Zara pulang ke rumah. Dia terus mencampakkan beg tangannya ke atas sofa. Rambutnya dikusut-kusutkan. Dia terus menghenyakkan badannya ke atas sofa.
" Arghhh!! " Jerit Zara kuat. Beg tangannya dibaling jauh, tepat kena pada pasu hiasan di tepi televisyen.
" Ya Allah, kenapa ni Zara?? " Soal Mak Som.
"Mak Som, kenapa orang yang Zara sayang selama ni ada kaitan dengan binatang tu?! "Raung Zara sambil memukul-mukul dirinya.
"Zara, sabar Zara. Mak Som tak fahamni. Cerita dekat Mak Som dengan tenang. Tolonglah. Kalau Zara sayangkan Mak Som." Pujuk Mak Som.Mak Som risau jika Zara pula yang bakal menginap di hospital mental jika perangainya berterusan sebegini.
" Farhan. Dia anak aunty Maryam. Mak tiri Zara dulu." Luah Zara dengan sendunya.
" Zara yakin ke?"
" Zara yakin Mak som. Sebab Zara dah jumpa perempuan tu. Dia boleh hidup bahagia sedangkan ibu. Ibu dalam hospital sana. Zara benci dia dengan anak tak guna dia tu. "
" Takkan dia tak kenal Zara? Zara bukannya banyak berubah pon berbanding masa remaja dulu. Peliklah Mak Som. "
"Zara tak rasa pelik pon Mak Som. Nak tau kenapa? Sebab Zara tak penting pon dalam hidup diaorang. Tak apa. Mak Som jangan risau. Zara tau apa Zara nak buat. Lagipun Zara dah terima lamaran Farhan. "
" Farhan dah tau tentang ni? " Zara hanya menggelengkan kepalanya. Dia menggenggam kedua tangan orang tua itu.
" Mak Som percayakan Zarakan?" Soal Zara dengan senyuman. Hanya dia yang tahu disebalik senyuman itu.
-------------------------
Farhan tiba di rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, dia terus berlari mencari Puan Maryam." Assalamualaikum,mama!!" Laung Farhan. " Mama oh mama. "Panggil Farhan lagi sehinggalah dia menjumpai mamanya.
" Waalaikumusalam. Apa ni duk jerit-jerit. Dari atas mama dengar. Ni kenapa happy semacam ni? "Soal Puan Maryam sambil menuruni anak tangga.
" Mama, Zara dah terima lamaran farhan. " Ucap Farhan dengan senyuman yang melebar.
" Alhamdulillah. Mama bahagia kalau tengok anak mama ni bahagia." Ucap Puan Maryam perlahan. Tubuh anaknya dipeluk.
" Maafkan mama sebab dapat jaga abang kamu je dulu."
" Apa ni mama sedih-sedih pulak. Lagipun Farhan bukannya hidup susah masa tinggal dengan papa. Ni sebenarnya mesti mama teringatkan abang. Mama benda tu dah lama jadi. Dah eh. Jangan nangis-nangis. Tak vogue lah mama kesayangan saya ni. " Balas Farhan sambil mengusap air mata mamanya.
" Mama minta maaf. " Ucap Puan Maryam dalam hati. Jauh dalam hatinya, dia risau jika anaknya tahu tentang siapa Zara. Zara yang mendapat tawaran bekerja di syarikatnya adalah rancangan dirinya untuk mendekatkan Zara dan Farhan. Tidak sangka mereka jatuh hati dan semuanya berjalan dengan lancar.
" Mama minta maaf sebab gunakan Farhan. Tapi ni je cara untuk tebus dosa abang kamu. "
________________________
Ok. Sorry lmbat update. Igt nk update semalam tapi pendek yang amat. Ni baru tambah sikit. Harap sukalah ya.Hermm.. Agak-agak apalah jadi nanti erk? Yang abang si Farhan ni pegi mana pulak? Huhu.. Btw, jgn risau tidak ada perebutan antara 2 beradik ya. Kihkihkih
YOU ARE READING
Godaan Dendam
De TodoAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...