Clyra mencium dahi ayahanda. Aku bengang tengok dia. Asal dia nak cium dahi ayahanda juga? Dia bukan darah daging kami. Aku sentuh tangan kaku ayahanda, dia pun sentuh tangan ayahanda. Aku nangis, dia pun nangis. Aku cium dahi ayahanda, dia pun cium dahi ayahanda. Agaknya kalau aku terjun bangunan dia pun terjun bangunan juga."Tuan.. gwencana?".Tanya dia lembut. Nampaknya dia dah boleh panggil aku Tuan. Aku angguk tapi tak senyum. Aku berundur kebelakang setapak selepas melepas tangan ayahanda. Pintu keranda ayahanda akan ditutup.
"Tuan jangan nangis.. setiap yang hidup pasti akan pergi".Dia usap air mata aku dan aku tepis.
"Tahu lah!".Sibuk aje dia ni. Naik rimas aku.
Aku tatap keranda ayahanda semula. Clyra disebelah aku. Bonda.. dan Jungkook iaitu adik aku berada di belakang aku. Mayat ayahanda akan menjadi milik puak serigala jadian. Memang macam ni.. kalau keluarga kami mati, mayat kami akan dimakan oleh serigala jadian.
Kini, Keluarga kerajaan di sebelah kiri keranda ayahanda. Puak pontianak pula di sebelah kanan keranda ayahanda. (Ada paham?)
"Tuan.. kenapa Yoongi ada sekali?".Daripada tadi si Clyra tanya tapi aku malas nak jawab. Hati tengah sedih ni.. huhuu.
"Tuan kenapa dengan gigi Yoongi? dia.. jongang ke? tadi kita jumpa dia, gigi dia tak kedepan pun".Lengan aku dicuit. Jongang? sejak bila pula Yoongi jongang ni.. aku pandang Yoongi yang dah pandang semacam pada Clyra.
"Itu taring bodoh!".Aku rasa nak cepuk aje minah bangang ni.
"Oh.. tapi kenapa kedepan sangat?".Aku dan dia berpandangan.
"Taring memang la macam tu! apa yang kedepannya? gigi kau tu haa yang kedepan!"
"Mana ada.. gigi saya cantik! iee".Sempat lagi dia tayang gigi putih dia dekat aku. Haii Clyra.. dekat depan arwah bapak aku pun kau nak buat perangai setan ye..
"Tuan.."
"Apa lagi.."
"Kenapa Yoongi ada taring? rasanya bukan dia sorang. Semua orang yang berdiri sebelah dia ada taring. Ngee nampak seram! muka pun masing masing pucat! macam pontianak!"
"Kau diam lah! Sekali lagi kau bukak mulut aku bagi kau dekat diorang!".Ugut aku dan Clyra terus diam. Haa tahu takut. Membebel aje dari tadi.
"Puteri Clyra..".Clyra pandang wajah bonda.
"Tutup pintu keranda".Aku pelik dan sedikit terkejut.
"Eh? kenapa Puteri yang kena buat? bukan ke patutnya puak Min-"
Aku mati kata kata apabila iris bonda mula bertukar warna. Warna mata bonda adalah warna emas. Tapi kalau dia marah, warna itu akan bertukar merah.
Aku pandang Clyra yang terpinga pinga. "Pergi tutup..".Arah aku lembut dan dia angguk sambil melangkah setapak meratapi keranda ayahanda.
Suasana dari tadi sunyi. Awan pula masih bewarna biru pekat. Sekali angin sepoi sepoi bahasa meniup, terus berdiri bulu roma kami.
Di kemangkatan ayahanda, kami meletakkan keranda ayahanda di depan gua puak Min. Roh ayahanda akan diambil oleh puak Min. Jasad ayahanda pula akan diambil oleh puak serigala jadian. Tapi.. serigala jadian tak ada pula dekat sini.
Pelik. Hanya kerabat diraja dan Puak pontianak sahaja.
"Selamat tinggal papa..".Suara Clyra pelan tapi aku boleh dengar. Drama lebih la budak ni! cepat la sikit tutup tu!
Clyra yang berada di hadapan aku membongkok dan memeluk tubuh ayahanda. Hati aku panas! ngeee budak ni! aku pandang bonda yang mula menggeleng. Wajah jungkook pula sedikit tersenyum. Puak puak syaiton nirojim tu? hmmm diorang dah pandang Clyra pelik. Mesti semua be like 'asal dia peluk mayat Raja?'
YOU ARE READING
PRINCE
FanfictionKuku dia yang tajam itu menggores cermin hingga tertulis perkataan ' Prince ' Lalu darah pun mengalir keluar dari cermin. Sumpahan terhadap Putera Jimin akan kekal abadi! Putera Ke-7 itu perlu membunuh dan memakan isterinya sendiri. Saat mereka ber...