P2 - Wife Jimin.

127 10 0
                                    


Betul ke dia? Betul ke dia manusia yang aku bau semalam? Betul ke dia isteri aku? Oh ye.. harini aku dah kahwin dengan dia. Tapi aku masih tak percaya dia isteri aku. Macam sengal je budak ni. Aku pandang dia yang kaku duduk di atas katil bersebelahan dengan aku. Leher dia aku tenung. Dari leher dia, aku boleh sah kan sama ada dia ada darah pemujaan kami atau tak.

"Ngee! awak pandang apa!".Dia mengangkat punggung mahu pergi tapi aku tarik.

"Sini!".Dia terduduk di peha aku. Mata dia aku tenung dalam. Pemilik mata yang menawan. Bau dia... aku pandang ke arah leher dia. Aku mahu hidu dia betul betul. Macam tak percaya aje perempuan sengal ni isteri aku? aku dekatkan hidung aku pada leher dia.

Memang.. bau dia. Aku dapat bau isteri aku sendiri. Tanpa aku sedar, hidung aku dan kulit leher dia sudah bersentuhan. Ah.. aku mabuk dengan bau tubuh dia.. Ingin aku rasa leher dia. Jadi mulut aku mula rapat pada leher dia.

"Jimin...".Tangan kiri aku menutup mulut dia. Sementara tangan kanan aku pula merangkul tengkuk dia. Bau darah dia-

"Jimin !".Aku tersentak dan menjauh dari leher Clyra. Aku pandang si empunya suara. Aduhh perempuan tu datang pula..

"Masuk bilik bonda!".Bonda terus pergi dan membiarkan pintu bilik kami terbuka. Lalu aku pandang Clyra dengan kesal.

"Asal kau tak bagitahu bonda masuk?!"

"Awak tak suruh?".Hush! masalah lah budak ni!

-

"Apa yang kamu buat tadi?".Soal bonda tegas.

"Bau dia.. Jimin cuma nak bau dia je".Ucap aku malas.

"Bau? alasan apa tu?".Aku berdecit lemah. Alahai bonda ni nak kiss pun tak boleh ke?

"Semalam kan kamu dah bau dia. Nak bau apa lagi? dekat dewan semalam.. kamu sendiri cakap dengan ayahanda perempuan tu yang kamu boleh hidu. Lagipun.. Yoongi pun dah dapat hidu perempuan tu. Kiranya memang dia gadis berdarah 'pemujaan' kita. Jadi nak bau apa lagi? atau kamu.. nak buat sesuatu dengan dia?".Soal bonda sinis. Aku hanya diam. Malas nak menjawab.

"Kamu jangan sentuh dia Jimin. Ingat, kita kena pelihara dara dia. Puak Min dan serigala jadian hanya makan darah gadis perawan. Kamu jangan hilangkan dara dia Jimin..".Ujar bonda dengan suara yang tegas.

"Jimin keluar dulu".Tanpa memandang bonda, aku terus keluar dari bilik pemaisuri dan raja. Rasa rimas bila semua kehidupan aku seakan di kongkong. Dia isteri aku, suka hati akulah nak buat apa dengan dia.

-

Aku, Park Jimin, Putera III dari keturunan ketujuh, Kerajaan Seoul Korea telah disumpah. Setiap Putera ke III disetiap keturunan perlu berkahwin dengan gadis yang masih perawan dan darah dia akan dimakan oleh suaminya sendiri. Yang penting, darah itu adalah darah perawan.

Kemudian, Kerajaan Seoul Korea akan selamat dan aman damai. Tapi, bagi putera III yang lahir pada keturunan ketujuh iaitu aku, bukan semudah itu urusan kami dengan puak yang telah menyumpah kerajaan kami.

Putera ke-III dari keturunan ketujuh perlu memakan darah isterinya yang masih perawan dan membunuh isterinya sendiri. Kemudian, darah isterinya perlu dimakan oleh puak Min. Puak pontianak.

Setelah itu, tubuh isterinya yang kekosongan darah itu akan dijadikan sajian makanan oleh Serigala jadian.

Sumpahan keturunan ketujuh, adalah sumpahan paling berat!

"Haaa!!! ".Kedua bahu aku terangkat kerana terkejut dengan kemunculan Clyra.

"Haaa tahu terkejut! comel la awak ni!".Dia mencuit hidung aku, namun aku tepis.

"Jangan suka suka sentuh aku eh"

"Aik? tak boleh ke?".Tanya dia polos.

