P1 - Prince.

259 14 4
                                    


Park Cylra ? bersediakah?

Ramai para gadis berdiri tegak menghadap kerabat di raja. Di dewan serbaguna ini, aku berdiri di belakang............

sekali.

Dah dekat dengan pintu masuk dah ni. Em.. tak dapat la nak
jadi Puteri ni! Kaki ku yang tersarung ballet plat Light blue ini berjengkit untuk melihat hadapan. Tapi tak dapat!

" PENGUMUMAN! TITAH RAJA DAULAT DAULAT TUANKU AMPUN BERIBU AMPUN. KINI, TUAN PUTERA PARK JIMIN AKAN BANGUN DAN MEMILIH SEORANG GADIS UNTUK DIJADIKAN ISTERI TERCINTA-"

Aku baru niat nak balik rumah amik tangga lipat. Tapi tak jadi la pula bila pembantu Raja tu dah buat pengumuman. Aku betul betul tak nampak apa jadi dekat depan. Yang aku nampak kepala perempuan yang tinggi tinggi. Susah la gini! aku nak balik laaahhh!!!

fedup punya pasal. Aku pun patah balik ke pintu utama dewan serbaguna ni dan mula melangkah kaki mahu pergi.

Tiba tiba bahuku berlaga dengan seseorang. Aku tak pasti dia siapa, tapi dia berpakaian suit putih. Blazer putih, kemeja putih seluar putih kalau boleh gigi pun nak putih biar sama terus dengan wall istana ni.

" Eh maaf maaf!". Pinta ku sopan. Walaupun air wine dia yang tertumpah di dress buruk ku, aku memang patut minta maaf. Mana la tahu dia ni sepupu sepapat Park Jimin ke kan. Tak dapat dia, dapat sedara dia pun jadi.

Muahhahhahha!

"Saya yang patut minta maaf..". Ucap dia bernada lembut.

Mata kami bertembung. Sesaat je. Kemudian dia memandang dadaku yang sudah tersiram wine merah pekat.

"Erm.. baju awak".Aku tutup dada aku. Ngeee jangan la tengok! malu titew!

"um.. maaf! ". Lelaki putih ini mengalih pandang pada tempat lain serentak dengan memasukkan tangan dia ke dalan poket. Elelee.. macho la tu..

"Tak.. tak apa. Tumpang lalu.. saya nak balik". Ucap aku lembut kemudian dia menahan aku. "Kejap!".Aku pandang dia. Kenapa? kau nak pilih aku jadi isteri kau ke?

"Leher awak....". Dia keluarkan sapu tangan dari poket seluar dia dan lap bawah leher aku yang sedikit terasa basah. Dia tatap leher aku lama. Oi nak buat love bat ke!

"Hei hei.. dah la tu". Ucap aku bernada sempoi dan dia tersenyum.

"Wine tadi.. kena leher awak".Dia tunjuk sapu tangan putih dia yang ada cecair wine merah pekat dia tu. Aku angguk bodoh je dan mahu berlalu tapi dia pegang pergelangan aku lagi. Apa lagi dia nak.

" Kita akan jumpa lagi..".Ucap dia dengan suara yang lembut. Mata dia merenung tepat ke mataku. Dan tiba tiba sekelilingku gelap!

Aku pandang langit yang mendung. Aikk tadi aku dekat dalam dewan. Sekarang dekat hutan pula? Kejap. Hutan?! what the fish!

Aku mengundur selangkah. Dua langkah dan Krek! bunyi ranting patah. Aku pandang bawah bila aku pandang kaki aku yang pijak ranting itu. Kejap! Kejap! Kejap! ini bukan ranting! ini tongkat! Tongkat sakti macam.. Harry Potter punya! ada harry potter ke?

Aku membongkok ambil tongkat yang sudah patah dua itu. Bila aku bangun banyak kelawar keluar entah dari mana terbang bebas ke langit. Hati aku makin tak sedap. Ah sudah. Sinetron apakah ini?

Aku pusing belakang, kiri kanan semuanya kosong! ada pokok pokok je! yang tak ada... pokok pisang! Pokok jagung dan pokok kelapa sawit pun tak ada juga! weh aku dekat hutan! Hati aku rasa takut. Jantung ku berdegup tak menentu, terus aku buka langkah mahu lari.

Tangan aku menarik gaun pink cair yang aku pakai. Baru aku perasan. Aku pakai gaun! aku rasa tadi aku pakai dress je! ah tak kisah! aku mahu lariiiiii!! tiba tiba aku dengar satu jeritan.

PRINCEWhere stories live. Discover now