17

35 5 3
                                    

Masuk saja bilik Adeya ingin menjerit apabila Farris memeluknya.

"Sayang, dah lama Bie tunggu." Ucap Farris sambil mencium bahu Adeya.

"Bie, Sayang nak tidur. Ngantuk dan letih. Bie nak Apa?" Soal Adeya sengaja berpura-pura tak faham.

"Bie nak peluk sayang." Farris semakin erat memeluk sambil jarinya disulam antara jari Adeya.

"Okey Bie, good night." Jawab Adeya selamba.

Adeya tidur begitu nyenyak malam itu.
Pagi itu apabila dia sedar,Farris telah tiada. Dia ke dapur lihat sarapan sudah sedia.

"Cik dah bangun. Puan pesan ada dokumen dia tinggalkan . Cik boleh semak. Cik sarapan dulu."

"Kak Bib, panggil Deya cukup." Ujar Adeya kerana dia lebih selesa begitu. Lagipun dia bukan sesiapa.

"Siapa lagi yang tinggal dengan Puan?"

"Semalam, Tuan Rian balik. Tapi awal pagi dah keluar." Jawab wanita itu.

"Tuan Rian tu, tinggal di sini? "

"Taklah. Puan tak suka dia. Sekarang saja dia balik. Sejak Puan sakit."

"Saya nak lihat kerja saya. Apa-apa kak Bib call saya." Adeya hanya minum air dan menjamah sekeping roti putih.

"Baiklah." Wanita itu menghantar Adeya dengan pandangan yang kosong.

Banyak juga Adeya lihat dokumen yang hendak di semak. Tiba-tiba dia terlihat sebuah kotak . Adeya membukanya. Ada sepasang gaun tidur bewarna Oren. Adeya mencapai telefon . Dia hubungi Farris tetapi tiada berjawab. Dia lihat ada sekeping nota.

*Bie nak sayang pakai *

Adeya tersenyum.  Entah bila dia tertidur dia tak pasti.

Adeya terjaga dari tidur bila telefon berbunyi.

"Ya, kak Bib. Baiklah, saya jumpa Puan." Adeya membetulkan dirinya. Nasib baik dia dah siapkan beberapa susunan dokumen.

"Puan dah balik. Puan okey tak?" Soal Adeya.

"Letih sikit saja. Awak dah semak?" Soal Maya.

"Ya, saya dah susun separuh, sebab ada tarikh-tarikh yang hilang." Terang Adeya.

"Good..Deya thanks sebab jaga saya semalam. " Wanita itu menggosok jari Adeya.

"Sama-sama. Boleh saya tahu Puan sakit Apa?" Soal Adeya dengan wajah yang Serba salah.

"Saya tak boleh berdiri lama. Tapi duduk di kerusi tak baik juga. " Keluh Maya.

"Nanti malam ni saya sapu minyak. Mana tahu boleh sembuh." Adeya tersenyum.

"Awak baik sangat. Belum pernah saya dapat pembantu macam awak."

"Saya nak bantu Puan siapkan laporan Puan. Nanti saya kena balik ke pejabat saya. Ada banyak  urusan yang tinggalkan pada pembantu saya."

"Deya dah makan?"

"Belum, sebab tadi lepas subuh tertidur. Lepas sarapan saya siapkan susunan , terlelap." Adeya jadi serba salah. Dia
tersenyum sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Adeya agak kekok dengan ibu mertuanya, tapi dia cuba tenangkan diri.

"Apa yang Deya fikir, risau saya ni garang?"

"Tak puan."

"Saya tak garang, cuma tegas. Tapi bergantung pada orang juga." Mereka sama- sama tersenyum dan kelihatan agak serasi.

Hati Adeya rasa tenang dengan penerimaan itu walaupun masih kekok....


Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now