nama nama lagu yang ada ni, kalau awak playkan sambil baca, mungkin lebih feel? HAHAH tapi saya serious sarankan awak dengar lagu tu sambil baca hehe :> okay selamat membaca !!
» [Hasrat] «
0:31 ─〇───── 3:58
⇄ ◃◃ ⅠⅠ ▹▹ ↻♫₊˚.🎧 ✩。
"Assalamualaikum bonda," ujar Dani.
Dia duduk di sebelah pusara bonda setelah tikar di bentang. Di Firiana, tiada pusara yang boleh diletakkan sebarang jenis kerusi atau bangku meskipun ia pusara kerabat diraja.
Batu nisan Permaisuri Zara yang diperbuat dari batu sungai diusap perlahan. Sementara menunggu Damia turun dari kereta, dia ingin berbual bersama bonda dulu.
"Maaf bonda, lama anakanda dan adinda tak ke mari. Sejak akhir-akhir ini, makin sibuk, bonda," ujar Dani. Dia lepaskan ketawa kecil.
"Macam manalah bonda dan ayahanda uruskan Firiana dulu ya? Pening juga kepala anakanda. Dua hari lepas, di Kota Ixora kan bonda, anakanda melawat keluarga bonda. Ayahanda Zarif sedang sakit, bonda. Kata mereka, sakit jantung. Kasihan anakanda melihat ayahanda," dia melepaskan keluhan.
"Oh ya bonda, mungkin Damia pernah beritahu bonda sebab Damia ada beritahu dia ada datang pusara bonda dan ayahanda. Damia sudah berkahwin, bonda. Dia berkahwin dengan lelaki yang menjaganya di Malaysia sebelum ini. Ingat lagi, bonda? Ketika anakanda minta bonda dan ayahanda benarkan Damia untuk ke kem itu?" jeda. Dani sedang menahan tangis. Dia teringat akan peristiwa itu. Kalaulah dia ikutkan saja keputusan bonda dan ayahanda untuk tidak benarkan Damia ke kem itu, pasti Damia ada bersama mereka hingga ke saat akhir.
"Dia... dia kahwin dengan Firaz, bonda," sekali lagi, ketawa kecil dilepaskan.
"Kakanda?" tegur Damia. Dia terdengar tawa kecil Dani. Apalah yang agaknya dia sembangkan dengan bonda?
"Ah, ya. Bonda, adinda dah sampai," ujar Dani. Ruang disebelahnya di tepuk perlahan, mengisyaratkan Damia untuk duduk di sebelahnya.
Damia mengisi kekosongan itu. Tangannya menghulurkan buku Yasiin pada Dani.
Suasana hari itu seakan menggambarkan perasaan Dani ketika itu. Sisi Dani yang-
"Adinda, jom baca,"
-membuatkan mereka sedar, Dani juga seorang manusia. Perlukan seseorang untuk meluahkan. Perlukan bahu untuk bersandar. Seorang lelaki, tidak bermakna dia perlu kekal kuat tanpa menangis.
Damia mengintai wajah Dani di sebelah. Wajahnya mendung. Senyumannya dipaksa. Bibirnya pucat. Mata yang sembap. Dia tertanya-tanya, sudah berapa lama Dani begini. Selama ini dia tidak sedar perubahan pada Dani. Sudah hampir seminggu dari hari terakhir dia dan Engku Nazifah membuat keputusan untuk berlawan. Seminggu juga dia kurang bertemu dengan Dani kerana dia sibuk menghabiskan masa bersama Firaz, berbincang tentang pertempuran itu.
Bacaan al-Quran ketika itu diketuai Dani.
Semuanya pada Dani, lengkap. Apa saja yang tidak ada? Dia boleh memerintah, dia boleh menjadi imam, dia boleh mengetuai bacaan al-Quran, dia boleh menjadi penasihat, seorang yang sopan dan lembut tutur katanya kecuali sesuatu yang membuatkan dia marah.
Tetapi, mahukah mereka terima Dani sekiranya mereka tahu bahawa Dani juga seorang yang senang menangis, seorang yang mempunyai jiwa yang rapuh atau seorang yang manja dengan orang yang disayanginya?
Damia memandang pula pusara bonda di hadapannya. Mulutnya masih kekal mengikuti bacaan ayat-ayat suci itu.
Beberapa minit berlalu, bacaan yasiin ditutupi dengan doa. Damia dan Dani menyiram air pada kubur Permaisuri Zara.
YOU ARE READING
Puteri Luar Biasa
Roman pour Adolescents[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raja bersekolah di sekolah biasa, pelbagai cabaran dihadapinya apabila tiada siapa tahu tentang statusn...