"Damia, ikut bonda sekejap," panggilan Permaisuri Zara mematikan kerja yang sedang dilakukannya.
Damia berjalan mengikuti langkah bondanya yang berjalan menuju ruang bacaan.
"Ayahanda!"
Hampir 2 bulan dia tidak bersemuka dengan ayahandanya itu kerana Raja Tengku Faris ke luar negara atas urusan kerajaan.
Tubuh lelaki yang sedang berdiri menghadap rak buku yang tinggi itu dipeluk erat. Rindu.
Raja Tengku Faris terkejut. Dia memandang tangan yang memeluk pinggangnya itu. Kemudian dia menarik tangan itu dari pinggangnya.
Dia berpaling menghadap anaknya. Tangan itu dibawa ke pelukannya. Damia pula hanya mengikut tindak-tanduk ayahanda.
"Lama tidak berjumpa ayahanda,"
Raja Tengku Faris ketawa perlahan sambil menepuk belakang badan Damia perlahan.
Dani yang memandang hanya mencebik. Macam dia seorang saja yang rindu ayahanda. Dia kemudiannya menyambung membaca buku yang dipegang.
Raja Tengku Faris yang menghadap Dani itu perasan akan tingkah anaknya. Pelukan dilepaskan.
"Damia, kakanda mahu dipeluk juga," Raja Tengku Faris bisik perlahan pada telinga Damia yang sudah menghadap Dani. Damia mula bingung. Kenapa mahu dipeluk juga?
Dia kemudiannya memandang wajah ayahandanya itu, mencari jawapan pada persoalannya itu.
Raja Tengku Faris mengangkat kedua-dua keningnya pada Damia berkali-kali. Damia masih mengerutkan dahinya. Biar betul ayahanda ini?
Damia terus melangkah ke arah putera itu dan dipeluk abangnya yang sedang ralit membaca.
Dani pula terkejut dan kebelakang sikit apabila menerima pelukan secara drastik itu.
"Ini kenapa peluk kakanda? Bukan kakanda yang pergi luar negara," Dani masih tidak membalas pelukan adiknya itu. Seketika dia memandang wajah ayahanda yang sedang tersengih itu.
"Ayahanda kata kakanda mahu dipeluk juga. Adinda peluk sajalah,"
"Bila pula kakanda nak dipe-,"
Terus mati kata-katanya apabila Raja Tengku Faris ketawa.
Damia pula melepaskan pelukan dan memandang pelik pada ayahandanya. Sedari tadi dia pelik dengan ayahandanya itu, tetapi dia hanya menurut.
"Damia, Kakanda Dani tidak kata mahu dipeluk pun. Tadi dia mencebik sewaktu anakanda peluk ayahanda. Jadi, ayahanda rumuskan bahawa Dani mahu dipeluk juga!"
Damia yang mendengar sudah ternganga, manakala Dani sudah menepuk dahinya.
"Kenapa panggil anakanda ke mari?" soal Damia yang baru menyedari keadaan sebenar. Pasti ada sesuatu yang mereka sekeluarga akan dibincangkan.
"Oh ya! Ada sesuatu yang ayahanda dan bonda mahu bincangkan," Raja Tengku Faris berubah serius.
Damia mengambil tempat disebelah Dani yang berhadapan dengan bonda dan ayahanda.
Permaisuri Zara yang tadinya hanya menjadi pemerhati mula bercakap,
"Dani beritahu bonda dan ayahanda, anakanda mahu ke sekolah biasa di luar negara. Betul?" wajah Permaisuri Zara seakan risau untuk melepaskannya.
"Betul bonda! Anakanda teringin sangat nak rasa kehidupan rakyat," dalam matanya seolah-olah ada sinar harapan yang terlalu besar ditaruhkan.
Permaisuri Zara memandang Raja Tengku Faris. Sebenarnya, keputusan telah dibuat beberapa hari yang lepas iaitu hari sebelum Raja Tengku Faris pulang ke Firiana. Mereka sudah tahu tentang hasrat Damia sebelum Raja Tengku Faris ke luar negara lagi. Jadi, pulang saja Raja Tengku Faris ke Firiana, terus mereka berkumpul begini.
YOU ARE READING
Puteri Luar Biasa
Teen Fiction[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raja bersekolah di sekolah biasa, pelbagai cabaran dihadapinya apabila tiada siapa tahu tentang statusn...