1. Afiq Muttaqin

219 20 2
                                    

"Afiq, Qish mana?" Soal mama. Semua orang sudah memandangku dengan tanda soal.

"Ada kat luar," jawabku ringkas. Malas aku nak fikir pasal budak perempuan tu. Bosan! Baik aku tengok tv.

"Dia buat apa kat luar?" tanya Makcik Rina dengan nada risau.

Oh lupa, aku tinggalkan dia main seorang diri di luar. Kah kah kah.. tapi aku tidak akan bagitahu benda tu pada orang tua Balqis.

"Entahlah aunty. Afiq dah pujuk suruh masuk tadi tapi dia kata tak nak," tipuku. Dengan segera mama, babah, Pakcik Ilzam dan Makcik Rina bergegas ke luar rumah. Biarlah diorang. Manjakan sangat budak gempal tu.

"Afiq!" Jerit mama dengan lantang dari luar rumah. Terkejut aku. Hampir saja aku terbaling alat kendali televisyen. Dengan takut aku melangkah ke luar rumah.

"Mana Qish?!" Tanya mama garang. Aku pandang ke sekeliling rumah. Tidak ada kelibat Balqis langsung. Semakin kecut perut aku.

"Tadi dia kata nak main di sini," suaraku bergetar dan perlahan. Tidak pasti mereka boleh dengar atau tidak.

"Kamu jawab betul-betul Afiq. Apa yang kamu dah buat dekat dia?" Kali ini, babah mula ikut menyoal. Aku memang tidak mampu menipu dan mempertahankan diri lagi. Kasihan pula aku tengok Makcik Rina yang sudah menangis. Wajah Pakcik Ilzam pula penuh dengan kerisauan.

"Jangan-jangan dia masuk hutan?" Pintas Pakcik Ilzam. Syukur Alhamdulillah, aku tak sempat nak jawab apa-apa.

Eh pakcik ni, ada pula sampai ke situ. Takkanlah si budak genit tu berani nak masuk. Aku yang lelaki ni pun tak berani. Inikan pula dia.

"Apa abang cakap ni?" Mata Makcik Rina sudah terbutang. Kami semua pun terkejut dengan kata-kata Pakcik Ilzam.

"Kan Qish suka hijau. Dalam perjalanan kereta tadi pun dia berceloteh pasal hutan," cerita Pakcik Ilzam.

"Kalau macam tu baik kita cari dia cepat. Dah nak masuk waktu maghrib. Bahaya," saran babah. Aku hanya terkebil-kebil di situ. Apa yang bahaya kalau dah masuk waktu maghrib?

Oh, aku baru ingat pesanan guru sekolah ugama aku. Kalau masuk waktu maghrib, jangan berkeliaran di luar rumah. Waktu itulah segala Iblis, syaitan dan jin berkeliaran di luar. Waktu azan maghrib pula, jangan masuk tandas. Kenapa? Sebab waktu azan itu, Iblis dan syaitan akan bersembunyi di situ.

"Ainun, Rina dan Afiq jaga rumah. Jangan ikut. Manatahu Qish balik sini sebelum kami," tambah babah lagi. Kami hanya akur.

Hampir sejam kemudian barulah aku nampak mereka ke luar dari semak samun hutan. Keadaan mereka memang tidak nampak sekemas tadi. Tidak ada gaya mahu menyambut hari raya. Kecuali Balqis. Tidak ada kesan calar langsung. Jangankan kesan calar, debu tanah pun tidak nampak. Debu tanah memanglah tak akan nampak dari jauh, tapi dia betul-betul nampak kemas seperti baru keluar dari pusat membeli-belah.

Balqis berjalan pantas menuju ke arahku. Satu perkara yang tidak pernah kami lihat dari Balqis. Balqis marah. Bukan setakat marah, dia meradang dan hendak mengamuk.

Kolar bajuku ditarik dan tidak semena-mena kaki aku tidak mencecah bumi lagi. Gila kuat. Kuat sebab saiz badannya yang jauh lebih besar dari akukah macam mana?

Semua terkedu dengan sikap Balqis yang baru saja kami lihat. Seakan-akan bukan Balqis. Balqis yang selalunya lemah lembut dan ayu.

Aku sudah meronta-ronta minta dilepaskan. Selain kolarku ditarik, aku terasa yang kulit aku juga seperti ditarik. Sakit. Aku merayu minta dilepaskan tapi Balqis tidak menunjukkan keinginan langsung untuk melepaskanku. Aku pandang wajah babah, Pakcik Ilzam, mama dan Makcik Rina.

Selepas saja semua orang terlepas dari terkejut, semua orang cuba merungkaikan kami. Pakcik Ilzam yang cuba untuk menjauhi anaknya dari aku pun gagal.

Pakcik Ilzam dan Makcik Rina menarik tubuh Balqis manakala mama menarikku ke dalam dakapannya. Babah hanya memerhatikan kami. Mungkin dah cukup tangan.

"Kenapa dengan kamu ni Qish?!" sergah Makcik Rina.

Balqis seakan baru tersedar bila disergah begitu pun menjawab, "maafkan Balqis. Balqis marah sangat tadi."

"Kalaupun marah, jangan sampai cekik orang macam tu," nasihat Pakcik Ilzam. Sepertinya Pakcik Ilzam lebih tenang dalam menangani situasi ini.

Responnya buat aku dan mama terpana. Tiada kata maafkah untukku? Hanya cukup dengan menganggukkan kepala sajakah Qish? Sepupuku itu hanya mengangguk. Aku pandang babah dengan pandangan mengadu tak puas hati.

"Tak apalah semua, mari masuk. Qish mesti penat bekas tersesat di hutan tadi. Wajar dia marah. Mesti Afiq usik dia seperti selalu." Babah cuba meregangkan suasana yang sempit.

"Lagipun dah maghrib ni, mari solat berjemaah. Lepastu makan malam. Ilzam, Rina dan Qish bermalam saja di sini," ajak babah.

Semua orang melangkah masuk ke rumah. Akur dengan kata-kata babah. Belum sempat kaki aku menapak masuk, Balqis sudah menarik lengan bajuku dengan kasar.

Alahai, nampak gayanya baju rayaku yang satu ni tidak akan panjang umurnya untuk tahun kedepannya.

"Kaulah punca aku di sini!" Jeritnya perlahan di telingaku sebelum melepasi aku dan berlagak seperti tidak ada apa-apa.

Dan aku sekali lagi hanya terdiam.

BalqisWhere stories live. Discover now