3. Afiq Muttaqin

200 17 4
                                    

"Rina tak tahu nak buat apa lagi kak. Akhir-akhir ni, kurangajarnya sudah semakin melampau!"

Aku yang asyik menonton televisyen berasa terganggu dengan suara sayu Makcik Rina. Mana aku tak terganggu, Makcik Rina sedang menangis.

Hmm.. aku tak hairan kenapa Makcik Rina macam tu. Mesti rungsing memikirkan putrinya Balqis yang sudah menggila! Tak adalah gila, tapi sejak kejadian kolarku ditarik ketika hari raya dua bulan yang lepas, aku menjadi anti-Balqis yang termasyur! Aku dan Balqis? Memang tak boleh berjumpa.

Perumpamaan bagai kucing dan tikus sangatlah salah jika digunakan ke atas kami. Yang lebih tepatnya ialah bagai hyena dan harimau. Bergaduh bagai dahagakan daging masing-masing. Minta dijauhkanlah! Aku tak nak apa-apa yang berkaitan dengan dia.

Makcik Rina kata, Balqis sudah berani berkelakuan kurang ajar di depan keluarga, umum mahupun di sekolah.

Dengan aku apatah lagi. Berganda-ganda kurang ajarnya terhadap aku. Dia sudah tak takut denganku seperti dulu. Dia tidak teragak-agak untuk menaikkan tangan. Untunglah dia sebab aku tidak akan memukul perempuan apatah lagi sepupu sendiri walaupun aku selalu mengutuknya.

Nasib ada Afeeqah yang selalu ada denganku. Dia yang selalu cuba menyabarkanku walaupun kadang-kadang dia pun hilang sabar. Ada juga pergaduhan perempuan berlaku. Bercakar, bertarik rambut dan menampar? Balqis terlalu pakar dalam itu. Jadi aku yang selalu menyelamatkan Afeeqah dari cedera.

Otak tak waras. Hati kering. Kejam. Jahat. Kasar. Itu semua Balqis Insyirah!

"Kenapalah Balqis boleh berubah macam tu?" Mama memeluk bahu Makcik Rina kerana terlalu prihatin dengan keadaan Makcik Rina.

"Entahlah kak. Rina pun tak tahu kenapa dia boleh berubah sedrastik itu. Sejak raya lepas, dia sudah menunjukkan sedikit demi sedikit perangainya," cerita Makcik Rina perlahan. Watir jika saudara-mara yang lain turut mendengar. Tapi aku yakin tak ada sesiapa yang akan mencuri dengar.

Di dalam ruang tamu nenek tu hanya ada aku, mama dan Makcik Rina. Bunyi penghawa dingin dan televisyen sebagai latar belakang.

"Kita kena selalu berdoa dan nasihatkan dia. Jangan benci dia Rina, Balqis masih anak Rina," nasihat mama lagi.

"Entahlah kak. Rina dengan Ilzam dah pening fikir pasal Balqis. Jujur Rina katakan, Balqis itu macam bukan anak kami! Macam mana ni kak?" Makcik Rina meraung kembali. Aduh aku dan mama kembali rungsing cuba memujuk Makcik Rina.

"Astaghfirullah! Rina jangan cakap macam tu. Mesti ada cara supaya kita boleh tolong dia. Akak harap Rina dan Ilzam selalu bersabar dalam mendidik anak. Memang mendidik anak ni tak mudah, tapi percayalah suatu hari, Insya Allah, Balqis akan berubah." Akhirnya Makcik Rina mengangguk perlahan setelah mendengar kata semangat mama.

"Ni, Balqis mana?" tanya mama.

"Dia tinggal di rumah dengan Ilzam. Ilzam tak mahu Balqis datang malam ni sebab takut Balqis akan menghuru-harakan majlis," ujar Makcik Rina dengan rasa bersalah. Dia tahu yang dia sudah tersilap langkah.

"Ya Allah Rina, kenapa Rina buat macam tu. Jangan jauhkan dia dari dunia luar. Nanti dia akan tunjuk protes."

"Rina tak tahu nak buat apa. Hmm, kalau macam tu Rina call Ilzam suruh datang sini dengan Balqis," cadang Makcik Rina cuba membaikkan keadaan.

"Eloklah macam tu." Mama setuju.

Aku pun agak setuju juga. Yalah, takkan majlis tahlil di rumah ibu kepada babah dan Pakcik Ilzam, Pakcik Ilzam pula tak datang kan?

BalqisWhere stories live. Discover now