Peraturan terakhir itu buat aku tersentak sekaligus bangun berdiri. Terkejut beruk aku dibuatnya. Jangan kata terkejut aje, mulut ni ha! dah ternganga luas mempersilakan selipar jamban masuk ke dalam mulut aku."Saya tak setuju!"
"Sebagai puteri kerajaan Seoul Korea, tiada bantahan".Ucap pemaisuri dengan riak selamba.
"Mana boleh macam tu! saya tak setuju!!"
"Clyra!". Jimin turut bangun dan menggenggam tangan aku kuat. Dia pandang aku, tapi aku pandang Sang Raja.
"Ampun raja!".Aku melutut di hadapan raja. "Tolong la.. tolong la ubah peraturan terakhir tu. Saya tak sanggup berpisah dengan keluarga saya!"
Suara aku mula serak. Mana tak ye, sebagai puteri kerabat diraja, hari ini di kediaman raja aku perlu mendengar segala peraturan dan undang undang tak guna sebagai puteri Seoul Korea.
Masalahnya peraturan terakhir buat aku rasa nak nangis sampai banjir air longkang!
"Undang undang.. tetap undang undang. Peraturan terakhir adalah peraturan yang tak dapat diubah. Undang undang terakhir, Sebagai puteri.. kamu akan terputus hubungan dengan keluarga kandung kamu. Mulai hari ini kamu tak akan dibenarkan berjumpa dengan keluarga kandung kamu buat selama.. lamanya".Ujar pemaisuri dengan nada belagak lagi. Air mata aku sudah tumpah. Aku mula rasa menyesal menjadi seorang puteri dan isteri Jimin. Aku rindukan ibu dan ayah aku. Juga.. abang aku. Tssk!
"Wahai Raja! tolong lah! ubah semula peraturan terakhir itu!". Raja hanya diam. Kemudian pemaisuri yang menjawab. Sibuk aje dia! aku tengah cakap dengan raja la!
"Kenapa seorang Raja perlu mendengar kata kata dari golongan rakyat?".Nada pemaisuri sinis menyindir aku. Aku berdehem.
"Ehem! sebagai menantu kesayangan Raja dan Pemaisuri, saya harap.. permintaan saya di ijabkabulkan. Lagi satu, keluarga saya adalah besan keluarga raja. Apa kata, bawa keluarga saya tinggal di sini? kita boleh makan kari ayam ibu saya hari hari! ibu saya masak sedap!"
"Clyra!".Jimin membongkok menarik tangan aku dan aku yang melutut di hadapan Raja tadi automatik berdiri kerana tangan aku ditarik oleh Jimin. Suara dia tegas. Dia kemudian memandang Raja yang bermuka serius.
Aduhai jangan la serius sangat! serius memanjang macam esok dorang semua akan mati!
"Maaf ayahanda, bonda. Puteri Clyra masih baru. Ananda harap, maaf diterima. Undang undang pertama hingga terakhir akan diterima oleh Clyra walau-"
"Eh eh siapa cakap saya nak terima?".Celah aku. Memandai aje si Jimin ni. Keluarga kau depan mata boleh la kata gitu. Weh! kau faham, undang undang terakhir ialah aku akan terputus hubungan dan TAK AKAN DAPAT JUMPA KELUARGA AKU SELAMA LAMANYA LAGI!
Mata aku dan Jimin bertembung maut. Dia pandang aku macam nak terkam aku. Nak terkam, terkam malam la..hehe..
"Puteri Clyra!".Tegas Raja bersuara. Haa.. ada suara, ingat ke dah bisu.
"I.. iye..".Laaa.. aku pula yang tergagap.
"Sebagai Puteri, apa yang dititahkan raja tidak boleh dipersoal atau dilanggar. Kamu perlu turutinya..".Ucap dia dengan nada yang lembut. Aku tatap mata dia.
"Beta faham ini adalah sesuatu yang berat. Jadi, beta setuju untuk mengubah peraturan ini. Kamu boleh berjumpa dengan keluarga kamu. Tapi.. hanya setahun sekali".Dagu aku jatuh lagi. Ternganga beb! dia buat lawak ke apa ni?
"Ngee! saya tak setuju!"
"SIAPA KAMU MAHU MENJAWAB SETUJU ATAU TIDAK DALAM SOAL UNDANG UNDANG DAN PERATURAN?! SEBAGAI PUTERI, KAMU PERLU TERIMA! TIADA BANTAHAN!".Pemaisuri bangun dari kerusi mewahnya dan menghasilkan suara yang lantang. Aku terkejut dan tiba tiba menangis. Kena marah sampai macam ni sekali... sampai hati.
YOU ARE READING
PRINCE
FanfictionKuku dia yang tajam itu menggores cermin hingga tertulis perkataan ' Prince ' Lalu darah pun mengalir keluar dari cermin. Sumpahan terhadap Putera Jimin akan kekal abadi! Putera Ke-7 itu perlu membunuh dan memakan isterinya sendiri. Saat mereka ber...