"Tengku Puteri," tubuh terasa digoncang perlahan. Matanya masih tidak terasa ingin dibuka. Selimut ditarik hingga ke kepala.
Dayang istana yang berada di sebelah si puteri sudah menggaru kepala, tidak tahu bagaimana mahu mengejut si puteri lagi.
"Falisya?" suara lembut dibelakang yang menegur membuatkan si dayang tadi terenjutkan bahunya.
"Tuanku Permaisuri," sengihan diberikan pada si permaisuri yang memandangnya pelik.
"Kenapa Falisya? Damia sudah bangun?" matanya mula meliar ke arah dalam bilik puteri tunggalnya itu.
"Er, belum tuanku. Patik sudah cuba untuk kejutkan Tengku Puteri. Tetapi, Tengku Puteri masih tidak terjaga," kepalanya yang tidak gatal itu digaru.
"Kalau begitu, tidak mengapa, Falisya pergilah sambung kerja tadi. Terima kasih," sebuah senyuman dilemparkan kepada dayang istana tadi.
Tuan puteri yang sedang diulit mimpi itu dipandang. Seketika kepalanya menggeleng perlahan. Apa hendak jadilah dengan puteri ini. Agaknya boleh jadi puteri beradu kalau dia masih tidak mahu bangun.
"Damia,bangun," digoncangkan sedikit tubuh anakandanya itu.
"Damia, bangun sayang," tangan si permaisuri membelai rambut si puteri yang mengurai panjang.
Malangnya, si puteri tidak terjaga juga.
Kali ini, dia menggoncangkan tubuh anakandanya itu sedikit kuat agar si anak terjaga.
Namun, lain pula jadinya apabila tangannya yang menggoncangkan badan si puteri, jatuh ke belakang badan anaknya yang berpaling menghadap lain dan itu cukup membuatkan seorang ibu menjadi geram apabila anaknya tidak mahu bangun.
"Raja Tengku Puteri Damia,bonda kata bangun!" serentak itu,tangannya mencubit tangan si puteri.
Damia mula membuka mata dan bingkas bangun bagaikan gempa bumi baru saja berlaku.
Seketika dia terdiam sebentar. Cuba mencerna tentang apa yang sedang berlaku. Dipandangnya sekujur tubuh yang duduk disebelahnya. Akhirnya dia mengeluh perlahan.
"Hai bonda. Janganlah kejut anakanda begitu. Terkejut tahu? Hampir saja anakanda fikir gempa bumi berlaku, rupanya gempa bumi buatan bonda," dia menggeleng perlahan.
"Eh,anakanda yang tidak mahu bangun,ya! Sekarang anakanda mahu kata bonda buat gempa bumi,ya?" ketawa kecil kedengaran.
"Sudah. Sekarang tuan puteri pergi bersiap cepat dan kemudian solat. Seusai solat, turun untuk bersantap," sambungnya lagi lalu bangun untuk menyelesaikan masalah yang tertunda sebentar tadi akibat ingin melihat anaknya seorang itu.
"Baik tuanku," kemudian dia turun dari katilnya dan masuk ke dalam bilik air.
________________________________
Kakinya dibawa melangkah ke dewan santapan atau nama lainnya, Dewan Flora. Perjalanannya ke dewan itu tidak sunyi kerana ditemani dengan lagu yang dinyanyikannya.
Kadang-kala, terdengar sapaan pekerja istana yang ramah menegurnya di pagi hari. Dia hanya sekadar tersenyum dan mengangguk.
Jumlah pekerja istana terlalu ramai menyebabkan nama sesetengah daripada mereka, Damia tidak dapat menghafalnya kerana Damia sering terlupa.
Perkara wajib baginya sebelum ke dewan santapan adalah untuk ke taman bunga istana yang berada sejalan dengan haluan untuk ke dewan santapan. Pagi hari adalah baik untuk dimulakan dengan udara yang segar daripada bunga-bungaan yang harum dan cantik.
Apabila kakinya menjejak di taman bunga itu, mulalah dia berangan sendiri. Dia terus menuju ke arah buaian yang berada di tengah-tengah taman itu. Cantik. Di kelilingi bunga-bungaan yang wangi dan memukau mata.
YOU ARE READING
Puteri Luar Biasa
Teen Fiction[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raja bersekolah di sekolah biasa, pelbagai cabaran dihadapinya apabila tiada siapa tahu tentang statusn...