Firaz yang berada di sebelah Damia setia menemani sambil membaca al-Quran dengan harapan agar Allah memberi kesembuhan pada isterinya itu.
Tok! Tok! Tok!
Firaz memberhentikan bacaannya. Dia menoleh memandang pintu masuk wad itu.
"Tuan?" Doktor Qamarina masuk ke dalam bilik itu.
"Ya?"
"Boleh saya bercakap dengan tuan di bilik saya sekejap?"
Firaz mengangguk. Naskhah al-Quran di tangannya ditutup dan diletakkan di atas meja berdekatan dengan katil.
"Saya keluar sekejap ya sayang?" ujarnya lalu dia menunduk mencium dahi isterinya.
Pintu ditutup perlahan-lahan dan dia melangkah ke bilik doktor itu.
"Kenapa ya doktor?"
Jantungnya agak berdebar. Jika dia dipanggil untuk ke bilik doktor ini, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya.
"Tuan, saya dapati, sel-sel kanser dalam badan puteri semakin merebak,"
"Allahu Akbar," tuturnya perlahan. Badannya terasa menggigil.
"Jadi, sekiranya puteri masih tak sedarkan diri dalam masa beberapa hari lagi, saya minta maaf tetapi saya terpaksa menghentikan life support puteri kerana tahap kesihatan puteri semakin merosot akibat sel-sel kanser yang semakin aktif,"
Firaz menunduk.
"Boleh saya tahu sekarang dia di tahap berapa?" ujarnya perlahan tetapi sampai ke pendengaran doktor itu.
"Tahap 3,"
Firaz mengangguk kecil.
"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu,"
"Baik, terima kasih tuan," Doktor Qamarina mengangguk.
Firaz berjalan masuk ke dalam bilik wad Damia dan duduk di sisi katil.
Wajah tenang puteri itu dipandang lalu dia mengusap pipinya.
"Sayang, bangun please. Saya tak sanggup nak hilang awak. Saya tahu saya ulang berkali-kali ayat saya because I really mean it, love. Sayang, saya tahu saya tak ada apa-apa untuk beri pada awak tapi beri saya peluang untuk buat awak bahagia," bisiknya perlahan.
Tangannya menggenggam jemari pucat isterinya dan menunduk. Seketika kemudian, dia dapat rasakan jemarinya digenggam semula.
"Sayang? Damia?"
Firaz mengangkat wajahnya dan memandang wajah gadis itu.
"Hai, Firaz," katanya dengan suara yang perlahan.
"Ya Allah," tutur Firaz perlahan dengan air mata yang mengalir deras di pipinya. Dia tunduk mencium dahi dan pipi Damia.
"Terima kasih ya Allah. Terima kasih. Alhamdulillah,"
Tangan Firaz mencapai butang kecemasan lalu ditekannya. Seorang jururawat datang dan apabila dia melihat Damia sudah sedar, dia kembali keluar untuk memanggil doktor. Beberapa minit kemudian, seorang doktor bersama dua orang jururawat datang ke bilik itu.
____________________
Sofia memandang pintu istana yang berada di hadapannya. Dinding yang memagar kawasan istana itu terlalu tinggi menyebabkan dia sukar untuk melihat kawasan dalam istana itu.
"Beta tak boleh nak bawa you masuk ke dalam istana sekarang sebab istana baru dipecah masuk beberapa hari lepas. Jadi, kemasukan ke istana jadi lebih ketat berbanding sebelum ini. Walaupun kerabat diraja, hanya dengan izin tuanku raja atau tuanku permaisuri sahaja kami dibenarkan masuk,"
YOU ARE READING
Puteri Luar Biasa
Teen Fiction[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raja bersekolah di sekolah biasa, pelbagai cabaran dihadapinya apabila tiada siapa tahu tentang statusn...