41

32 4 2
                                    

Azman begitu cemas sekali kerana sudah hampir 12 jam dia menanti ,namun Marina masih belum lagi melahirkan bayi mereka.

Adeya tiba dengan Anas. Dia mendapatkan Azman.

"Kenapa, awak nak sangat saya datang" soal Adeya.

"Saya nak awak jumpa Marina. Awak saya minta maaf. Saya dulu banyak menyusahkan awak" rayu Azman.

"Saya dah lama maafkan awak" ujar Adeya.

"Awak jumpa Marina , boleh?" rayu Azman.

"Awak...saya risau nanti Marina memaki hamun saya" ujar Adeya. Dia faham benar dengan perangai Marina.

"Saya harap sangat awak...tolonglah" rayu Azman.

"Baiklah, saya cuba demi anak awak" Adeya memandang lama wajah Anas. Dia mencari kekuatan dari Anas.

Adeya melangkah masuk ke wad yang menempatkan Marina. Dia lihat wajah Marina pucat serta kelihatan dia sedang menahan sakit.

"Marina" panggil Adeya. Wanita itu memandangnya.

Tiba-tiba dimata Marina gugur manik-manik jernih. Adeya menghampiri Marina.

Marina tiba-tiba memeluk Adeya.

"Maafkan saya Deya. Saya terlalu banyak sakitkan hati awak" Marina mencium tangan Adeya.

"Marina, bawa bersabar. Saya tak pernah simpan dendam pada awak mahupun Azman.

"Ampunkan saya. Sebab saya awak berpisah. Saya minta sangat awak maafkan saya" rayu Marina.

"Mengucap Marina" pujuk Adeya sambil mengusap rambut Marina.

"Saya menyesal Deya. Sekarang baru saya sedar betapa sakitnya awak ketika mengandungkan anak-anak awak. Betapa sukarnya juga nak melahirkan. Kini baru saya rasa" esak Marina.

"Awak sabar Marina. Saya tak pernah simpan dendam kerana saya tahu ini adalah takdir yang Allah tentukan" Adeya menggosok tangan Marina. Dia juga menggosok perut Marina.

Tiba-tiba Marina rasa sakit. Dia mengcengkam tangan Adeya.

"Panggilan Doktor. Saya rasa macam bayi ni nak keluar. Adeya menekan butang kecemasan. Dua orang jururawat datang. Bersama Doktor.

"Saya keluar dulu" pinta Adeya.

"Doktor , biar dia bersama saya. Saya nak bersalin dah" walaupun sedang sakit Marina tidak mahu Deya keluar. Memandang Marina sudah lama di situ, Doktor membenarkan Adeya kekal bersama. Tidak sampai 10 minit Marina selamat melahirkan bayi perempuan. Dia memeluk lengan Adeya sambil menangis.

Selepas dia mencium bayi itu dia meminta Adeya menciumnya. Selepas itu Adeya meninggalkan Marina.

Apabila dia keluar dia tersenyum memandang Azman.

"Tahniah, Awak dapat anak perempuan. Azman saya pulang dulu. Kirim salam pada Marina"

"Anas, jom kita pulang. Nanti risau pula Rian"

"Terima kasih awak. Saya bersyukur sangat. Anas terima kasih. Kirim salam pada Farris"

"Jaga, Marina baik-baik" pesan Adeya.

"Anas, kita singgah sekejap di mana-mana kedai. Deya lapar" pinta Adeya.

"Boleh saja. Anas pun lapar juga" Anas cukup selesa dengan Adeya.

"Terima kasih. Esok boleh tumpangkan Deya ke pejabat. Rian rasanya ada meeting di luar"

"Anas , Okey saja. Untuk Deya semua okey"

Ketika mereka masuk ke kedai makan Adeya terpandang Farris. Pada mulanya dia ingin menegur namun tiba-tiba datang seorang perempuan duduk di depan Farris.

"Anas, kita pergi KFC sebab Deya rasa tak lalu nak makan di sini. Adeya terus meninggalkan Anas. Mereka meninggalkan kedai makan tersebut.

Anas tahu Adeya nampak Farris. Dia juga perasan. Tapi dia pura-pura tak nampak.

Anas telah maklumkan pada Farris. Dia membawa Adeya ke hospital.

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now