Setelah empat bulan berlalu, akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah sampai. Hari di mana Adam dan Lisha bakal disatukan. Akad nikah mereka akan diadakan di dewan Hotel Golden Horses dan bertemakan floral. Lisha mengenakan gaun panjang dan dihiasi dengan bunga yang cukup sederhana. Rambutnya yang panjang dilepaskam sahaja serta mukanya dihiasi dengan simple.
Selesai sahaja Lisha telah masuk ke dalam dewan lalu duduk di tempat yang disediakan tok kadi segera memulakan majlis. "Dato boleh mulakan sekarang lafaznya" kata Tok Kadi "Baiklah tok kadi" balas Dato' Suhaimi.
Tok Kadi segera memberi sedikit penerangan sebelum memulakan majlis akad nikah serta langkah-langkah apa yang Adam perlu lakukan untuk melafazkan nikah.
Dato' Suhaimi segera menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Adam. "Tengku Adam Danial bin Tengku Fikri Zainal" ucap Dato' Suhaimi "Ya saya" balas Adam "Aku nikahkan dikau dengan anakku Alicia Jannah Binti Dato' Suhaimi dengan mas kahwin RM 850 000 dibayar tunai" ucap Dato' Suhaimi lagi "Aku terima nikahnya Alicia Jannah Binti Dato' Suhaimi dengan mas kahwin RM 850 000 dibayar tunai" balas Adam.
"Saksi" soal Tok Kadi "Sah" jawab saksi "Alhamdulillah" ucap Tok Kadi lalu membacakan doa. Air mata Adam dan Lisha bergenang secara automatik. "Ya Allah berkatilah perkahwinan ini" doa Lisha dalam hati "Panjangkanlah jodoh kami ini Ya Allah" doa Adam dalam hati.
TBC
Finally kahwin gak dorang kn😂😂
Stay tuned for 18 ++ scene😂😂