26

30 1 0
                                    

Farris agak terkejut apabila Adeya makan agak banyak. Dia yang kurang selera. Dia hanya rasa nak dekat dengan Adeya, nak bau haruman yang Adeya pakai.

"Kenapa Bie tenung sayang." soal Adeya pelik.

Tiba-tiba saja datang seorang lelaki.
"Kecil dunia ni..Sara. Lama tak jumpa. Wow! sekarang dah senang." Tegur seorang lelaki yang berpakaian agak kemas.

"Cukuplah, Imran. Jom." Adeya memeluk lengan Farris berlalu.

"Siapa sayang?" Soal Farris apabila Adeya nampak tak suka pada lelaki tadi.

"Kawan." Sepatah

"Bie tak pernah tahu?"

"Kisah lama." Mereka tiba di conference Room.

"Bie nak tahu?"

"Bie, dah lama! " Adeya meninggikan suara pada Farris menyebabkan tiba-tiba mulut Farris menciumnya. Dia terkaku seketika.

"One last warning sayang, you know. Your voice. Please control " Farris memberi amaran.

Tiba-tiba saja pintu di buka.

"My lovely Bro. I miss you Bro." Seorang lelaki memeluk Farris
wajahnya mirip Farris cuma berbeza putih. Farris lebih kacak. lebih gentleman.

"Hai! sweet candy, I Anas Farhan. Awak sangat anggun" puji Anas.

Adeya tersenyum.
"Maisara Adeya. Deya. Penolong Encik Farris Rian." Adeya melirik kepada Farris.

"Papa, Anas rehat kejap. Nanti Anas bantu papa. Hani teman Anas makan."  ajak Anas.

"Hani, suka lihat wajah Deya. Macam baru kena cium." Adriana memeluk lengan Anas dan berlalu.

"Sorry Bie." Adeya memeluk Farris dari belakang. Mereka meneruskan kerja tanpa memikirkan Apa yang terjadi tadi.

Adeya tahu Farris sudah penat.Kerana dia juga telah letih. Adeya membiarkan saja Farris tidur. Jam sudah 1.00 pagi. Dia lihat tak akan ada sesiapa datang Adeya ingin bersolat.

Apabila dia selesai solat dia tertidur. Dia sedar saja lihat Adriana, Sir Fahim dan Anas serta Farris sedang bekerja. Adeya melipat telekung dan kembali ke sisi Farris.

"Minum kopi ni. Kenapa solat tak kejut." Soal Farris.

"Ingat sekejap, mana tahu terlelap."

"Rian , you pun tidur. Untung ada pembantu yang sanggup teman you. Deya kalau Rian buli cakap dekat papa." Ujar Adreana.

Adeya pelik kenapa tiba-tiba saja Adriana membela dia. Selalu gadis itu sentiasa memandang serong padanya.

"Okey, Semua lagi dua jam kita semua boleh balik berehat. Kita akan jumpa lunch nanti. Papa ada suprise."

"Papa, letih kerja macam ni?" renget Adriana.

"Nanti papa bagi triple bonus"

"Adeya ikut sekali. Kita Check out terus." arah Sir Fahim.

"Pukul berapa papa?" Soal Farris.

"Pukul 11.00 pagi jangan lewat sebab papa dah sedia semua ikut shadule."

"You buat semua ni ikut draf. I keluar kejap." Farris meletakkan kotnya di bahu Adeya dan keluar.

Kini hanya tinggal Anas dan Adeya. Anas datang duduk dengan Adeya.
"Deya dah lama kerja dengan Rian?"

"Lama juga, kenapa ?" Adeya memandang Anas.

"Rian banyak berubah. Dia tak macam dulu lagi. Dia lebih cool berbanding dulu. Sebab tu dia tak pernah ada pembantu."

" Yang , saya tahu En Farris tegas. Apa dia cakap kena ikut."

"Sehinggakan dia boleh cium Awak." Anas terus keluar. Adeya dapat rasa Anas lihat apa yang jadi tadi. Dia meneruskan kerjanya.

******

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now