Selepas tahlil di rumah nenek dua hari lepas, keluarga aku belah babah berpakat untuk bermalam di rumahku pula di Temburung. Memandangkan musim durian sudah tiba dan dusun keluarga terletak di daerah Temburung.
Lima.. enam.. tujuh buah durian sudah kuperolehi di dusun kami.
Daripada aku jadi tunggul di dusun buah itu lebih baik aku membuat sesuatu perkara yang membuahkan hasil. Membuahkan hasil dan yang boleh menghalang aku dari stress.
Tekanan stress yang sememangnya tidak akan dapat dielak jika sekiranya wujud Balqis Insyirah dalam radius 1 km.
Sudah semestinya anak kepada Pakcik Ilzam turut ada. Pakcik Ilzam ni, cubalah kurung saja anaknya Si Balqis itu. Sudah pasti dunia akan lebih aman tanpa dia.
Usai aku mengumpulkan buah, aku menuju ke pondok yang didirikan olehku dan babah sendiri. Di situ, orangtuaku, nenek, pakcik, makcik dan Balqis berkumpul dan menikmati buah-buahan yang sudah ranum.
"Ni durian yang Afiq kumpul tadi," tuturku sambil menunjukkan bakul yang berisi tujuh biji buah durian kuning.
Terus mereka bersorak gembira sambil memujiku dengan pelbagai pujian. Melihat respon yang aku terima itu, Balqis pun menjulingkan mata dan mengherotkan mulut. Tunjuk protes dan menyampah.
Pi mampuihlah dengan jeles kau tu!
Walaupun semua orang dalam keluargaku itu suka makan durian, tapi tidak termasuk aku. Daripada aku tahan pening dan muntah cium bau durian, lebih baik aku menjauhkan diri.
Setelah penat berpusing-pusing di dusun buah itu, aku berehat di tepi sungai.
Fuhh.. macam syok je sungai tu.
Dengan air yang jernih dan agak sejuk, memang menyuruhku untuk mandi di situ. Biasalah, air di daerah Temburung memang sejuk. Apatah lagi bila pagi-pagi subuh. Rasa macam mandi ais.
Tanpa membuang masa, aku terjun ke dalam sungai selepas menyangkutkan baju dan seluar track ke dahan pokok. Aku hanya mengenakan seluar pendek paras lutut.
Rasa bosan, penat dan menyampah aku pada Balqis pun terlupa sekejap dengan bermain di dalam sungai.
Tiba-tiba bunyi daun dikuak kedengaran dari arah tempatku membuka pakaian tadi.
"Wah nampak bestnya mandi sungai," jerkah Balqis. Dia yang datang menghampiri rupanya.
"Kau apahal datang sini? Tak nampak aku tengah mandi? Buta?" marahku. Sudah tentu. Berani sungguh mengganggu.
"Suka hati akulah. Bukan sungai kau pun. Dahlah, aku nak mandi. Jadinya kau sila berambus!" Mengadanya budak Balqis ni.
"Aku yang sampai dulu, so AKU yang cop dulu." Aku tekankan perkataan aku dengan harapan dia faham. Tapi budak Balqis ni mana nak faham bahasa!
"Hah, aku tak kira! Kau kena blah. Aku nak mandi kat sini juga," bantahnya. Eh memang nak rasa kena tampar minah ni.
Aku sudah tidak memperdulikannya. Semakin dilayan, semakin panas pula aku rasa.
Tiba-tiba kedengaran bunyi air dicebur. Dengan pantas aku menoleh ke arah ceburan air tersebut. Balqis yang tak faham bahasa dan bangang dah terjun tanpa menghiraukan arahanku.
"Woi minah! Aku dah kata jangan kan tadi. Kau ni b*d*h ke macam mana?! Dasar setan!" Hah! Kan dah kena carut. Aku kalau mencarut orang memang tak nak alang-alang. Keluarkan power carut terus. Siapa suruh buat aku naik angin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Balqis
De TodoDi Alam Bunian "Wahai Balqis, katakanlah satu hajatmu. Ayah dan ibu berjanji akan menunaikannya sebagai hadiah ulang tahunmu yang ke-16." Kata-kata ayah angkatku membuka kembali sinar harapan yang sudah lama terkubur di dasar hati. Harapanku untuk k...