Damia membuka mata, mencari kelibat abangnya. Namun, kelibat tubuh itu tiada di mana mana menyebabkan dia mengeluh perlahan.
Tak apalah, sekurang kurangnya, kakanda boleh berehat.
Matanya memandang pula meja yang berada di tepi katilnya. Sebuah kertas kecil berada di atasnya lalu diambil.
Adinda, kakanda pulang dulu. Minggu depan akan ada perkara besar yang berlaku, jadi kakanda perlu pulang untuk uruskannya. Maaf kakanda mungkin tak dapat menjaga adinda seperti sebelum ini kerana kakanda sudah menangguh kerja ini selama beberapa hari. Kakanda ada minta pada kak Wafiya untuk datang ke sana bagi menggantikan kakanda. Mungkin dia dalam perjalanannya ke sana. Take a good care of yourself princess, because the real challenge of being a royal will be coming soon.
-Kakanda
Damia menelan air liur yang dirasakan payah. Sekiranya menjadi puteri seperti ini pun sudah dirasakan perit. Bagaimana pula dengan apa yang Dani sampaikan itu?
"Assalamualaikum Puteri,"
Damia terus memandang pintu bilik wadnya itu. Bibirnya mengukir senyuman buat wanita yang baru sahaja masuk itu.
"Waalaikumussalam,"
"Puteri okay?"
"Alhamdulillah, baik saja. Kak Wafiya sihat?"
"Alhamdulillah, saya sihat," dia tersenyum memandang Damia.
Mereka berbual dan Wafiya banyak menceritakan perihal Raja dan Permaisuri atas permintaan Damia sendiri.
"Kak Wafiya,"
"Ya?"
"Ayahanda dan bonda ada tinggalkan apa-apa untuk saya?"
Wafiya mengangguk perlahan.
"Ada. Baginda berdua ada tinggalkan sesuatu buat Puteri. Sebaik saja pulang ke istana nanti, saya akan berikan pada Puteri,"
Damia mengangguk dan melemparkan senyuman.
"Terima kasih kak Wafiya sebab berkhidmat untuk baginda berdua,"
"Sama-sama Puteri. Lagipun saya seronok dapat membantu dan melihat cara baginda berdua menguruskan hal-hal negara. Mereka sangat baik dan menjaga kebajikan rakyat,"
"Ya? Kak Wafiya ceritalah lagi,"
Wafiya mengangguk perlahan dan memulakan cerita.
Sejak Raja Faris dan Permaisuri Zara ditabalkan menjadi raja dan permaisuri, negara Firiana berubah sepenuhnya. Rakyat menyayangi baginda berdua kerana baginda berdua tidak seperti pemerintah sebelumnya. Mereka tidak membezakan taraf mereka dan rakyat. Menurut cerita Wafiya lagi, raja dan permaisuri itu juga dengan senang hatinya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan sesiapa yang mereka jumpa.
Damia tersenyum mendengar perihal sikap ayahanda dan bondanya itu.
"Kak Wafiya, sebelum mereka memerintah, tiada seorang pun raja atau permaisuri seperti mereka? Nenda juga?"
Damia menjadi pelik apabila memikirkan bahawa orang tuanya yang berjaya membeli jiwa rakyat.
"Maaf Puteri, saya rasa saya tiada hak untuk ceritakan perihal ini," wajah Wafiya kelihatan bersalah kerana tidak dapat menceritakan perkara itu pada Damia.
YOU ARE READING
Puteri Luar Biasa
Jugendliteratur[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raja bersekolah di sekolah biasa, pelbagai cabaran dihadapinya apabila tiada siapa tahu tentang statusn...