Bab 2

659 40 1
                                    

" Tolonglah jangan macamni. Lepaslah." Rayu Zara. Dia sudah mula tidak berdaya.

"Kau milik aku, Zara. Milik aku." Ucap lelaki itu sambil tersenyum sinis.

"Lepaslah!!! "Jerit Zara sekuat hati. Serentak itu dia tersedar.

"Astaghfirullahalazim." Ucap Zara sambil meraup wajahnya.  Air matanya dikesat. Dia menggenggam erat selimutnya bagi menghilangkan rasa gemuruh.

"Arghh!!  Aku benci kau. Disebabkan kau aku tak berani nak cuba hidup bahagia. Disebabkan kau, aku takut nak terima Farhan. "Jeritnya. Dia mula menarik-narik rambutnya. Kusut. Dia takut kalau Farhan tidak menerima dirinya.

" Ya Allah, Zara. Kenapa ni? " Soal Mak Som,pembantu rumahnya. Tubuh Zara terus dipeluknya.

"Mak Som, Zara tak kuat. Kenapa macamni hidup Zara? Zara keliru Mak Som. Zara takut. "Adu Zara. Mak Som yang tahu segala rahsia Zara hanya mampu mengusap badannya.

"Zara dengar sini. Mak Som yakin Zara boleh bahagia. Zara terima saja Farhan. Inshaa Allah kalau Farhan sayang Zara,cintakan Zara, mesti dia terima. Apapun, jangan lupa Mak Som sentiasa disisi Zara. Zara ni dah macam anak Mak Som sendiri dah." Pujuk Mak Som.

Zara hanya mampu membalas pelukan Mak Som. Dia bersyukur kerana masih ada lagi tempat untuk dia menumpang kasih.

"Terima kasih Mak Som. " Ucap Zara dengan nada sendu.

----------------------------
Zara mengetuk pintu bilik pejabat bossnya.  Memang lumrah sebagai setiausaha bagi menyediakan kopi.  Mendengar saja keizinan untuk masuk dia terus membuka pintu tersebut.

" Morning,  my love. "Ucap Farhan sambil tersenyum manis.

" Morning. By the way, saya dah cakap banyak kali kalau dekat office,please do not call me love,sayang and whatsoever lah." Balas Zara. Dia perlu menjaga nama baik juga. Selalunya kalau bekerja jadi setiausaha, mesti dilabelkan sebagai perempuan penggoda.

"Sorry." Ucap Farhan pendek. Sengaja dia mahu Mengusik Zara pagi itu. Rindu. Sedangkan selama ini dirinya juga yang mengingatkan untuk selalu profesional pada Zara.

"It's okay. Sorry juga teremo." Balas Zara sambil tersenyum. Matanya memerhati Farhan dalam.

" If you're not ready, i understand. " Luah Farhan. Dia tahu Zara merenungnya. Dia tidak mahu Zara rasa terpaksa untuk menerimanya.

"Sorry again. Lepas habis waktu office, kita jumpa. I've something to tell you."Kata Zara.

"Sure. " Jawab Farhan pendek. Dia pasti Zara pasti ada masalah.

"Inshaa Allah kalau Farhan sayang Zara,cintakan Zara, mesti dia terima." Zara teringat kata-kata Mak Som. Ya, dia perlu luahkan.

___________________
Thanks sudi baca. Harap sudilah menerima cerita tak seberapa ni. Next chapter,  dah nk mulalah dendam si zara ni.  Sebab dia ada terjumpa......  Kalau nak tau harap sabar menunggu.  Thanks NazminMohd sbb promotekan. 😘

Godaan DendamWhere stories live. Discover now