"Siapa kau?""Suami kau!"
"Siapa kau?".Soalan kedua aku tak dijawab. Kenapa? dah tak ada jawapan?
"Pulangkan Jimin..".Ucap aku sambil tatap mata bersinar milik Jimin. Reaksi Jimin kosong macam bukan diri dia. Dia kemudian memberi isyarat agar aku digari di tempat tadi.
Aku rela diri aku digari dan tak memberontak. Mayat Taehyung dibiar sahaja terbaring kaku di situ. Aku hanya menatap Taehyung lemah. Kim Taehyung.. semoga kau bahagia di sana.
Selepas kedua tangan aku digari, aku pandang hadapan. Jarak aku dan Jimin sedikit jauh. Dia sudah bersedia dengan anak panah tajam dia. Dia tersenyum sinis pada aku dan bersedia menarik busur panah dia.
Aku teringat Janji Jimin beberapa jam lepas..
"Awak akan ikut dari belakang kan? Dan awak akan protect saya?"
"Aku janji"
"Janji awak tak kan tinggalkan saya"
"Aku janji"
"Janji awak akan selalu cintakan saya"
"Janji".
Lelaki yang berjanji untuk melindungi aku adalah lelaki yang akan bunuh aku. Aku percaya dia cintakan aku dan aku percaya dia dikawal oleh seseorang.
"Park Jimin.."
Busur dia ditarik dari jauh dan dilepas laju anak panah tajam itu. Urgh! Darah dari mulut aku keluar mengejut. Anak panah itu akhirnya menusuk perut aku juga. Rasa macam tembus sampai ke usus.
Park Jimin... Park Jimin..
Entah macam mana, gari di tangan aku terbukak dan aku terus jatuh terduduk. Aku tarik anak panah yang tertusuk laju di perut aku tadi. Menangis aku dibuatnya. Lalu aku pandang Jimin lagi.
Wajah dia tenang dan kacak. Walaupun macam tu, ada sisi bengis di wajah dia juga. (bayangkan jimin marah)
Sekali lagi, dia keluarkan anak panah kedua dan bersedia untuk memanah aku dengan busur pemanah. Aku menarik nafas yang tersekat sekat menahan sakit di perut aku. Hanya wajah dia yang aku fokus dan bukan anak panah tersebut.
Zupppppp..!!
Urgh! Sekali lagi.. anak panah kedua menusuk ke perut aku. Ahh... sakit....... sakit... Aku pandang perut aku yang penuh dengan darah. Darah yang meleleh pada tusukan pertama yang bercampur dengan tusukan kedua.
Jimin.. awak kenapa..?
Aku tarik keluar anak panah itu dari melekat di perut aku dan membuangnya ketepi. Perut aku bukan papan dart Jimin. Saya bukan tempat mainan, bukan tempat untuk diseksa. Tapi saya tempat untuk awak mencintai..
Suasana sejak dari tadi hening dan sunyi. Semua puak menyaksikan lepasan anak panah daripada Jimin. Seperti mereka menyaksikan perlawanan anak panah.
"Tak mati lagi"
Jimin menarik senyuman dia dan wajah dia tampak kacak apabila dia senyum. Aku pun turut tersenyum apabila dia senyum. Namun, senyuman aku disambut dengan airmataku sendiri apabila dia mengambil anak panah ketiga.
Sudah lah perut aku sakit kena tusuk dua anak panah. Kalau anak panah ketiga itu sampai di perut aku, aku harap aku akan mati terus. Tak sanggup lagi aku menahan rasa sakit ni.
Zuppppp...!
Laju anak panah ketiga itu datang pada aku. Namun sasarannya kali ini bukan di perut. Tapi di jantung..
YOU ARE READING
PRINCE
FanfictionKuku dia yang tajam itu menggores cermin hingga tertulis perkataan ' Prince ' Lalu darah pun mengalir keluar dari cermin. Sumpahan terhadap Putera Jimin akan kekal abadi! Putera Ke-7 itu perlu membunuh dan memakan isterinya sendiri. Saat mereka ber...