Hari baru untuk Zara, sama sahaja seperti sebelum ni. Dia termenung sahaja di dalam lif sementara tiba di aras tempat dia bekerja. Keluar sahaja dia dari lif dia bertembung dengan seseorang. Hampir sahaja dia terjatuh bila kaki kirinya tidak stabil tetapi sakit jugalah kaki kirinya. Itulah pakai lagi kasut tinggi. Lelaki itu sempat memegang lengan Zara untuk membantu. Nasib baik berlapik.
" Ops,sorry." Ucap lelaki itu. Dia terus melepaskan Zara. Zara hampir terjatuh lagi kerana kaki kirinya masih terasa sakit. Secara drastik Zara memegang lengan lelaki tersebut.
" Saya bukan nak ambil kesempatan nak pegang awak. Tapi kaki saya sakit. Boleh tak kalau tolong saya pergi dekat kerusi tu je. " Soal Zara tanpa memandang wajah lelaki itu. Gedik lagi nak datang awal sangat. Mana ada orang.
" Mak cik cleaner confirmlah tengah bersihkan aras lain pulak. Aduihh" Omel Zara dalam hati.
" Anything for you, Zara. " Ucap lelaki itu. Zara pelik bila lelaki itu mengenalinya. Suara dia juga macam pernah didengar. Zara terus mendongak.
" You?! "
---------------------------------
Farhan kembali ke bilik kerjanya. Ingatkan dia datang lebih awal dari kebiasaanya harini untuk berbincang berdua dengan Zara. Bila teringat dia ada tertinggal satu dokumen di dalam keretanya, dia terus menuju ke luar.Baru sahaja hendak sampai ke ruangan lif dia terlihat Zara yang sedang ketawa sambil memegang lengan lelaki tersebut. Lelaki yang amat dia kenali.
" Farez." Sebut Farhan perlahan. Dia mula mengepal penumbuknya. Giginya diketap kuat. Dia terus masuk ke dalam bilik kerjanya.
" Zara,kau nak mainkan aku ke? Si Farez tu, apahal dia buat dekat office aku ni? Shit. I'm sorry Zara. Before ni aku masih ragu-ragu untuk aku teruskan rancangan aku. Tapi, sekarang semuanya dah muktamad. I'll go on with my plan. " Ucap Farhan. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
-------------------------
" Thanks." Ucap Zara. Dia terus menanggalkan kasutnya. Pergelangan kakinya digosok. Mahu menghilangkan rasa sakit." Kau buat apa dekat sini? Awal lagi ni. Pekerja lain pon tak datang lagi. And macammana kau masuk sini. Lepas pulak guard tu bagi kau masuk. " Soal Zara laju.
" Aku jumpa Encik Husin lah. Patut appoinment pukul 8.30 pagi ni. Tapi dia nak awal. Tak perasan ada clash masa. Lagipun jumpa dia nak minta persetujuan dengan sign untuk agreement je. " Jawab Farez. Farez memandang kaki Zara.
" Kaki kau macammana? Boleh jalan tak? " Soal Farez.
" Tadi je macam tak boleh. Ni okeylah. Bolehlah jalan. Tapi, slow sikitlah. Tapi aku nak mintak tolong kau boleh? "
" Ambilkan flat shoes aku dekat dalam kereta aku. Kasut yang kau belikan untuk aku dulu tu. Kereta aku kat seberang jalan depan ni je. "
" Boleh. Meh sini heels kau tu. Kunci kereta mana? Suruh orang ambik tapi tak bagi kunci. " Omel Farez. Zara tersenyum lalu menghulurkan kunci keretanya.
" Jap, aku pergi ambil. "
--------------------------
Zara cuba berjalan seperti biasa. Walaupun masih boleh berjalan, tapi sakitnya masih ada." Zara, masuk kejap. " Zara terus bangun apabila mendengar arahan dari Farhan. Dia berharap perangai Farhan tidaklah seperti semalam. Dia terus masuk ke dalam bilik kerja Farhan setelah mengetuk pintu.
" Zara, malamni awak kena ikut saya. Saya ada appoinment dengan Balqis. Pukul 9 malam. Alright? "
" Tapi, saya rasa appointment encik dengan Cik Balqis pukul 11 ni. Malam tak ada pon dalam schedule encik." Soal Zara pelik. Pihak Cik Balqis pun tidak memaklumkan apa-apa. Farhan berdehem.
" Malam ni untuk private matter. So, just follow me. "
" Alright. " Balas Zara sambil mengukir senyuman. Farhan terpana. Farhan terus membalas senyuman tersebut. Sungguh dia rindu hubungan seperti dulu. Zara terus beredar keluar dengan perlahan.
" Tonight, you're gonna be mine."
=====================
Boring ke chapter ni? Alorh, jgnlh mcmtu. Saya cuba luangkn msa menulis ni. Btw, lagi beberapa minggu sya nk final exam. Kalau saya rasa saya boleh update utk next chapter, saya update ler. Tapi kalau tak, mohon bersabar. Jgnlah delete dr library awk tu.Next chapter jd apa erk? Btw, Balqis ni apa kaitannya dengan rancangan si Farhan.
Okey nak tnya, korang team siapa? #teamfarhan ke #teamfarez ? Ke nak buat team yg bru? 🤔 nak tau jugak. Mana tau boleh ubah ending
-please love me-
Don't forget to vote.. 😘
![](https://img.wattpad.com/cover/139721202-288-k443645.jpg)
YOU ARE READING
Godaan Dendam
RandomAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...