"Tak!"

"Habistu awak sentuh saya tadi?".Aku diam tak menjawab dan terus berlanggar bahu dengan dia. Aku mahu pergi tapi aku dengar derapan tapak kaki dia berlari dan tiba tiba lengan aku dicapai oleh dia. Lengan aku dipeluk sekali.

"Aku dah cakap jangan sentuh aku".Aku menghadap dia dengan pandangan tajam aku dan wajah dia cemberut.

"Excuse me Putera Jimin, awak tu suami saya, jadi saya boleh sentuh awak dekat mana mana je!".Ucap dia ceria sambil mencubit kedua pipi aku macam budak kecil. Aku abaikan dia dan sambung berjalan. Dia masih peluk lengan aku dan berjalan beriringan bersebelahan dengan aku.

"Jimin, awak tak suka saya ke?"

"Tak"

"Tapi saya suka awak"

"So?"

"So awak kena suka saya balik!".Langkah aku berhenti berjalan dan aku tatap mata dia yang mula buat muka kiut depan aku. Kenapa perempuan ni ceria sangat eh?

"Omma saya kata, kita kena suka orang yang suka kita. Macam saya! saya suka awak, so awak kena suka saya!".Serentak itu kaki kanan dia turun naik dan tangan dia membuat mini love pada aku.

"Dah. Lepas".Aku arahkan dia lepas lengan aku tapi dia geleng.

"tannak! tannak!".Gedik betul dia ni.

"Apa masalah kau ni eh? aku kata lepas, lepas la"

"Hmm! okay! saya lepas. Ops! ops! alamak.. saya nak lepaskan lengan awak tapi hati saya tak nak..".Ucap dia dengan suara seakan akan sedih. Ngee pompan ni aku sepak juga kang!

"Meh sini aku cakap dengan hati kau!".Aku menghadap dada dia. Konon nak bercakap dengan hati dia yang degil macam kotoran degil! ini la dia kesan kotoran degil! Kena cuci dengan Daia ni! tak pun sabun Feb!

"Hello Miss Hati, boleh tak lepaskan lengan saya? Saya rasa ri......... mas!"

"Ngee awak pandang apa!".dia lepaskan pautan di lengan aku dan tutup dada dia. Aku ketawa sinis memandang dia. Tak terfikir pula aku apa yang dia fikir. Tiba tiba otak nakal aku datang. Haaaaaa...

"Eh jangan la tutup, tak habis lagi cakap dengan hati kau tu".Aku tarik dua tangan dia yang sudah bersilang itu kemudian dia tampar dada aku dan membelakangi aku.

"Ngeee gatal! gatal! ngeees!!!".Haha aku hanya ketawa melihat aksi comel dia.

Kemudian perlahan lahan aku menghampiri dia yang masih membelakangi aku dan dakap dia dari belakang.

"Nice breast".Sempat aku sentuh breast dia dan kemudiannya lari. Dia yang terkejut sudah menanggalkan selipar jepun dia dan baling ke arah aku.

Kemudian kami pun main kejar kejar. kush Kush hota heiii..!!

"huwarghh uwarghh! PARK JIMIN!!! BYUNTAEEEE!!!"

-

"Tak perlu diganggu. Jangan risau, Jimin cuma nak buat puteri Clyra rasa selesa dengan kita".Raja bersuara apabila Si Pemaisuri mahu menghentikan permainan kejar mengejar dua pasangan sejoli itu.

"Kakanda.. kita tak boleh biarkan mereka rapat!"

"Itu isteri dia, dia berhak lakukan apa pun. Lagipun.. bulan purnama akan datang 29 hari lagi.. biarkan mereka bahagia. Perempuan itu akan mati juga akhirnya".Ucap Raja sambil matanya masih melihat Putera dan puteri bermain kejar kejar di tingkat bawah.

"Tapi adinda risau kalau Jimin-"

"Jimin tak akan jatuh cinta dengan perempuan tu. Dia tak akan khianati kita.. seorang putera yang bakal menjadi raja perlu memakan darah isterinya".Ucap Raja dan terus beredar dari koridor. Sang Pemaisuri hanya diam membiarkan raja pergi. Namun matanya masih kekal menatap dua pasangan yang bermain kejar kejar di bawah itu. Timbul perasaan tak puas hati! Dia tak suka dengan kehadiran Clyra yang berpewatakan tak matang!

PRINCEWhere stories live. Discover now