11 • who?

390 31 5
                                    

Sofia berjalan menuju ke arah sebuah kafe. Cermin mata hitam di batang hidungnya dibetulkan daripada jatuh.

Selesai memesan minuman yang untuk melegakan tekaknya, dia membuka telefon.

Sebuah mesej dari rakannya dibaca.

Fia, dia dah balik!

Siapa, kau ni?

Dia lah!

Kau kalau nak berkias dengan aku, tak payah mesej la

Ish, Damia!

What?
Kau kalau nak buat aku sakit hati pun tak payah la sampai macam tu!

Kau memang tak stalk tunang kau ke?

Sofia terdiam. Masihkah lelaki itu bergelar tunangnya?

Ada apa kat instagram dia?

Dia ambil gambar perempuan tu!

Terus ditinggalkan mesej rakannya itu dan mencari akaun instagram Firaz.

Kelihatan gambar Damia sedang ketawa menjadi story lelaki itu. Sofia mendengus perlahan. Patutlah lelaki itu beria mempertahankan perempuan itu. Rupanya masih hidup!

Tangannya terus mendail nombor seseorang.

"Datang la cepat!" suaranya jelas kedengaran menahan geram di hati.

15 minit dia menunggu. Akhirnya seorang lelaki datang dan duduk di hadapannya.

"Kenapa?"

"Perempuan tu dah balik,"

Lelaki yang baru tiba itu mengeluh perlahan seakan-akan penat mendengar tentang perempuan yang diceritakan oleh Sofia.

"Jadi?"

"Tunang aku!"

"Fia, tak boleh ke kalau kau tengok apa yang ada depan mata kau sekarang?"

"Apa? Tunang aku kena rampas dengan orang lain?"

"Fia, sedarlah! Dia bukan tunang kau dah! Kau lupa dia kata putus tunang?"

Sofia terdiam. Dia menceritakan segala-galanya pada lelaki ini. Tiada satu pun rahsia yang disimpan. Lelaki ini ditemuinya pada hari pertama dia masuk universiti.

"Fokus apa depan kau, Fia," suara lelaki itu seperti putus harapan dengan Sofia yang masih mengejar Firaz.

"Harraz, aku dah tak ada apa apa,"

"Kenapa kau tak nampak aku?"

Sofia terkedu. Seketika dia kembali teringat akan semua perkara yang dilakukan bersama lelaki yang bernama Harraz itu.

Sepanjang dia sedih, tiada sesiapa bersamanya, lelaki itulah yang berada di sisinya. Membantunya bangun kembali. Dia juga yang mengajak lelaki itu menemaninya ke kelab malam hingga lewat pagi.

Puteri Luar BiasaWhere stories live. Discover now