Hana sekadar berdiam diri apabila kawan Syahira sudah datang. Dia sendiri yang berkeras untuk mengikut gadis itu kerana dia terlalu bosan.
"Hana, saya kenalkan, ini Asyraf, kawan saya sejak sekolah rendah,"
Hana mengangguk sedikit, memberi isyarat salam perkenalan pada lelaki itu.
"Saya, Hana,"
"Asyraf,"
"Mana Farhan ni? Lama betul!" rungut Asyraf yang riak wajahnya sudah penat menunggu rakannya yang seorang itu.
"Farhan memang melayu, lepas tu, ada hati nak suka perempuan high class, ceh,"
Hana terdiam. Dia tahu, perempuan yang dimaksudkan oleh Syahira itu puteri tunggal negara Firiana.
Sekali lagi Hana berasa kecewa. Entah kenapa perasaanya begitu. Baginya, Farhan sepatutnya memandang dia kerana peluang Farhan untuk dapatkan dia amat tinggi berbanding peluang untuk memiliki puteri itu. Dia boleh saja cuba dapatkan hati lelaki itu dengan wajahnya yang seiras puteri mahkota itu. Tetapi, Hana tidak mahu berbuat begitu kerana Hana pasti akan kelihatan seperti tergila-gilakan Farhan.
"Hana?"
Wajah Farhan menyapa kornea matanya. Jantungnya mula menggila bagaikan berlari sekeliling padang.
"Ya?" soalnya dengan wajah yang polos, tidak memahami mengapa tiga orang itu memandangnya bagai dia adalah makhluk asing yang sesat.
"Okay tak ni? Kenapa termenung je tadi?"
"Oh, okay je. Jangan risau," Hana melemparkan senyuman pada mereka sambil jemarinya meramas sesama jemari yang menyejuk kerana menahan satu perasaan itu.
Syahira yang tidak mengesyaki apa-apa itu mengangguk perlahan.
"Farhan, kenapa lambat sangat? Kau baiki kereta ke apa hah?"
"Sorry, aku pergi hantar Aira ke sekolah,"
Hana tersentak. Siapa Aira? Sekolah? Anak Farhan ke?
"Siapa Aira?" laju mulutnya bertanya tetapi di dalam otaknya berkali-kali dia memarahi dirinya.
"Aira? Anak buah saya," Farhan ketawa kecil dihujung ayat. Entah apa yang kelakar, tiada siapa tahu.
"Hana- jealous ke kalau Farhan dah kahwin?"
"Mana ada!" cepat-cepat dia membantah tanpa dia sedar sebenarnya perbuatannya itu sedikit sebanyak menzahirkan perasaannya pada lelaki itu.
Mereka semua tertawa apabila menyedari wajah Hana sudah berubah merah. Malu.
"Saya nak ke tandas,"
"Hana," sempat Syahira menarik lengan Hana sebentar.
"Maaf ya kalau awak terasa,"
Hana tersenyum nipis. Dia tidak terasa cuma lebih kepada malu.
"Tak, saya okay," dia menepuk jemari Syahira yang menggenggam lengannya itu perlahan.
Syahira melepaskan lengan gadis itu dan dia berlalu ke tandas.
Dia masih memikirkan mengapa dia jatuh hati pada lelaki itu terlalu cepat? Malah, baru saja pertama kali berjumpa di lapangan terbang, dia seolah-olah sudah menaruh perasaan pada lelaki itu.
Hana menggeleng perlahan dan melangkah masuk ke dalam tandas. Tudungnya dibetulkan sedikit, bibirnya yang agak kering itu dioleskan sedikit pelembap bibir. Selesai melakukan perkara yang ingin dilakukannya, dia melangkah keluar dari tandas dan kembali menuju ke meja.
"Kenapa kau masih tunggu dia? Sedarlah yang dia dah tak ada!" suara Syahira yang agak memarahi Farhan itu menghentikan Hana disebalik dinding yang memisahkan lorong ke tandas dan meja mereka.
YOU ARE READING
Puteri Luar Biasa
Teen Fiction[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raja bersekolah di sekolah biasa, pelbagai cabaran dihadapinya apabila tiada siapa tahu tentang statusn...