" Abang buat apa ni? Lepaslah. " Rayu Zara.
" Shh.. Zara jangan takut. Kalau jadi apa-apa abang tetap bertanggungjawab. Abang sayang Zara." Ucap Nafis. Dia sudah mula mendekatkan diri ke arah Zara.Zara sudah berundur mendekati dinding. Zara terus berpaling ke arah lain. Mahu melarikan diri.
"Zara nak pergi mana? Tau tak abang sayang Zara. Cintakan Zara. Abang tak nak Zara bercinta dengan budak bodoh tu."Luah Nafis sambil memeluk badan Zara dari belakang. Zara sudah kehilangan tenaga kerana takut dan juga banyak menangis.
" Zara tak suka dia pun. Lagipun Zara sekolah lagi. Takkanlah Zara nak bercinta. Abang jangan risau. Zara takkan layan mana-mana lelaki. " Balas Zara dengan lembut. Dia mahu menguasai situasi ini menggunakan psikologi.
"Alah, budak sekarang darjah 3 pon dah bercinta. Takkan Zara dah form 5 tak ada rasa nak bercinta? Tapi tak apa. Abang pegang kata Zara. Kalau abang dapat tau dari junior abang yang Zara bercinta atau dekat dengan mana-mana lelaki, siap. " Ucap Nafis lembut tetapi tegas. Nafis yang lebih tua tiga tahun berbanding Zara terus berlalu meninggalkan bilik Zara. Kunci pendua bilik Zara yang masih ada pada tombol pintu, diambil Nafis. Zara teru meluru menutup pintu biliknya. Dia bersandar pada pintu lalu melurut terjatuh. Dia tidak kuat.
" Sayang, jauh termenung? " Soal Farhan sambil mengetuk meja kerja Zara berulang kali. Zara yang tersedar dari ingatan lamanya terus tersedar.
" Sorry. Awak ada cakap apa-apa ke?" Soal Zara. Dia mengemas failnya lalu mencapai beg tangannya meninggalkan meja kerjanya.
" Awak balik naik apa? Kereta awak rosakkan? Jom saya hantar awak balik. " Pelawa Farhan. Zara hanya mendiamkan diri. Dia menekan punat lif yang menunjukkan arah bawah.
" Tak apa. Dah ada orang ambil. " Balas Zara .
" Zara saya ada buat salah ke? Atau awak ada masalah apa-apa? " Soal Farhan lagi. Jujur dia mahukan penjelasan. Hampir dua minggu hubungan mereka agak hambar.
"Nothing. I'm okay. Don't worry." Ketika itu pintu lif terbuka. Zara terus melangkah masuk ke dalam lif diikuti oleh Farhan tetapi dihalang oleh Zara.
" Farhan, I perlukan ruang untuk berfikir. Sorry. Saya tau saya dah buat keputusan terima awak. Tapi, saya masih ragu lagi dengan keputusan saya. Sorry. " Terang Zara. Farhan terus melangkah keluar dari lif tersebut. Sebelum pintu lif ditutup Farhan menahan pintu lif tersebut.
" Zara,saya tak pernah paksa awak. Saya dah kata, saya akan bagi awak masa berfikir. Jadi, fikirlah sebanyak mana yang awak nak." Ucap Farhan lalu melepaskan pintu lif tersebut.
" Awak balik naik apa? " Soal Farhan.
" Naik kereta. Farez jemput. " Serentak itu pintu lif tertutup.
____________________
Sorry guys, lambat update. Lately ni super duper busy with quiz, presentation. Hectic week duh.. Btw, amacam chapter kalini? Sorry sbb agak pendek. Tapi ni je mampu saya buat. In shaa Allah, esok malam saya update lagi. Esok ada program dr 7.30-5.00 pm.... Skrapp ppap pap pap *eihh* hahaha.. Btw, happy readings and don't forget to share your though.
-love me back-
YOU ARE READING
Godaan Dendam
RandomAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...