"Sakit la!""Diam lah! kau jangan nak banyak bunyi sangat. Aku humban mulut kau kang". Marah Jimin dengan muka bengis dia. Asyik nak marah aje dia ni. Cuba kalau dengan aku lemah lembut sikit!
Aku lihat tangan dia lincah menjahit tapak tangan aku yang terkoyak tadi. Iuwwww rasa dia sakit dan ngilu! Tak de bius ke?!
"Sakit! ngeee!".Aku luku kepala dia apabila jarum yang tajam menembus ke kulit aku secara mengejut. Dia berhenti seketika dan berkerut memandang aku. Kemudian wajahnya diraup keras. Geram agaknya.
"Boleh tak kau diam! sekali lagi kau bukak mulut siap kau!"
"Apa yang awak nak buat?"
"Mulut kau tu.. aku sumbat benda kotor!".Ugut dia.
"Nak sumbat apa? sampah? air longkang? lumpur?".Jimin tatap aku tajam. Kemudian dia mengambil kain anduh dan membalut tapak tangan aku lembut. Pertanyaan aku tidak dijawab.
"Haa.. tahu takut.."
"Siapa yang takut? jangan sampai kau trauma dengan aku kang". Dia tersenyum nakal di hadapan aku.
"Tahu apa yang lelaki suka masukkan dalam mulut perempuan?".Suara dia pelan separuh berbisik.
"Apa?"
"Kau nak try? aku suka kalau kau rasa".Senyum dia melirik nakal. Pekes dia ni?
"Saya tak faham".Kepala aku dipegang dan dia berbisik pelan di telinga aku.
"Sekali lagi kau bising, dekat sini juga dick aku masuk mulut kau"
-
"Aku minta maaf weh.. aku tak boleh kawal tengok darah dia tadi..".Taehyung mengeluh berat. Tapak tangannya memangku wajah suram dia. Rasa serba salah menebal pada diri dia. Nasib baik Jungkook datang dan tumbok muka dia sampai dia sedar tadi.
"Tak apelah.. Jimin tak marah. Dia dah sedut dah bisa kat tangan Clyra".Jawab Jungkook pelan.
Dia kemudian mencampak salji ke batang pokok. Terus pecah salji itu. Taehyung yang melihat itu datang mendekat.
"Dia dengan Jimin mana?"
"Entah. Jimin nak hantar perempuan tu balik. Dia sendiri nak hantar perempuan tu balik".Taehyung terkejut. Dia kemudian melabuh punggung di permukaan salji yang tebal.
"Jimin tak kan boleh keluar dari sini.. Tak kan dia tak tahu? ".Jungkook anggukkan kepala dia. Kemudian ranting kayu diambil dan dia melakar sesuatu di tanah salji.
"Dia tahu.. dia cuma nak hantar Clyra balik sebelum pukul 12 malam. Esok bulan purnama. Kiranya tepat pukul 12 malam ni.. kalau perempuan tu tak keluar juga dari hutan ni dia akan terperangkap dan jadi makanan kita. Nak atau tak.. Jimin kena bunuh dia juga. Darah perempuan tu.. darah manusia bidadari asli. Darah dia aje boleh kekalkan martabat kerajaan kita"
"Tapi sempat ke? Sempat ke dia nak keluar? Kalau perempuan tu boleh keluar dari hutan ni.. Jimin akan mati. Kalau perempuan tu tak keluar dari hutan ni.. Perempuan tu pula akan mati". Sejurus mendengar itu, Jungkook mencampak rantingnya ke tepi.
"Aku tak tahu lah.. ".Jawab Jungkook dingin dan terus berdiri mahu pergi.
Taehyung pelik kerana perangai Jungkook sejak akhir akhir ini berubah. Dia dan Jungkook boleh tahan kamching la juga. Tapi kenapa bila beborak tadi dia macam nak tak nak aje layan?
"Jungkook.."
"Hmm?".Jungkook memandangnya dengan pandangan dingin.
"Kau kenapa? Kenapa perangai kau lain ni? Ada apa apa yang berlaku ke?". Jungkook tergelak hambar. Dia menggeleng sambil berlalu pergi tapi Taehyung tetap mengejar dia.
YOU ARE READING
PRINCE
FanfictionKuku dia yang tajam itu menggores cermin hingga tertulis perkataan ' Prince ' Lalu darah pun mengalir keluar dari cermin. Sumpahan terhadap Putera Jimin akan kekal abadi! Putera Ke-7 itu perlu membunuh dan memakan isterinya sendiri. Saat mereka ber...