Bab 13

15.4K 69 0
                                    

Nik Zachary turun dari kereta. Lengan kemeja dilipatnya sampai ke siku. Langkah penuh gaya masuk ke dalam mamak bistro. Ada janji temu.

Lokman bersama isterinya, Nadia ingin membuka sebuah restoran. Mereka mempelawa Nik menjadi rakan kongsi. Memandangkan Nik memang dah ada pengalaman menguruskan restorannya sendiri, jadi peluang ini tak dilepaskan. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Nik terus setuju.

Dah hampir enam bulan mereka merancang dan mencari lokasi yang sesuai. Baru dua bulan lepas mereka temui lokasi yang sangat strategik menurut Nik. Lot kedai yang berdekatan dengan kolej swasta. Berdepan pula dengan hospital dan deretan pejabat. Sekarang lot kedai itu sedang diubah suai mengikut konsep yang telah dipersetujui.

"Maaf, aku lambat," tegur Nik sambil menarik kerusi kosong di hadapan Lokman dan Nadia.

"Kau dari pejabat ke dari site?" soal Lokman.

"Pejabat. Aku kena selesaikan urusan pejabat sebelum aku fly back minggu depan," cerita Nik.

"Ooo, berapa lama pula kau kat Melbourne? Lagi tiga bulan restoran dah nak buka ni tau. Aku ni dah berdebar gila ni. Takut pun ada juga ni," kongsi Lokman.

Sejujurnya memang itulah yang dia dan isterinya rasa. Selain daripada rasa teruja, mereka rasa bimbang. Sudahlah habis semua wang simpanan digunakan sebagai modal nak mulakan business. Kalaulah business lingkup, memang gelap masa depan anak-anak.

Disebabkan rasa itulah, Lokman hanya percayakan Nik sebagai rakan kongsi. Rasa jaminan business akan berjaya itu lebih cerah berbanding dilakukan sendirian. Dia kenal rapat dan senang dengan keperibadian Nik yang amanah.

"Apa hal kau ni, bro? Gelabah tak tentu arah. Relaks," ujar Nik cukup tenang. Tangan diangkat tinggi. Isyarat tangan minta pekerjanya untuk menghantar air kesukaannya.

"Relaks? Aku tak boleh relaks, bro. Banyak kerja lagi yang pending. Nad ni pun tak habis-habis risau pasal pekerja. Mana nak cari pekerja? Nak ambil Bangla ke nak ambil mamak? Nak ambil kat mana?" Lokman berkongsi kerunsingan kepalanya memikirkan status terkini restoran.

"Betul tu, Nik. I fikir macam mana dengan tukang masak? Tukang buat air? Kedai mamak ni teh tarik dia mesti power. Baru ramai pelanggan," sampuk Nadia yang duduk sebelah Lokman.

Nik senyum senang. Keterujaan dan kebimbangan Lokman dan Nadia perkara biasa baginya. Itulah perasaan yang dihadapi oleh semua pemilik restoran yang bakal beroperasi tak lama lagi.

"Aku dah bagi tahu pengurus aku Si Ali tu. Dia akan bawa masuk dua belas orang dari India. Aku tarik dua orang supervisor dari restoran aku kat Kota Damansara. Mereka akan tolong latih dan ajar orang baru tu nanti. Yang perlu kau risaukan sekarang ni adalah pengurus. Ke kau atau Nad nak uruskan restoran ni sendiri?" Nik ajukan soalan pada Lokman dan Nadia.

Lokman geleng kepala. Nadia pun sama geleng kepala. Masing-masing lebih selesa jadi bos daripada jadi pengurus restoran dua puluh empat jam ni. Lagipun, tugas hakiki sebagai jurutera sudah cukup menyesakkan kepala mereka.

"I ada calon yang sesuai. Itu pun kalau kau orang setuju," celah Nadia.

"Siapa, yang?" soal Lokman.

"Hana. You kenal dia kan, bie? Dia ada pengalaman. Dia bertanggungjawab dan dia perlukan kerja sekarang ni," kata Nadia.

Tersedak Nik mendengar nama Hana disebut sebagai calon pengurus bagi restoran baru itu. Cepat-cepat dikesat bibir dengan tisu sebelum Lokman dan Nadia perasan perubahan wajahnya.

"Kalau Hana tu, bie setuju sangat, yang. Bertanggungjawab orangnya. Bie pun kenal. Pengurus ni kena orang yang kita percaya. Dia yang akan uruskan semuanya untuk kita. Betul tak, Nik?"

"Betul. Kau orang nak cadangkan Hana? Dia nak ke uruskan restoran mamak yang beroperasi dua puluh empat jam ni? Came on la, guys, ni kedai mamak. Bukannya kafe high class," kata Nik. Saja nak menduga sejauh mana mereka kenal Hana.

"I yakin, Nik. Kalau I tak yakin, I tak panggil Hana tu supermum. Dia tu memang workaholic sikit. You nak tahu macam mana I tahu? Haaa, kalau I cerita pun you mesti tak percaya... Tandas kat kafe dia tu, setiap pagi sebelum buka kedai, dia yang bersihkan. Without missed. Mana ada bos yang nak buat kerja kotor macam tu. Itu belum lagi cerita dia tolong basuh pinggan. Tolong masak. She's leader by example, not leader by power," cerita Nadia cukup yakin.

"Tapi, yang... Kena tengok juga Hana tu duduk mana sekarang? Kondisi dia pun bie tengok tak berapa semangat aje. Betul tak, Nik? Kau ada kan masa kita jumpa Hana kat sini hari tu," kata Lokman. Nik angguk mengaku.

Nadia berdesit geram. Nampak sangat air muka yang tak puas hati. Nik diam tak mencelah. Dia ingin tahu cerita Hana dari mulut Nadia pula. Nadia ni boleh dikatakan wartawan tak bertauliah juga. Bergosip nombor satu. Itu yang tempias berita sensasi selalu dapat ke Lokman tu.

"Itulah... Supervisor kat kafe Hana cerita, Hana duduk dengan pak su dia kat Bangsar. Dia tak ambil tahu langsung pasal kafe dan syarikat. Kereta, rumah semua diserahkan bulat-bulat pada bekas suami dia. Harap boleh dapatkan anak. Tapi bekas suaminya larang keras. Tak bagi anak-anak jumpa Hana. Kesian dia. Meroyan sorang-sorang. Semua tak dapat. Mungkin peluang kerja ni dapat pulihkan semangat Hana," cerita Nadia.

Nik pandang pada Lokman. Menunggu reaksi tindak balas Lokman pula. Dalam hal mencari pengurus, dia nak Lokman dan Nadia yang buat keputusan. Ini bayi pertama mereka. Proses pelajaran untuk meletakkan kepercayaan pada orang yang sepatutnya.

"Betul cakap you tu, yang. Bie setuju. Tapi Bangsar tu jauh sangat dengan restoran kita ni. Macam mana, Nik? Apa pendapat kau?" Lokman mengajukan soalan.

"Terpulang. Kalau kau orang rasa Hana ni calon yang sesuai, apa kata kau orang jumpa dia dulu. Faham kondisi dia. Hal ni aku serahkan kat kau, Lok. Lagipun, kau orang berdua ni kan ke bos besar kat sini. Aku ni ciput aje share," balas Nik selamba.

"Hmmm... Kalau macam tu, apa kata bie jumpa Hana esok aje? Lagi cepat lagi bagus," cadang Nadia.

"Eh! Esok pagi kan yang outstation ke Sarawak?" soal Lokman.

Nadia tergelak malu. Terlupa dengan jadual kerja hakiki yang boleh tahan sibuk juga tu.

"Alaaa, bie boleh aje jumpa Hana. Nik pun ada, kan? Kalau pasal Hana I setuju aje. I selesalah kalau Hana yang jadi pengurus restoran kita tu nanti. Mana tahu, dia boleh tarik pelanggan tetap dia yang lain ke sana pula kan," sengih Nadia.

"Tak cemburu ke, Nad? Pengurus you tu nanti Hana. Cantik, berkelayakan, janda pula tu," provokasi Nik tiba-tiba. Lokman terbatuk. Bulat matanya memandang Nik macam nak lepuk aje riak muka nakal Nik. Nadia gelak.

"Hana nak sukakan bie I ni?" soal Nadia sambil tertawa lepas.

Berkerut dahi Lokman memandang Nik yang turut sama memberi reaksi yang serupa. Lokman boleh dikatakan kategori lelaki yang punya pakej lengkap sebagai lelaki idaman wanita. Ada rupa, bergaya, berduit dan berjawatan tinggi. Takkan tak terpikat kot?

"Kenapa? I tak cukup handsome ke?" tanya Lokman tak puas hati.

Nadia hamburkan lagi tawanya. Lucu melihat wajah si suami yang rasa diperlekehkan. Bukan dia tak faham. Lokman perasan dia kacak.

"Alololo, bie terasa, ya? I tak cakap pun bie tak handsome. Hana tu, kalau Tom Cruise ke Farid Kamil ke atau Prince Mateen lalu kat depan dia pun, dia tak pandang. Hati isteri yang kecewa macam Hana tu dah serik dengan lelaki. Nak pula pada lelaki yang ada rupa, pangkat dan berduit macam bie ni. Tak pandang punya. Percayalah cakap I," jelas Nadia.

Nik terkedu mendengar fakta Nadia. Ada kebenaran yang tersembunyi di situ. Sama macam apa yang Murni cerita padanya tempoh hari. Hana menggelarnya gatal kerana mempamerkan bahasa badan yang ingin kenal rapat dengannya.

Jika aku nak kenal dia, aku kena tukar strategi ni. Tapi, kenapa aku beria-ia sangat nak kenal dia, ya? Takkan pasal insiden salah kereta tu, aku nak kenal? Takkanlah... Isy, tak mungkin. Tapi kalau betul, aku juga yang melepas kalau aku biarkan. Bukan senang nak jumpa perempuan yang setia gila macam tu, omel Nik dalam hati.

BAHAGIA BUKAN BIDAANWhere stories live. Discover now