" Kau nak bawa aku pergi mana ni Naemi ? " soal Sua dengan nada tertanya-tanya .
Naemi tidak membalas , dia menumpuhkan perhatian ke arah depan . Tangannya memusing stereng , keretanya masuk ke dalam simpang yang agak sempit .
Sua memandang pelik ke arah Naemi . " Naemi , kau okay tak ni ? " sama sahaja seperti tadi , Naemi masih tidak mahu menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya . Dia hanya menumpuhkan perhatian terhadap pemanduannya .
Selepas beberapa minit memandu , akhirnya Naemi memarkir keretanya di kawasan perumahan yang membuatkan bulu roma Sua meremang . " Kenapa tempat ni macam ada aura-aura seram ? "
Tanpa berkata apa-apa , Naemi menuju ke depan rumah seseorang yang tidak dikenali Sua . Sua menggerutkan dahinya , tetapi dia ikut sahaja langkah Naemi .
" Naemi " tangan Sua bergetar , cuba untuk letakkan tapak tangannya ke atas bahu Naemi namun pantas Naemi tepis selamba . " Jangan banyak tanya dan ikut aku . "
Sua meneguk air liurnya . Naemi mengangkat tangan nya lalu jarinya menekan loceng rumah orang itu . Tiba-tiba , pagar rumah depan mereka terbuka sendiri . Naemi menapak masuk ke dalam kawasan rumah tersebut begitu juga dengan Sua .
" Naemi please jawab , kenapa kau ajak aku ke sini ? "
Naemi mengeluh perlahan lalu memusingkan kepalanya sedikit , cukup untuk memandang Sua di belakangnya lalu bersuara . " Kau akan tau lepas kau masuk rumah ni . "
☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆
✄ t o b e c o n t i n u e

ANDA SEDANG MEMBACA
Ⓒ kawan yang dijual ↬ jungkook bts
Historia Corta17+ Sudah 14 tahun kita bergelar kawan baik, tetapi tidak sangkah, kau sanggup jual aku hanya kerana ingin mengahwini lelaki yang kau cintai selama 5 tahun? ©levright || 2018