One Week Later...
Setelah seminggu berlalu, Adam segera meneruskan pencariannya ke Beijing, China. Zaril telah menghantar Adam ke lapangan terbang. "Aku harap kau jumpa Lisha secepat mungkin" kata Zaril "Aku pun harap macam tu. Thank you sebab tolong aku" kata Adam "Tk ada hal" balas Zaril. Adam segera berjabat tangan dan memeluk Zaril.
Beijing, China
Setelah mengharungi penerbangan selama lapan jam, akhirnya Adam telah selamat sampai di Beijing. Adam segera menaiki teksi untuk ke hotel yang telah ditempahnya iaitu The Peninsula Beijing. Adam turut meminta bantuan pekerjanya dari Mega Holdings iaitu Cindy Lee dalam misi mencari Lisha.
Adam sendiri akan menampung kos penerbangan dan bilik penginapan Cindy sepanjang di Beijing. Cindy merupakan seorang arkitek yang sering membuat kerjanya dengan penuh tanggungjawab dan dedekasi. Oleh sebab itu, Adam mempercayai Cindy mampu melakukan projek yang besar. Cindy juga tahu berbahasa dalam pelbagai dialek bahasa cina.
Pada keesokan harinya, Adam dan Cindy segera bersarapan di cafe halal yang terdapat di sana. "Nk pergi mana lepas ni" soal Adam "Kita pergi kt tempat yang ramai orang datang. Saya pasti yang wife Tengku ada kt sana" jawab Cindy dengan bahasa melayunya yang lancar "Okay" balas Adam.
Adam dan Cindy segera memasuki ke dalam kereta yang disewa oleh Adam setelah sampai di hotel. Adam dan Cindy akan ke Jingshan Park, Shichahai, Marco Polo Bridge, Taoranting Park, Kunming Lake dan Hall of Supreme Harmony. Adam tidak yakin yang Lisha akan ke tembok china kerana Lisha sudah ke sana beberapa kali apabila membuat pertunjukan fasyen di sana.
Jingshan Park
Setelah sampai Adam dan Cindy segera berjalan sambil bertanyakan orang di sana jika terlihat Lisha. Adam berasa hampa kerana tiada siapa pun yang mereka terlihat Lisha. "Tengku" panggil Cindy "Kenapa Cindy" soal Adam "Mari kita pergi kt Shichahai maybe dia ada kt sana" jawab Cindy "Hah yalah" balas Adam.
Keputusan tetap sama ketika mereka mencari Lisha di Shichahai. Adam berasa sedikit hampa tetapi Cindy tetap menyokongnya agar tatap berusaha mencari Lisha. Adam berasa sedikit cemburu pada Cindy kerana suami pada Cindy iaitu Simon sentiasa menghantar pesanan pada Cindy melalui applikasi WhatsApp. "Nampaknya suami Cindy lagi pandai jaga wife sendiri berbanding aku" desis hati Adam.
Istanbul, Turki
Lisha sedang mengambil wuduk di bilik air apabila terdengar seruan azan subuh. Selesai sahaja menunaikan solat subuh, Lisha kemudiannya melakukan Solat Ishtikharah. "Ya Allah, lembutkan hatiku untuk pulang semula ke pangkuan suamiku. Adakah dia bahagia sekarang bersama isteri barunya? Ya Allah izinkanku untuk kembali semula ke pangkuannya. Panjangkan lh jodoh kami tapi jika dia bukan jodohku pisahkan lh kami dengan cara yang baik. Ya Allah hanya pada-Mu sahaja yang boleh membantuku. Lindungilah ahli keluargaku serta keluarga mertuaku. Lindungi lh ku dari segala merbahaya dan jadikan lah anak dalam kandungan ku ni seorang anak yang soleh dan solehah serta mengetahui ajaran-Mu dan sentiasa melakukan sunnah Nabi Muhammad SAW. Amin Ya Rabbal Alamin" doa Lisha panjang lebar.
Selesai sahaja solat, Lisha segera ke dapur untuk membuat sarapan. Di Istanbul, Lisha kini bekerja sendiri iaitu menerima tempahan cupcake dan pencuci mulut. Beberapa minit kemudian, Maira keluar dari biliknya. "Morning Lisha" sapa Maira lalu meletakkan beg tangannya di kerusi sebelahnya "Morning too Maira" balas Lisha lalu meletakkan teko yang berisi air kopi di atas meja.
"Lepas ni kau pergi mana" soal Maira "Pergi supermarket aku nk beli barang dapur dengan bahan nk buat cupcake red velvet and cupcake cheese" jawab Lisha "Bunyi macam sedap je cupcake tu" kata Maira "Boleh lh" jawab Lisha "Ni aku lupa cakap malam ni aku balik lewat skit sebab boss aku buat meeting" kata Maira "Okay tk apa. Lunch nanti balik tk" soal Lisha "Aku lunch dengan client" jawab Maira "Okay" balas Lisha.
Selesai sahaja bersarapan dan mengemas rumah, Lisha segera ke supermarket yang berhampiran dengan apartmentnya. Maira telah tinggal di apartment Lisha sudah hampir dua tahun. Setelah habis menamatkan pelajarannya, Maira mengambil keputusan untuk bekerja sebagai akauntan di Istanbul kerana di Malaysia dia hidup sebatang kara dan tinggal di rumah anak yatim.
Sewaktu dia menyambung pelajaran di Paris dalam bidang prinsip akaun dengan bantuan biasiswa kerajaan kerana dia mempunyai keputusan yang cemerlang dalam SPM, Lisha merupakan teman sebiliknya di universiti. Lisha sentiasa berada di sisi Maira dan sentiasa menyokong keputusan Maira. Duit sewa pula Maira sering memaksa Lisha untuk menerimanya kerana dia sedar yang Lisha hanya teman baiknya bukan adik atau kakak kandungnya sendiri.
Maira turut berasa kagum dengan Lisha kerana walaupun Lisha merupakan anak yang berada tetapi Lisha tetap merendah diri dengan semua orang. Duit yang diberi oleh Dato' Suhaimi digunakan sebaik-baiknya malah Lisha turut bekerja sebagai pelayan di cafe kerana ingin mencari pengalaman bekerja sendiri dan menggunakan duit sendiri untuk makan minumnya. "Lisha bukan anak yang manja tetapi seorang anak yang begitu rajin" itulah perkataan yang sering bermain di fikiran Maira.
Setelah hampir 30 minit di supermarket, Lisha segera pulang semula ke apartmentnya dengan menaiki kereta sewanya. Lisha segera mengemaskan semua barang yang dibelinya lalu duduk di atas sofa. Tangannya segera membelai perutnya. "Baby penat tk ikut mommy jalan" soal Lisha "Kalau daddy kn bila ikut mommy jalan sampai je rumah cakap 'penat lh' 'kaki nk patah lh' 'lutut rasa macam nk tercabut' suka sangat merungut daddy tu" kata Lisha lalu tergelak kecil.
"Bila besar jadi berjaya macam daddy and jadi lh anak yang baik okay" kata Lisha lagi "Sekarang ni mommy rindu sangat kt daddy. Nanti kita balik Malaysia kita jumpa family mommy, family daddy and baby mesti nk jumpa daddy kn. Mommy rindu sangat kt daddy" kata Lisha lagi dan tanpa sedar air matanya jatuh membasahi pipinya "Abang....sayang minta maaf" tangis Lisha.
TBC
So part ni okay kn ??
Rasa sendu pula buat part ni😂😂
Sila lh vote and comments yerr😘😘
Lynn harap rumah tangga dorang akan kekal😊😊
Nk tahu apa jadi kt Adam and Lisha ??
Stay tuned for next part😋💕
Okay love you gais😘💕💕