh sebab saya rasa tak sempurna untuk awak. Sebenarnya saya..." Belum sempat Zara menerangkan kisahnya, tiba-tiba sahaja ada yang mencelah.
" Eih, Farhan. Mama ingat kamu dah balik rumah dah." Ucap Puan Maryam. Dia terus memandang wanita yang berada dihadapan anaknya lalu tersenyum.
" Ouh.. Inilah bakal menantu mama ya. Macammana dah settle ke?" Soal Puan Maryam lagi. Zara hanya tersenyum tanpa ikhlas. Tangan Puan Maryam disalam.
" Mama, i'm sorry. But can you give us some time?" Soal Farhan lembut. Puan Maryam hanya mengganggukkan kepala sambil tersenyum. Faham akan kehendaknya dia berlalu pergi. Ketika itu pula makanan tiba.
" Kita makan dulu,okey" Kata Farhan. Zara hanya menganggukkan kepala. Setiap suapan yang ditelan ibarat menelan pasir. Usai sahaja makan malam, Zara terus bertanya kepada Farhan.
" Mama awak terima saya ke?"
" Mama saya dah lama terima awak sebab saya selalu ceritakan pasal awak dekat mama saya tau."
" Siapa nama mama awak?" Soal Zara.
" Maryam Amina." Jawab Farhan pendek.
"Farhan..." Panggil Zara perlahan. Farhan memandang Zara perlahan.
" Saya terima lamaran awak." Ucap Zara yakin.
____________________________________
okey, ni chapter yang telah dijanjikan. Dah kenapa pula tiba-tiba je si Zara ni nak terima lamaran Farhan..herm..Nak tau, bacalah sampai habis. Banyak rahsia nak bagitau ni. Sorry chapter agak pendek. -please love me-
YOU ARE READING
Godaan Dendam
RandomAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...