7. Afiq Muttaqin

131 14 1
                                    

Aku menumpang kereta kawan babah, Ustaz Majeed ke Temburung. Pusat Da'wah Islamiah di mana babah berkhidmat telah mengadakan forum da'wah di Temburung. Forum tersebut bertujuan untuk mengajarkan Islam dengan lebih dalam lagi ke penduduk di situ.

Sepatutnya babah yang pergi menghadiri forum tersebut, malangnya Balqis buat hal di bandar. Nak pula cuba-cuba larikan diri. Bangang betul budak tu.

Oleh sebab itu, aku yang harus mengambil tempat, gantikan babah sebagai wakil. Lagi pula, aku tidak ada apa-apa yang nak dilakukan di rumah sebab menunggu keputusan ujian besar tingkatan lima iaitu 'O' level.

"Afiq tak nak turun dulu ke? Beli makanan dan minuman untuk alas perut ke?" pujuk Ustaz Majeed. Kami sudah sampai ke Limbang.

Limbang ialah salah satu tempat di Sarawak, Malaysia. Kalau menggunakan jalan darat, kami perlu melintasi Limbang terlebih dahulu untuk menuju ke Temburung.

"Tak apalah Ustaz. Lagipun kita kena cepat. Jam dah pukul 8.30 malam," ujarku sopan. Kami bergerak dari bandar agak lewat sebenarnya. Usai saja solat Maghrib, aku dan Ustaz bertolak dari rumahku. Sempat kami singgah di masjid Kuala Lurah untuk menunaikan solat fardhu Isya. Tol masuk ke Limbang terletak di hujung Kuala Lurah. Kuala Lurah pula kawasan Brunei Darussalam.

"Benar juga kata kamu. Kita teruskan saja perjalanan kita."

Aku mengangguk sebagai respon.

"Kalau ustaz boleh tahu, kenapa babah Afiq tak jadi pergi ke Temburung?" soal ustaz sambil fokus memandu kereta Mercedez bernombor-platkan BG.

Nombor plat yang hurufnya BG ialah kereta kerajaan yang diserahkan ke pejabat-pejabat dan orang-orang penting dalam negara saja sesuai dengan maksudnya, Brunei Government.

"Keluarga pakcik Afiq dilanda masalah dan memerlukan semua ahli keluarga untuk berbincang," kataku ringkas saja. Kalau aku ceritakan perkara sebenar, sudah tentu akan mengaibkan nama keluarga kami dan juga nama babah.

Kaulah punya pasal, Balqis! Menyusahkan semua orang saja kerjanya. Ingatkan umur sudah 13 tahun ni, sudah berakal. Rupanya semakin hilang akal!

"Oh, semoga Allah permudahkan urusan Afiq sekeluarga," doa Ustaz Majeed sekaligus maklum yang aku tidak ingin membincangkan masalah kami dengan lebih lanjut.

"Aamiin, insya Allah ustaz. Terima kasih atas doanya." Mudahan saja doa ustaz diterima. Masalah yang Balqis timbulkan selalu merumitkan keadaan dan memeningkan kami sekeluarga.

Selepas mengangguk, ustaz menyuruhku tidur. Mungkin aku mengantuk. Suruhan ustaz tu memang aku tak akan tolak. Haha.. memang aku mengantuk.

*****

Lama aku terlelap, terasa bahuku ditepuk perlahan. Aku celikkan mata dan pandang sekeliling. Enjin kereta sudah mati dan di hadapan kami ialah sebuah rumah agam besar yang tidak dihuni selama lima tahun. Rumah siapa lagi? Rumah keluargaku dulu lah.

Rumahku sebelum kami berpindah di rumah nenek di bandar lima tahun lepas.

"Ni masih rumah Afiq, kan?" soal ustaz.

Aku mengangguk mengiyakan.

"Kalau ustaz dan babah Afiq ada kerja di Temburung, kami memang akan singgah ke sini. Samaada bermalam ataupun beristirehat di sini. Dah, jom masuk," tutur ustaz sambil terselit gelaknya.

"Ustaz pula buat macam rumah sendiri," jelas ustaz. Barulah aku faham kenapa ustaz tergelak dan aku pun ikut gelak sama.

"Lawak je ustaz ni. Buat saja macam rumah sendiri. Afiq pun dah lama tak tinggal sini."

Kami masuk ke dalam rumah bersama-sama. Rumah ni masih terjaga. Perabot masih elok dan tersusun kemas. Seluruh isi rumah bersih dan terjaga.

"Ustaz dan babah Afiq selalu ada kerja di Temburung. Jadi, babah Afiq selalulah kemas rumah ni. Ustaz pun kadang-kadang tolong kemas kalau ustaz datang sini," suara ustaz memenuhi ruang rumah.

BalqisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang