6. Balqis Insyirah

164 17 2
                                    

Suasana di depanku kini sungguh menyanyat hati. Aku boleh nampak babah, mama, nenek, Pakcik Azim dan Makcik Ainun sedang asyik berborak sambil menikmati buah durian yang Afiq bawa tadi.

Aku semakin rindu bila mendengar gurau senda mereka.

"Balqis dah besar sekarang ya. Dah nampak mature walaupun baru darjah 3. Nenek pesan belajar bersungguh-sungguh, jangan nak berboyfriend pula," gurau nenek. Gurauan itu bukanlah ditujukan kepadaku. Aku tahu.

Ia ditujukan kepada budak perempuan yang betul-betul serupa denganku. Bentuk muka, tubuh dan semua fizikalku sama dengannya.

Mungkinkah..

"Ya Balqis. Itu Qistina yang menyerupaimu dan menggantikanmu di alammu ini," terang ayah seperti tahu apa yang ada dalam fikiranku. Hah sudah! Ayah bagai boleh membaca fikiranku.

Pasti susah untukku melaksanakan rancanganku.

Aku merancang untuk melarikan diri melalui dusun buah ini. Kebetulan semua keluarga belah babah ada. Rasanya aku boleh selamat balik ke pangkuan mereka.

Tapi.. bolehkah aku bila ayah memerhatikan seluruh gerak geriku walau seinci pun aku bergerak.

Selepas redhanya kemarahan ayah, aku meminta izin untuk bersiar-siar di dusun manusia. Bijaknya ayah kerana tidak melepaskanku seorang diri. Ayah tidak lagi percayakan aku setelah aku memberontak untuk bebas beberapa hari lalu.

Aduh macam mana ni?

Kusutnya kepala.

Aku pandang lagi keluargaku itu. Mana tahu aku dapat ilham.

Lama aku tunggu, aku nampak Balqis, atau lebih tepatnya Qistina berjalan ke arah kami.

"Ayah," tuturnya dengan ukiran senyuman sinis di wajah. Dia memandang ayah dengan pandangan memperli.

"Puaskah ayah menukarkanku dengan perempuan itu? Sudah pasti puas. Tak ada lagi Qistina yang nakal, bukan?" Sambungnya lagi. Perempuan yang dimaksudkannya itu sudah semestinya aku. Aku Balqis yang sebenar.

"Aku dan ibumu bersyukur dengan keputusan kami. Kau tinggallah di alam ini. Bebaslah kau membuat onar di sini. Kampungku tidak pernah menginginkan kehadiranmu." Anak beranak itu terus menerus berbalas kata. Semuanya hanya tutur kata kesat dan kasar. Aku yang tidak tahu menahu boleh terbabit masuk ke dalam pertengkaran mereka.

Ayah terlalu sibuk bertengkar dengan anaknya membuka satu peluang untukku melarikan diri. Kalau aku berlari ke arah pondok, sudah pasti ayah akan nampak dan akan mengacau-bilaukan suasana keluarga.

Aku memutuskan untuk berlari ke arah bertentangan. Arah di mana Afiq pergi tadi. Aku kena jauhkan diri dari ayah. Kemudian baru cari jalan untuk pulang.

Aku berlari dan terus berlari tanpa arah yang aku sebetulnya tahu. Aku tidak kenal kawasan dusun ini. Tapi apa lagi cara yang aku ada? Daripada aku pulang ke alam jin, lebih baik aku terus berpenat lelah mencari jalan keluar. Aku rasa jalan keluar itu ialah Afiq. Makanya aku kena cari dia dan meminta tolong.

Aku tidak mahu berada dalam penjagaan jin lagi. Itu tekadku.

Rasa-rasanya sudah setengah jam aku berlari tapi aku tak jumpa jalan keluar. Yang ada aku berhenti di tempat yang sudah kulalui sebelum ini.

Cis! Rasanya aku sudah tersesat.

Aku duduk di bawah sebuah pokok besar yang daunnya rimbun. Ah sudah! Macam mana aku boleh tersesat. Menyesalnya! Sepatutnya aku berlari ke pondok tadi. Tapi aku takut sebab ada ayah.

BalqisWhere stories live. Discover now