Selalu kalau buat sup letak ketam seketul2 kan.. try buat camni pulak tengok camana pegi dia
Sup Ketam Yang Sedap dan Mudah
Bahan-bahan
1/2 kg ketam-belah dua dan bersihkan
1.5 liter air
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
40 gram suhun
daun bawang untuk menghidangCara-cara
�Bersihkan ketam dan rebus dengan air sehingga masak.
�Keluarkan isi ketam dan simpan air rebusan tadi.
�Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning. Kemudian masukkan air rebusan ketam tadi. Bila menggelegak, masukkan isi ketam . Tambahkan garam dan serbuk lada hitam.
�Masukkan suhun. Kemudian diikuti dengan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
�Kemudian pecahkan telur dan kacau cepat-cepat .
�Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan daun bawang.