Bab 5

522 28 5
                                    

Zara membelek-belek telefonnya. Bosan. Menunggu kedatangan seseorang yang lewat hampir setengah jam membuatkan kesabarannya menipis. Baru sahaja hendak berlalu lengannya dipegang orang.

" Hishh, apa pegang-pegang ni. Dahlah lambat." Ucap Zara geram. Walaupun dia tidak bertudung, bukan bermaksud bahawa lelaki boleh menyentuh dirinya dengan sewenangnya.

"Opss..  Sorrylah.  Aku panggil,kau tak dengar.  Kenapa nak jumpa ni?  Rindu aku eh? " Soal Farez.

"Aku nak cerita. Aku dah nak kahwin. "

"What?!"

"Kau kenapa nak terkejut sangat. Bukannya kau tak tau aku dah lama bercinta dengan Farhan. "

"Bukan apalah.  At least before kau nak bagi berita terkejut, kasilah aku order dulu. Dahlah penat redah jalan duk sesak semacam je.  Naik motor pon macam tak boleh naik motor dah. Nak selit celah kereta pon tak boleh" Bebel Farez.  Dia terus berlalu pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.

"Dah nak kahwin jugak kau dengan mamat jambu tu erk." Omel Farez sendirian. Dia hanya mampu tersenyum. Tetapi hatinya kosong.  Dia sendiri pun tak faham. Padahal dulu hendak sangat makan nasi minyak Farhan dan Zara. Akhirnya diri sendiri yang makan hati.

----------------------------
Zara baru sahaja mengambil tempat di kerusi kerjanya terus mendapat panggilan.

" Zara, masuk sekejap. Ada benda saya nak cakap." Arah Farhan. Zara terus bangun bersama Ipad di tangannya. Mahu mencatat sesuatu yang penting. Pintu bilik diketuk sebelum dia masuk ke bilik kerja Farhan.

"Zara lunch tadi dengan siapa?  Saya baru nak lunch dengan awak. " Soal Farhan dengan nada manja. Zara hanya tersenyum melihat telatah Farhan seakan budak kecil itu.

" Tak ni apasal manja sangat macam kucing ni. Ingatkan ada benda penting ke apa." Balas Zara. Farhan sudah berubah riak muka.  Dia berdehem sebelum memulakan bicara.

" Cik adik tak jawab lagi persoalan saya. So, tadi lunch dengan siapa? "

" Lunch dgn bestfriend saya, Farez. "

" Huh,seriously. Again,that guy. Kenapa awak rapat sangat dengan dia erk? Dari dulu lagi saya duk perhati awak. Makan hati jugaklah dulu. Nasib baik saya cepat masuk jarum. " Ucap Farhan sambil mengemas fail diatas mejanya. Dia terus melangkah ke sofa dan mengambil tempat duduk.

" Meh,duduk sini. "

" Tuan Farhan,  kita dekat office. Please jangan macamni. "

"Alah sekejap je. Semenjak awak nak jadi bakal isteri saya ni, kenapa awak banyak mengelak dari saya? "

" Mana ada.  Dahlah saya keluar dulu. Bubye. " Balas Zara lalu beredar dari bilik kerja tersebut.

" Call pon jarang angkat. Aku whatsapp dia, kena bluetick. Busy sangat ke?  Atau ada benda lain dia sorokkan. " Bebel Farhan sendiri.  Dia mengeluh.
____________________
Farhan mendaki anak tangga perlahan-lahan dalam keadaan bergelap. Tidak mahu mengganggu orang lain yang berada di dalam rumah tersebut.

" Lewat kamu balik Farhan. " Tegur Puan Maryam. Farhan yang terkejut terus memegang dadanya.

" Ya Allah, mama. Terkejut Farhan. Mama ni. Dahlah gelap-gelap naik tangga.  Lampu pun samar je. Mama boleh pulak kat atas ni dengan bertepek bedak sejuk. Mana tak terkejut Farhan. " Balas Farhan. Nafas ditarik dalam sambil menggosok-gosok dadanya.

" Sorrylah. Alahai ni kenapa muka macamni?  Ada problem kat office ke? "

" Taklah mama. Cuma Farhan terfikir, Zara macam terima Farhan sebab terpaksa je. " Luah Farhan perlahan.

" Kenapa Farhan boleh fikir macamtu pulak? "

" Perangai dia dah berubah. Sekarang ni nak jumpa pon payah. Macam busy sangat. Padahal dia PA Farhan tau."

" Farhan kena fahamlah. Dia perempuan. Mungkin dia malu. Takpun dia tengah fikir macam-macam. Keluarga dia, Farhan dah jumpa ke?  Dah kenal secara dalam? "

" Keluarga dia yang pernah Farhan jumpa buat masa ni cuma mak cik dia je. Ayah dia dah lama meninggal. Yang lain Farhan tak sure lah pulak. " Jawab Farhan. Puan Maryam terus menepuk lengan Farhan kuat.

" Apa ni mama? " Soal Farhan sambil mengusap lengannya.

" Kamu tu nak kahwin dengan dia.  Cubalah jumpa keluarga dia. Hishh. Payahlah anak muda sekarang. Orang kalau kahwin dengan kekasih tu maksudnya kita kahwin dengan family dia jugak tau. Dahlah. Malas mama nak melayan. Mama masuk tidur dulu.  Dah pukul 2 pagi dah.  Esok nak kerja lagi kan.  Pegi bawa berehat. "

" Baik mama. "

" Nanti dah jumpa mak Zara,bagitau mama ya. Mama nak alamat. Alamat rumah mak Zara ya, bukan alamat Zara. "

" Yes boss!! " Jawab Farhan tanpa curiga dengan permintaan Puan Maryam.
____________________
Puan Maryam duduk di birai katil. Tangannya membuka laci meja di sisi katilnya. Gambar dikeluarkan.

" Abang, saya akan satukan keluarga kita. "

_______________________

Saya tau korang bosan chapter ni.  Tapi tolonglah tunggu utk next, next, next chapter ya.. btw, kita dh ada watak baru.. Huhuhu.. Ada pesainglah jawabnya utk si Farhan ni....
Thanks for your support.  Love me back.

Godaan DendamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang