IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

353 6 0
                                    

Ada peminat patin tempoyak kat sini?? 🙋🙋


BAHAN-BAHAN
*****************
3 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Bunga kantan
Secekak daun kesum
Sedikit garam


CARA-CARA
************
1. Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
2. Blend cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
3. Masukkan ikan, smua bahan blend dalam kuali, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
4. Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan.







 Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Resepi Kek, Kuih, LaukWhere stories live. Discover now