" Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya, Zara Inara binti Kamil selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan,dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah,dan ia memberi kepada mahkamah syariah,yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk." Ucap Farhan di hadapan Zara.
Zara menitiskan air matanya. Keliru dengan perasaannya. Gembira? Sedih? Takut? Farhan menghulurkan tangannya kepada Zara untuk bersalam. Usai bersalam, Farhan tidak mencium dahi Zara tetapi dia meletakkan tanggannya di ubun kepala Zara.
" Ya Allah, semoga perjalanan kami sebagai suami isteri dipermudahkan. Jauhkanlah kami dari segala perkara yang boleh meruntuhkan mahligai yang kami bina." Doa Farhan. Zara berasa sesuatu menusuk ke tangkai hatinya.
------------------------------------------------------------
" Mak Som, Zara dah sampai rumah Farhan. Terima kasih Mak Som atas segalanya. Mak Som duduk jelah rumah saya ya. Jangan tiba-tiba pergi rumah Cik Siti pulak." Gurau Zara. Sempat juga dia menyebut nama ibu saudaranya yang merupakan adik kepada ibunya.
" Sunyi Mak Som macamni. Nak ke rumah mak cik kamu pun tak boleh. Oklah Zara, Mak Som nak rehat dulu. Kamu jangan cepat naik marah ya. Assalamualaikum. Jangan lupa roger mak cik kamu tu." Balas Mak Som. Sempat lagi dia memberi nasihat kepada majikannya.
"Hahahahaa. InsyaAllah, Mak Som. Oklah,Zara pon nak rehat. Tadi lagi Zara dah call Cik Siti. Jangan risaulah. Waalaikumsalam." Jawab Zara. Terhibur dia mendengar ayat Mak Som.
Zara terus bangun lalu mencapai beg bajunya. "Hurm,nak susun baju tapi tak tau nak letak mana. Penuh je semua. Nantilah dulu. Mandi dululah." Omel Zara. Si Farhan pula hilang dari radar. Zara terus memilih pakaiannya untuk diambil bersama tuala dan alat mandinya.
------------------------------------------------------
Usai Zara mandi, dia terus mengeringkan badan mengunakan tuala. Dia mencapai pakaiannya. " Adoiiiii. Macammana boleh cicir pulak seluar aku ni. Mampos. Pakai jelah tuala ni. Buat chil,buat relax." Omel Zara.
"Cik Zara oi,lama lagi ke dalam bilik mandi tu?" Soal Farhan sambil mengetuk pintu bilik mandi tersebut. Matanya tiba-tiba terperasan sesuatu jatuh di lantai. Dia tersengih.
" Kejap!" Balas Zara. "Hentam jelah Zara oi. Keluar je." Bisik hati Zara. Dia mengikat ketat tuala mandi di pinggangnya.
" Ha, keluar pon." Ucap Farhan. Matanya terus memandang betis Zara secara spontan. "Sabarlah wahai hati." Bisik Farhan.
" Tepilah. Nak ambik seluar. Ishh,sibuk je." Zara terus menolak Farhan perlahan.
" Cari ni ke?" Soal Farhan sambil tersenyum sinis.
" Bak sini!"
"Tak mau."
"Bagilah awak. Tak kelakarlah." Suara Zara mula perlahan seakan memujuk.
" Bagi ni dulu." Jawab Farhan sambil jari telunjuknya diarahkan ke pipinya.
" Eeeeeeee." Zara mula mengganas. Hampir saja dia ingin mencapai seluar tersebut tetapi Farhan sempat mengelak dengan gaya berpusing.
"Sudahlah. Ambik yang lain jelah." Balas Zara. Malas nak layan. Dia terus berpusing dan melangkah pergi ke arah beg bajunya. Baru saja dia ingin mengangkat beg tersebut ke atas katil, tiba-tiba sahaja ada sesuatu melingkar di pinggangnya. Ya, itu tangan Farhan.
" Farhan,apa ni?" Soal Zara dalam ketakutan.
" Shhhh." Bisik Farhan perlahan.
--------------------------------------
Ok,i'm back. almost setahun tak sambung cerita ni. Hope u guys still enjoys and keep support my story. I love u,my readers. ouh ya, don't forget to hit the vote button,
YOU ARE READING
Godaan Dendam
عشوائيAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...