38

34 3 0
                                    

Sir Fahim memandang lama wajah Adeya yang nampak agak kurang selesa sejak awal pertemuan lagi.

"Kenapa Adeya nampak tak selesa sejak tadi?" soal Sir Fahim.

"Puan Maya jemput saya dan anak-anak untuk hadiri jamuan makan malam esok. Saya risau anak-anak saya"

Sir Fahim tersenyum.

"Adeya, jamuan tu tertutup. Hanya beberapa orang sahaja di jemput. Awak tak perlu risau sangat" ucap Sir Fahim.

"Sir, saya jarang bawa anak-anak saya ke Majlis. Risau mereka tak dapat sesuaikan diri"

"Awak jangan risau. Isteri saya suka budak-budak cuma nak tunggu cucu sendiri Farris Rian...awak tahulah dia bagaimana"

"Insyaallah, saya akan datang. Sir jangan risau. Saya keluar dulu" pinta Adeya.

Sejak pagi Adeya terasa tak berapa sedap badan. Namun demi memenuhi janji dia terpaksa pergi. Farris telah beritahu bahawa dia akan lewat sedikit pergi ke Majlis tersebut.

Anak-anak Adeya juga hairan ke mana Adeya hendak bawa mereka. Selama ini mereka hanya menyambut apa jua hanya di rumah. Mereka terlalu kurang mengenal dunia luar. Lagipun semasa mereka bersama Adeya hidup mereka terlalu sukar dan susah.

"Mummy nampak pucat sangat" soal Adib.

"Okey saja. Adib jangan lupa pesan mummy, jaga adik-adik"

"Mummy, kenapa mummy cemas. Cuba mummy bertenang. Mummy selalu tenangkan Adib dulu" Adib menggosok tangan Adeya.

"Terima kasih, sayang. Orang yang Kita nak jumpa sebentar lagi, mama dan papa Daddy serta adik-adik daddy. Mummy harap Adib, Aidil dan Adha serta princess mummy Adeba jaga adab. Boleh?" pesan Adeya.

" Baik mummy" jawab mereka serentak.

" Mummy...Deba rindu daddy. Lama daddy tak pulang"

"Daddy sibuk sayang.Nanti mummy suruh daddy cuti "

"Thank you mummy" Adeba merenung Adeya.

Mereka tiba di rumah mewah milik Sir Fahim. Apabila Adeya melangkah masuk saja Adriana menyambut mereka.

"Wah... hensome-hensome anak Deya." puji Adriana.

"Nak panggil kakak or aunty" soal Adib.

"Aunty. Hensome boy ni?" soal Adriana.

"Saya Adib, ini Aidil dan Adha kembar dan only princess buah hati daddy. Adeba" perkenal Aidil.

"Dah sampai. Jemput masuk. Hai!" Puan Maya tertarik pada Adeba.

"Kenal lagi Aunty....comel Adeba" puji puan Maya.

"Mana mama kenal Adeba?" soal Adriana.

"Baru ni mama jumpa tok ma. Mama tertinggal kunci. Adeba tunggu sampai mama datang" jelas Puan Maya.

"Deya...banyak hero hensome. Bertuah sungguh" Anas pula menegur mereka.

"Tapi kenapa princess ni muka masam?" Anas perasan Adeba kurang gembira.

"Biasa uncle. Dia rindu daddy. Dah 2 minggu daddy tak pulang" terang  Adha.

"Deya dah kahwin?" soal Puan Maya hairan.

"Sayang, bawa budak-budak tu masuk. Buat apa di luar. Boleh kita makan" ajak Sir Fahim.

Adeya melayan anak-anaknya. Tiba-tiba saja dia masuk ke dapur dan terlanggar dengan Puan Maya Adeya terjatuh. Dia terasa sakit sangat perutnya.

"Deya...okeykah. Mari kita ke luar" Puan Maya memapah Adeya keluar. Ketika itu Farris baru tiba.

Dia terus mendapatkan Adeya.

"Sayang, kenapa ni?" Farris mendukung Adeya ke kerusi.

"Tiba-tiba saja perut sakit" ucap Adeya.

"Daddy.." Adeba menghampiri Farris dan memeluknya.

"Adib, tolong jaga adik-adik. Daddy bawa mummy pergi hospital" arah Farris pada Adib.

"Baiklah daddy. Jangan risau" ucap Adib.

"Rian, bawa Deya ke hospital. Budak-budak tak apa. Kami semua boleh uruskan" ujar Anas.

Farris mendukung Adeya ke kereta.

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now