39

31 1 0
                                    

Sepanjang jalan Farris begitu cemas.

"Bie, insyaallah sayang tak apa-apa" pujuk Adeya walaupun dia terasa sangat sakit di bahagian bawah perutnya.

"Sayang, tenang. Bie cuma cemas" Farris ingin menyedapkan hati Adeya kerana dia juga tak tahu nak gambarkan bagaimana saat cemasnya dia ketika ini.

Mereka tiba di hospital Adeya terus menerima rawatan. Farris menanti dengan penuh gelisah. Dia memandang saja bilik yang tertutup rapat.

Sir Fahim , Adriana dan juga Puan Maya tiba bersama-sama.

"Rian  , dah lama kahwin?" soal Adriana.

Farris mengangguk lemah.

"Dah hampir 2 tahun kami kahwin. Rian harap sangat kehadiran cahaya mata kami" Adriana memeluk Farris bagi menenangkan abang yang sentiasa menjauhkan diri mereka.

"Rian...kita sama-sama doakan Deya. Papa harap Rian tabah" kini Farris di peluk oleh Sir Fahim.

"Anas , mana anak-anak?" soal Farris apabila dia tidak nampak kelibat anak-anak Adeya.

"Tinggal dengan Mak Chu.. lagipun Deba dah tidur" jelas Anas.

"Anas tak sangka Rian yang pendiam ini begitu hebat mempunyai anak-anak yang hebat" puji Anas.

"Rian, mama minta maaf. Mama akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa terjadi.

Seorang Doktor wanita menghampiri mereka.

"Suami Puan Adeya?" soalnya pada Farris.

"Ya , saya" jawab Farris lemah"

" Puan Adeya nak jumpa Encik Farris" ujar Doktor tersebut.

Farris masuk lihat wajah pucat milik Adeya. Namun Masih ada senyuman walaupun di tubir matanya terkesan genangan air.

"Sayang..Okey?" soal Farris sambil memeluk Adeya.

"Sayang, Alhamdulillah. Bie boleh sayang jumpa papa, mama dan adik-adik sayang" pinta Adeya.

"Boleh, nanti Bie panggil" Farris mendapatkan keluarganya.

Puan Maya masuk saja terus memeluk Adeya.

"Terima kasih kerana terima anak mama" Puan Maya mengucup dahi Adeya.

"Tak sangka my sister in law" kini giliran Adriana memeluk Adeya.

"Papa, mama boleh pulang berehat. Terima kasih sudi datang dan maaf kerana merosakkan majlisa mama" ujar Adeya.

"Bie" Adeya mengenggam tangan Farris.

"Bie, mama papa Deya minta maaf sebab tak jaga kandungan ini. Bie maafkan sayang" Adeya mencium tangan Farris yang terdiam seribu bahasa.

"Deya, jaga kesihatan. Papa harap Deya tabah" ujar Sir Fahim.

"Deya, Rian. Mama minta maaf" Maya memeluk Farris.

"Mama, jaga kesihatan" ucap Adeya sambil mencium tangan Puan Maya.

"Nanti Deya pantang di rumah mama"  Puan Maya tahu Farris kurang selesa.

Kini hanya tinggal mereka berdua. Farris sejak tadi tidak bersuara.

"Bie, sayang tak apa-apa. Bie tentu belum makan. Bie pergi mkn dulu"pinta Adeya.

"Sayang, Bie harap sangat kita ada anak bersama" kedengaran seperti merajuk suara Farris.

"Bie, insyaallah..suatu hari nanti kita akan punya anak bersama" Adeya menggosok-gosok tangan Farris.

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now