Zara terus berdiri apabila Farhan melangkah ke arahnya.
" Kita kahwin. " Ucap Farhan.
" Are you crazy?!!" Soal Zara dengan nada yang agak tinggi.
" Before this awak dah setuju kan? Ke sebab Farez awak jadi macamni?" Soal Farhan geram. Zara buntu. Dia mahu berkahwin dengan Farhan dan melaksanakan dendamnya. Entah kenapa dia mula rasa tidak bersedia.
" Look, Farhan. I'm sorry.. i think I'm not re..." Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya Farhan mula mencengkam kedua-dua bahu Zara kuat.
" Zara, you're mine. Jangan sesekali awak boleh mainkan perasaan saya. Terima perkahwinan kita. Kalau tak saya akan pastikan perkara yang jadi berlaku lagi malah ada bukti lagi kukuh untuk kita nikah. You know what i meant right?" Terang Farhan sambil melemparkan senyuman sinis.
Zara berasa takut. Nampaknya dia bermain dengan salah orang. Tidak sangka Farhan yang lembut melayannya jadi sekasar ini. Jauh di sudut hati dia berasa kecewa.
" Alright." Setuju Zara perlahan. Jujur dia takut.
" Good girl." Balas Farhan lalu beredar dari situ. Zara terus terduduk di bangku tersebut. Lututnya lemah.
-----------------------------------------------
Farez bermain-main dengan telefon pintarnya. Airnya juga sudah tinggal separuh. Orang yang ditunggu tidak datang-datang juga.
" Farez,sorry lambat." Ucap Zara.
" No, it's okay. Tapi aku nak tau apa yang dah jadi beberapa hari lepas? Aku call, kau tak angkat. Whatsapp tak reply. Fyi, aku dapat gambar ni malam tadi. Any explanation?" Balas Farez dengan nada yang keras tapi perlahan. Telefonnya diberikan kepada Zara untuk Zara lihat gambar yang dia dapat dari seseorang.
" Mana kau dapat semua gambar ni?" Soal Zara. Gambar itu ketika Zara dan Farhan diiring keluar bersama dengan pegawai jabatan agama Islam.
" So, betullah. Zara kalau kau nak balas dendam dekat abang si Farhan tu bukan cara macamni. Lagi satu Farhan tak salah. Yang salah abang dia. Kalau kau betul cintakan dia, lupakan dendam kau and please jangan buat benda bodoh ni. Kau kena jaga maruah kau." Panjang lebar Farez berkata. Raut wajah Zara sudah berubah.
" Aku masih ada maruah lagi ke nak dipertahankan?" Soal Zara perlahan. Air matanya yang mengalir terus diseka.
" Zara...." Zara mengangkat tangannya sebagai tanda untuk Farez berhenti bercakap.
" It's okay. Aku je yang sensitif. Cuma satu je aku mintak dalam hal ni tolong percaya aku. Aku tak buat benda-benda ni semua. Buat apa aku nak perangkap Farhan sedangkan aku yakin yang Farhan nak kahwin dengan aku. Tapi, sekarang ni aku rasa Farhan dah berubah. Dia bukan Farhan yang aku kenal. Entahlah. Sekarang ni aku risau kalau dia tahu kisah silam aku. Kalau aku berhenti balas dendam, Farhan nak ke terima perempuan macam aku ni? Aku dah confuse. Perangai dia ni macam dia pulak yang tak puas hati dengan aku." Balas Zara.
" Zara aku nak kau tau. Aku akan selalu ada dengan kau. Tapi, aku nasihatkan kau kalau kau tak yakin nak teruskan semua ni, berhenti sekarang. Benda ni melibatkan ikatan. Kau bukannya lelaki yang boleh senang-senang nak lafaz cerai. So, please stop everything before it getting worse." Nasihat Farez.
" Semua ni dah tak boleh nak hentikan. Minggu depan aku akan bernikah." Jelas Zara dengan laju. Dia terus mencapai beg tangannya lalu beredar. Farez hanya tersenyum melihat Zara beredar. Namun senyumannya ditemani air mata.
" I wish your happiness, Zara Inara." Bisik hati Farez.
=================================
Okey guys.... Saya betul-betul minta maaf sebab memang dah lama sangat tak update sampai saya sekarang ni pon dah lupa nama watak, plot cerita. Nampak gayanya plot sekarang ni agak bersepah. Jadi saya mohon maaf di atas segala kekurangan. Terimalah chapter saya yang tak seberapa ni. 11 nov saya pun dah start semester terakhir. Doakan saya dimurahkan rezeki untuk melanjutkan pelajaran lagi. Terima kasih atas sokongan tidak terhingga. I love you. Okey, rasa macam buat syarahan pulak... btw, don't forget to hit the vote button...
if u have any idea to share please pm me. I,ll gladly to hear it and mention yours.
YOU ARE READING
Godaan Dendam
RandomAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...