8. Balqis Insyirah

215 20 4
                                    

Aku menunggu Najwa yang masih berbincang di dalam dengan seorang jemaah. Mungkin Najwa kenal kerana sebangsa dengan Najwa.

Bak kata Najwa, makhluk jin memang biasa mengikuti majlis-majlis ilmu di alam manusia begini.

Aku dan Najwa pula sama-sama belum pernah memiliki pengalaman dalam menghadiri mana-mana majlis ilmu.

Untuk mengelakkan rasa janggal yang teramat dalam diriku, aku hanya menunduk memandang kakiku yang beralaskan stokin.

Allahu.. janggalnya rasa.

Tatkala ini, aku betul-betul rasa macam bukan duniaku. Rasa ini bukan tempatku. Tempat ni asing, sangat asing. Rasa macam makhluk asing.

Tapi aku tak salah sebab berasa begitu. Aku dah terlalu lama tinggal di dunia jin sehingga rasa asing bila masuk ke dunia manusia.

Kalau inilah yang aku akan rasa bila berada di dunia ini, aku kuburkan saja keinginanku untuk pulang ke alam ini semula.

Janggal sangat sampai menyesakkan dada. Sejak tadi lagi aku rasa seperti semua mata hanya tertumpu padaku. Seperti mengejekku.

Aku tahu yang aku tak boleh berburuk sangka, tapi aku tak boleh buang rasa rendah diriku.

Apapun, aku pernah dibenci, dihina, dipulau dan dibuli masaku di alam manusia ini dulu. Lalu, bagaimana aku hendak rasa normal?

Aku pandang lagi ke sekeliling masjid. Matahari sudah memunculkan diri membawa maksud hari sudah pagi.

Asyik aku menikmati suasana pagi yang indah dan sejuk, aku seperti nampak kelibat lelaki berjalan ke arahku.

Alamak.. apa pula dah.

Aku dah rasa macam susah untuk bernafas. Tak pasal-pasal aku rebah di sini.

Sejak tadi lagi, ramai yang cuba membawaku berbual. Ataupun hanya sekedar bertanya.

Ada yang bertanya di mana terletaknya tandas.

Dan lebih parah lagi, ada yang tanya, kenapa aku masih tercegat di depan masjid. Rasa mahu menangis! Untunglah ada niqab yang menutupi seluruh wajahku kecuali kawasan mata. Bolehlah tutup wajahku yang membahang kerana malu.

Aku memang susah untuk bercakap dengan orang baru. Apatah lagi dengan orang ramai. Suara seakan tak mahu keluar. Yang keluar, hanyalah air mata. Percaya atau tidak, didatangi oleh manusia baru membuatku hampir menangis. Terasa sangat janggal.

Aku cuba melarikan diri. Berpura-pura hendak ke tandas bila sedar yang lelaki itu seperti hendak berbicara denganku.

Belum jauh aku melangkah, terasa bahuku digenggam.

Oh tidak! Ini sungguh menimbulkan amarahku. Siapa lelaki ini yang berani-beraninya menyentuhku walaupun berlapik.

Aku berpusing dengan pantas sambil merenung tajam wajah lelaki itu.

Lelaki itu seperti sedar akan kesalahannya, lalu dengan cepat meletakkan tangannya di sisinya. "Maaf maaf, tak sengaja," ucapnya dengan kalut.

Aku hampir tergelak di situ. Kata-katanya sama seperti apa yang pernah kuucap padanya dulu. Afiq Muttaqin sedang berdiri di depanku kini.

Aku perlu tunjuk kuat. Oleh itu, aku kena menyepikan diri. Biarkan dia berkata-kata.

"Maaf saya terpegang awak. Saya cuma nak hentikan awak," jelasnya dengan rasa bersalah.

Tak pernah aku melihat Afiq berkelakuan begini. Dalam ingatanku di zaman kanak-kanak dulu, Afiq ialah budak poyo, ego, sombong dan sangat mementingkan diri sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BalqisWhere stories live. Discover now