29

30 3 0
                                    

Adeya meminta untuk pulang ke rumah selepas semua urusan selesai. Dia juga mampu urus dirinya.

Farris tidak bersuara sepatah pun. Dia hanya mengikut apa saja yang dipinta oleh Adeya. Pagi itu ada orang datang untuk menjaga Adeya. Pukul 11.00 saja Ibu Salma akan pulang.

"Puan, hari ini hari terakhir saya di sini, saya lihat Puan muram saja sejak saya merawat kenapa?" Soal wanita itu.

"Tak ada apa Ibu.  Saya mungkin keletihan."

"Saya lihat bapak sedih , mungkin kerana kehilangan anak ini."

"Mungkin, saya pun tidak tahu saya mengandung, kerana saya datang bulan."

"Tak apa, Puan ini cantik, manis cuba lihat ini, lepas habis pantang nanti Puan boleh telefon Ibu, Ibu datang urut bagi kembali serinya."

"Terima kasih.Ibu. Boleh ibu tambah lagi 4 hari. Nanti saya bayar kalau bapak tak mahu bayar , Sebab saya ingin kembali bekerja minggu hadapan." Pinta Adeya.

"Boleh saja.Nanti saya cakap sama bapak ibu mahu tambah."

"Tak apa, saya boleh bayar."
"Bapak sayang sama ibu.Pasti bapak bayar. Saya mahu ibu senyum. Kan cantik." Ibu Salmah juga turut sama tersenyum sambil menungku badan Adeya.
Adeya mula rasa lapang kerana beberapa hari ini dia agak kemurungan

Malam itu Adeya menanti Farris pulang. Hampir tengah malam baru Farris pulang.

"Bie, sayang nak minta izin Bie."

"Pasal Ibu Salma, Bie dah bayar untuk lagi 4 hari."

"Sayang nak terus pergi rumah mama minggu depan. Bie ada kerja yang tertangguh untuk di buat?" Tanya Adeya.

"Bie, dah minta Nasya bantu. Sayang pergi buat kerja dengan mama. Lagipun sayang masih cuti bukan?"

"Bie, nak minum boleh sayang buatkan?"
Farris memandang Adeya lama.
"Sayang, tak sihat bukan, pergi masuk rehat. Bie nak mandi dan tidur."

Adeya benar - benar berkecil hati. Satu persatu air matanya gugur.Dia menyekanya.
Selepas itu Adeya pergi menjalani sesi Fotografi bersama Nuqman.

Dia juga pergi lebih awal ke rumah Puan Maya. Adeya lebih tenang walaupun kerjanya mengadap komputer 24 jam.

"Kenapa Adeya pucat saja." Soal Maya.

"Tak sihat sikit Puan Maya. Tapi tak apa, kat sini saya boleh rehat. Lagipun tak banyak, esok dah siap semua."

"Bagus kamu, patut Rian ambil sebagai pembantu."Adeya hanya tersenyum.

" Satu, lagi cantik tak model ni. Saya suka lihat matanya. Kalau Rian setuju saya nak pinang dia."

Adeya hampir tersedak apabila melihat gambar itu adalah dirinya.

"Hm...boleh puan Tanya ?"
"Nanti saya Tanya." Jawab Maya sepatah.

Adeya sudah sihat sepenuhnya. Dia kembali bertugas seperti biasa.

"Welcome Deya, Jom pergi lunch dengan Hani lama tak keluar sekali nak bincang pasal projek baru." Adriana bersungguh-sungguh mengajak Adeya.

"Tanya Bos dulu." Adriana masuk bilik Farris.

"Rian , Hani bawa Deya pergi lunch. Nak follow tak?" Ajak Adreana.

"Pergi dulu, Rian banyak kerja."
Adriana begitu riang sekali .
"Kenapa Cik Adreana nampak gembira saja." Soal Adeya.

"Panggil Hani saja. Hani nak tanya Deya beberapa hal. Apapun kita makan dulu."
Ketika mereka makan datang seorang lelaki yang Adeya kenal.

"Hai, Sara. Masih ingat I." Adeya hanya tersenyum.

"Hani, I nak jumpa client. Enjoy you lunch.Bye." Imran berlalu.

"Deya kenal Imran?"
Tiba-tiba saja Farris datang bersama Anas.
"Hani, makan tak ajak Anas. Deya sure Hani ada muslihat , kalau tidak pasti dia tak ajak Deya." Serkap Anas.

"Anas cemburu. Rian duduklah. Kenapa baru sekejap Hani Pinjam Deya dah rindu."

"Tak, Deya tak boleh minum ais, order lain. I dahaga. I minum dulu." Ucap Farris .
Adeya hanya tersenyum. Anas dan Hani berpandangan.

"Sejak bila Rian pandai jaga orang ?" Soal Anas.

"Sejak Rian ada Deya." Berderai ketawa Adriana.

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now