" Naemi , betul ke yang Sua tinggal sendiri kat rumah dia ? " soal Puan Jeong iaitu ibu kepada Naemi dengan nada risau . Entah kenapa , kebelakangan ini hatinya rasa tidak sedap .
Naemi yang sedang mengunyah nasi dengan wajah kosong itu hampir tersedak ditanya seperti itu . Dengan pantas , dia memukul dadanya lalu menunjuk ke arah jag air . " Appa , mul juseyo ! "
Encik Jeong pun laju mencapai gelas lalu dituang air ke dalam gelas tersebut . " Nah . " gelas itu dihulur ke arah Naemi dan Naemi pun meneguk rakus air tersebut .
Naemi mengeluh lega lalu menolak pinggan nya ke depan tanda dia sudah kenyang dan terus berlalu ke biliknya .
Puan Jeong dan Encik Jeong hanya mampu memandang ke arah anak tunggal mereka itu dengan pandangan risau .
Naemi mengunci pintu biliknya dari dalam lalu menghempas badannya ke atas katil . " Tak lah omma , Sua tak tinggal sendiri kat rumah dia . Dia dah kena beli oleh si penipu besar . "
Naemi ketawa sendiri lalu mengalirkan air matanya . " Mianhae Sua , aku terlalu pentingkan diri sendiri sampai begitu senang aku ditipu . "
Duit yang Jungkook beri minggu lalu masih belum dipakai nya . Duit tersebut masih ada di dalam dompetnya .
" Mu - mungkin kalau aku bagi balik duit tu kat Jungkook , dia boleh kembalikan Sua ? " Naemi menggeleng laju . Wajahnya ditekup menggunakan bantal lalu mengalirkan air matanya sepuas-puasnya .
Apabila dia teringatkan kata-kata yang harus dia patuhi dan telah dia janji oleh Puan Yoon dan Encik Yoon , dia rasa dirinya sangat bodoh .
" Mianhae , ahjumma , ahjussi . Naemi dah ingkar janji ahjumma dan ahjussi . Sua seolah - olah duit yang bernilai tinggi . Naemi dah bagi duit yang bernilai tinggi tu kat JungKook , dan Naemi yakin , Jungkook dah gunakan duit tu . Duit tu sangat tinggi harganya , takkan lah Jungkook tak guna langsung duit tu , kan ? "
☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆*゚ ゜゚*☆
✄ t o b e c o n t i n u e
YOU ARE READING
Ⓒ kawan yang dijual ↬ jungkook bts
Kısa Hikaye17+ Sudah 14 tahun kita bergelar kawan baik, tetapi tidak sangkah, kau sanggup jual aku hanya kerana ingin mengahwini lelaki yang kau cintai selama 5 tahun? ©levright || 2018