Pintu lif tertutup. Farhan tersenyum sinis. Dia meraup wajahnya. Dia terus berlalu masuk ke bilik kerjanya. Dia melipat lengan kemejanya sehingga ke siku. Dia meraup lagi wajahnya.
" Arghh!! " Serentak itu, dia menolak semua fail di atas meja terus jatuh ke bawah.
Dia terus memegang tepi mejanya dan berfikir. Nafasnya turun naik. Tanpa disedari, air matanya menitis.
" Kenapa kau buat aku macamni Zara. Kalau kau masih tak terima aku, kenapa bagi harapan. " Dia mula mengepal penumbuknya.
" Memandangkan kau bagi harapan, aku akan pastikan kau jadi milik aku Zara. Aku dah bagi kau peluang berfikir sebelum ni. Tapi kau tak nak kan? Jangan salahkan aku. " Farhan terus bermonolog. Terus sahaja dia menumbuk mejanya kuat lalu beredar pulang.
----------------------------
Zara keluar dari teksi tersebut. Ya, dia terpaksa menipu Farhan. Dia harus buat Farhan rasa tergugat. Dia mesti jalankan rancangannya untuk balas dendam." Assalammualaikum." Ucap Zara sebelum masuk ke dalam rumah. Bila melihat ruang tamu sudah gelap, tahulah dia Mak som sudah lena dibuai mimpi. Dia terus menuju ke biliknya lalu membersihkan diri.
" Aku akan pastikan, aku kahwin dengan kau. Sebab bila aku dah kahwin dengan kau, aku akan pastikan abang dengan mak kau derita. Bolehlah jugak aku acah bahagia depan abang kau. " Ucap Zara sambil menyikat rambutnya di hadapan meja soleknya.
" Sorry Farhan. I do love you. Tapi, dendam aku ni tak boleh nak dihapuskan. Hidup aku hancur. Kalau kau tak terima aku lagi lepas ni,aku tak kisah. Asalkan dendam aku langsai. "
----------------------
" Get out!!! " Jerit Farhan. Zara yang berada di luar pun boleh terkejut. Inikan lagi pekerja yang berada di dalam bilik Farhan." Zara, masuk." Arah Farhan melalui interkom. Memang dia mahu Farhan jadi sebegini. Nafasnya ditarik dalam sebelum mengetuk pintu bilik Farhan.
"Masuk. "
" Ada apa ya Encik Farhan? " Soal Zara perlahan kerana takut lagi-lagi selepas melihat fail yang berterabur pagi tadi semasa hendak mengemas bilik.
" I want you to set an appointment with Balqis. I want to meet her the day after tomorrow. That's all. Thanks. " Ucap Farhan tanpa memandang wajah Zara. Zara agak terasa dengan sikap Farhan.
" Alright. " Jawab Zara lalu beredar. Baru sahaja ingin membuka pintu, Zara menoleh ke arah Farhan.
" Farhan, awak ada masalah ke? " Soal Zara lembut. Dia tahu puncanya pasti Farhan cemburukan dia dengan Farez tapi jauh dalam hatinya dia takut dengan sikap Farhan sebegini. Atau mungkin dia rindukan sikap lembut Farhan?
" Ni tempat kerja. So, be professional." Jawab Farhan. Zara hanya tersenyum pahit. Baru dia tahu rasa sakit bila kata itu diungkapkan. Selalu dia yang berkata begitu kepada Farhan. Zara terus beredar keluar lalu menuju ke bilik air. Air matanya dilap.
" Farhan, I miss you. "
----------------------
" Mama, Farhan nak minta keizinan dengan mama. Lepasni kalau ada apa-apa yang berlaku, percayalah Farhan buat untuk diri Farhan. Mama nak Farhan bahagia kan? Jadi, Farhan nak minta maaf dulu. Mungkin perbuatan Farhan akan memalukan mama, tapi Farhan akan pastikan nama mama takkan terpalit sama. Jadi, tolong percayakan Farhan tu je. " Luah Farhan sambil menggenggam kedua tangan Puan Maryam." Farhan nak buat apa ni? " Soal Puan Maryam. Dia risau jika Farhan bakal mengikut jejak langkah Nafis. Farhan hanya mendiamkan diri. Jawapan Puan Maryam hanya dijawab dengan balasan ciuman di dahinya. Farhan terus berlalu masuk ke dalam bilik.
__________________
Hermmm... Konflik 1 dh muncul. Tapi rasa²nya bila diaorg nak kahwin erk? Yg si Nafis ni kenapa tak muncul? Ke malas nk comeback. Eih jap, nk tnya pendpt.. Balqis tu nk jdikan watak penting ke tak ya agak² korang ?Apapun teruskan membaca ya..
-love me back-
YOU ARE READING
Godaan Dendam
De TodoAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...