Damia melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah. Jam ditilik. Masih ada 50 minit sebelum kelas bermula.
Kaki dibawa menuju ke arah kelas untuk meletakkan beg. Bibirnya menyanyi kecil supaya perjalanannya tidak sunyi memandangkan kelas agak jauh di bangunan belakang sekolah.
Sesekali telinganya terdengar bunyi kicauan burung. Seolah-olah turut menyanyi bersamanya. Senyuman ditampal pada wajah itu. Hatinya gembira dan ceria. Pagi hari harus dimulakan dengan perkara yang baik!
Tangga di daki sambil mulutnya masih riuh menyanyi. Tiada sesiapa di situ, jadi dia menyanyi agak kuat.
"Little do you know
I need a little more time,""I'll wait, I'll wait
I love you like you've never felt the pain, I'll wait"Baru saja dia ingin menyambung lirik lagu dari Alex dan Siera itu, baru dia tersedar yang bahagian sepatutnya dia nyanyi tadi dinyanyikan oleh satu suara maskulin.
Tepat pada tempo yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki.
Matanya pantas meliar memerhati kawasan tangga itu sebelum dia terlihat sekujur tubuh berdiri tegak dengan kedua-dua tangannya di dalam poket seluar. Lelaki yang kemas berbaju biru sedang memandangnya.
"Hai," tangan dilambai.
Damia segera mengalihkan pandangannya dari terus menatap wajah dan kedudukan lelaki itu. Kecil lagi, jangan nak menggatal!
"Er hai," lambat-lambat dia membalas lambaian lelaki itu.
Dia dapat dengar bunyi tapak kaki mendekat sebelum kaki itu berhenti disebelahnya.
"Nak pergi mana ini?"
"Er kelas,"
"Kenapa tak jalan?"
Damia tersentak. Yalah, kenapa dia tak berjalan? Bukannya lelaki itu menghalang laluannya pun. Pantas dia menyambung mendaki tangga.
"Damia,"
Sekali lagi langkahnya terhenti. Perlahan-lahan tubuhnya memusing memandang lelaki itu.
"Ya?"
"Ini barang kau kan?" wajah Firaz sedikit berkerut melihat barangnya yang jatuh itu. Barang itu agak berbulu dan berbentuk petak.
Damia pula sudah terbeliak matanya. Diarinya! Pantas kakinya menuruni tangga dan mencapai buku itu.
Firaz menjadi agak terkejut dengan tindakan drastik Damia itu. Hampir saja dia jatuh. Nasib baik dia sempat berpaut pada pemegang tangga itu.
Damia membelek bukunya. Selamat Firaz tidak dapat membuka buku itu memandangkan kunci buku ada bersamanya. Nafas lega dihela.
"Awak ini Firaz!" diketuknya bahu kiri Firaz dengan buku itu berkali-kali.
"Aduh, sakitlah!" buku yang menjadi senjata itu ditahan dengan tapak tangannya.
"Kenapa pukul aku?" Firaz mengosok bahunya dengan kerutan di dahinya.
"Kenapa ambil buku saya?"
"Bila pula aku ambil buku kau? Kau yang jatuhkan,"
Damia mengerut kening. Jatuhkan? Seketika dia kembali teringat yang buku itu dikepitnya ketika dia melambai lelaki itu. Mungkin ketika itulah bukunya jatuh.
"Oh, hehe. Maaf Firaz," disengihnya tak bersalah.
Firaz sekadar menjelingnya.
"Dah, pergilah kelas,"
YOU ARE READING
Puteri Luar Biasa
Jugendliteratur[ Wattys Award Winner 2019 ] [Extremely slow update] Previously known as Damia Sofia Previously known as Kawan atau Lawan Apabila seorang puteri raja bersekolah di sekolah biasa, pelbagai cabaran dihadapinya apabila tiada siapa tahu tentang statusn...