4. Balqis Insyirah

177 18 6
                                    

Ayah tidak menipu bila dia kata di sini pun ada sekolah. Kami belajar di surau bersama mu'allim. Mu'allim ialah perkataan bahasa arab bagi guru.

Aku duduk termenung di taman surau sementara menunggu mu'allim datang untuk memulakan sesi pembelajaran.

Aku kira-kira sudah satu tahun aku tinggal dengan ibu dan ayah.

Tak kusangka masa berjalan dengan begitu pantas. Aku hairan kenapa aku belum dipulangkan. Kata ibu, dia dan ayah terlalu sayangkan aku. Kalau boleh mereka ingin terus menjagaku sampai besar. Kalau boleh lagi, dia ingin aku menjadi salah satu dari mereka.

Apa maksud menjadi salah satu dari mereka? Aku tak mengerti. Aku cuba tanya, tapi mereka kata belum tiba masaku untuk faham.

Kenapa tak boleh bagitahu aku sekarang? Aku yakin yang aku berhak untuk tahu.

Walaupun aku agak suka suasana di sini yang langsung tidak tercemar, tapi aku tetap rindu dengan hidupku yang lama.

Aku rindu mama dan babah.

"Balqis, kau fikir pasal apa tu?" suara Najwa mematahkan anganku.

"Tak ada apalah. Aku cuma teringatkan hidupku yang lama," balasku sambil tersenyum lemah. Aku pandang sahabatku itu.

Barulah pernah dalam seumur hidupku, aku mempunyai sahabat. Sahabat yang baik dan memahami seperti Najwa. Aku selalu cerita pasal mama dan babah kepadanya.

"Sabarlah Balqis. Aku yakin suatu hari kau akan berjumpa kembali dengan mereka. Usah fikirkan lagi, mari kita ke kelas sekarang. Lepas ni kelas Tauhid," ujar Najwa sambil menarik tanganku perlahan ke surau.

"Jom." Aku mengikut rentak Najwa.

Selepas beberapa minit kami masuk, akhirnya mu'allim memunculkan diri. Usai saja memberi salam dan membaca doa sebelum belajar dan surah Asy-Syarh, kami pun memulakan pembelajaran.

Topik yang akan kami pelajari hari ni sangatlah menarik minatku. Tajuknya ialah jin dan syaitan.

"Apa maksud jin dan syaitan? Ada sesiapa yang mahu menjawab?" soal mu'allim pada kami semua.

"Jin ialah jisim api yang diciptakan Allah, jin dapat melalukan benda ajaib. Ia mampu menyerupai sesuatu yang baik mahupun buruk. Jin ada yang beriman, kafir, ada yang taat dan ada yang berbuat maksiat. Dalam kata lain, jin tu kitalah," jawab seorang penuntut lelaki bernama Zaquan di depanku.

Hah?! 'Jin tu kitalah'?! Aku pasti yang aku bukan jin! Aku pasti yang aku makhluk manusia, dari keturunan Nabi Adam. Kenapa dia cakap kami jin? Sungguh tak masuk akal!

"Betul Zaquan. Kita ialah golongan jin. Dan jin ni macam manusia, ia makan, minum, bernikah dan berketurunan. Jin ni juga ada lelaki dan perempuan. Seperti malaikat, malaikat dapat menyerupai sesuatu tetapi hanya sesuatu yang baik manakala jin, jin dapat menyerupai sesuatu yang baik dan buruk," jelas mu'allim lagi secara lebih dalam.

"Manusia tu apa mu'allim?" tanya penuntut-penuntut lain selain aku. Aku dah tahu manusia bagaimana asal usulnya sebab aku sendiri manusia.

Aku terfikir untuk seketika, aku bersama dengan jin-jinkah selama ini? Ibu dan ayah ialah jin? Najwa ialah jin? Apa semua ni!

"Manusia ialah makhluk yang berasal dari tanah dan dari keturunan Nabi Adam. Nabi pertama Allah," ujar mu'allim sambil tajam memerhatikanku.

Kemudian penuntut-penuntut yang lain hanya mengangguk memahami.

Aku masih tidak faham. Adakah kawan-kawanku termasuk Najwa dan mu'allim tu makhluk jin? Lalu di surau ini, hanya aku seorang saja manusia?

Aku juga mula ragu-ragu dengan identiti ibu dan ayah.

BalqisWhere stories live. Discover now