04 • believe

661 42 2
                                    

Damia menyepak batu-batu kecil di tepi jalan. Matanya melilau memandang sekitarnya.

Menunggu Dani amatlah membosankan. Dani memberitahu, hari ini dia akan pulang sedikit lewat memandangkan dia ada perjumpaan kelabnya.

Selama 3 tahun dia bersekolah di Malaysia, tiada apa yang menjadi masalah. Cuma, Sofia masih sama. Masih membulinya dan menyuruh dia menyiapkan kerja sekolahnya walaupun dia masih lagi memegang jawatan pengawas.

Kedudukan sekolah SK dan SMK itu bersebelahan, pastinya ada sebab. Kedua-dua sekolah itu dibangunkan oleh keluarga yang sama pada awal penubuhannya. Jadi, pelajar yang bersekolah di sekolah rendah itu, pastinya boleh membawa sebarang jawatan yang dipegangnya ke sekolah menengah.

Kerana itulah Sofia masih lagi memegang jawatan pengawas. Begitu juga dengan Syalina, Amar dan Firaz. Hanya Damia yang tidak berminat untuk membuat permohonan jawatan pengawas di sekolah yang sama dengan Dani itu.

Kakinya dibawa menuju ke arah bangunan di seberang sekolah. Di situ, terdapat sebuah kedai yang di tingkat atasnya merupakan pejabat kecil kedutaan Firiana.

Ayahnya yang menyuruh pejabat itu dibuka di situ selain pejabat utama di tengah-tengah kota metropolitan itu supaya hal-hal yang berkaitan sekolah atau berkaitan dia dan abangnya di uruskan di situ. Urusan antara Malaysia dan Firiana diselesaikan di pejabat utama.

"Selamat datang Tengku Puteri," seorang pekerja yang berada di kaunter hadapan pejabat itu, menegurnya.

Damia sekadar mengangguk kecil sebelum meneruskan langkah. Kaki dibawa menuju ke sebuah bilik yang dikhaskan untuk dia dan abangnya.

"Tengku Puteri,"

Damia menoleh memandang pekerja yang menyapanya itu. Bibirnya tersenyum nipis.

"Lusa, Tengku Puteri ada majlis Royal Dinner dengan puteri negara ini. Tengku Puteri mahu pergi atau mahu saya batalkan saja majlis itu?"

"Majlis itu dimana?"

"Malaysia, Puteri,"

Damia terdiam sejenak. Sekiranya dia terserempak dengan rakan-rakannya, identitinya boleh terbongkar.

"Kalau Tengku Puteri batalkan kehadiran Tengku Puteri ke majlis itu, perjumpaan itu tidak akan diteruskan langsung seperti sebelum ini kerana kali ini hanya Tengku Puteri merupakan tetamu yang dijemput dari luar negara,"

Damia masih terdiam tidak memberi jawapan. Sebelum ini, sekiranya dia tidak pergi ke Royal Dinner itu, majlis itu masih diteruskan kerana puteri dari seluruh negara di jemput. Nampaknya, kali ini hanya antara Malaysia dan Firiana.

"Di mana tempatnya?"

"Glasshouse di Seputeh,"

"Berapa ramai?"

"Kira-kira 20 orang, tuanku,"

Damia ligat berfikir. 20 orang tidaklah ramai, malah tidak berada dekat dengan sekolahnya.

"Teruskan majlis itu. Saya pergi," sebuah senyuman dihadiahkan pada pekerja itu.

"Baiklah,"

Puteri Luar BiasaWhere stories live. Discover now