19

35 2 0
                                    

Adeya terlewat jaga pagi itu, dia memandang Farris yang sedang nyenyak. Dia tiba-tiba mula rasa kasih pada suaminya. Lama Adeya merenung Farris.

"Bie tahu, bie hansome jangan tenung Lama-lama.Melting nanti" Farris menyakat Adeya.

Adeya termalu sendiri. Farris merenung lama Adeya. Dia tersenyum sambil merangkul pinggang Adeya

"Sayang , I love you." Bisik Farris.

Adeya merenung Farris. Dia tersenyum

" Bie , sayang tambah mengantuk, dah pukul 8.00 , Bie tak masuk pejabat?" Dia cuba tukar topik.

"Tak, bie nak habiskan masa dengan sayang. Bie rindu sangat sayang."

"Bie, boleh sayang tanya " Adeya terdiam bila Farris memejamkan mata. Dia menarik nafas dan merenung wajah tenang Farish.
Rasa bersalah pada Farris agak kuat. Dalam berfikir dia juga terlena.
***

"Jauh Deya menung ada masalah ?" Soal Puan Maya

"Taklah Puan dah lama Farris tak pulang?" Soal Adeya

"Rian, outstation lagipun dia bukan tinggal di sini , dia tinggal sendiri. Saya nak tanya Deya."

"Ada apa puan.?"

"Deya kenal Rian dah lama?'

"Deya kerja dengan dia. Lama juga. kenapa Puan ?

"Saya dengar Rian dah kahwin
Tapi saya tak tahu betul atau tidak."

"Kenapa Puan mengeluh? "

"Sebab saya tak pernah ambil tahu pasal dia."

"Maaf, kalau saya bertanya?"

"Ada Apa?"

"Kenapa Puan tak ambil tahu tentang Farris ?" Adeya cuba menggorek rahsia.

"Hati saya sakit. Tapi Rian anak yang baik. Dia tak pernah ambil hati apapun yang saya buat. Terima kasih Deya sebab datang sini bantu saya. Saya ingat lepas siap semuanya awak akan kembali bertugas. Jadi setiap bulan saya akan minta awak datang sini selama seminggu untuk bantu saya."

Adeya hanya tersenyum .
"Puan tanya Farris, saya rasa tak ada masalah."

"Awak seperti memahami Rian. Lupa saya nak cakap."

"Ada apa Puan?"

"Awak rasa okey tak saya nak jodohkan Rian  dengan Batrisya?"

"Terpulang pada Puan." Hatinya Sedikit gusar.

Adeya terkejut apabila Farris memeluknya dari belakang

"Bie terkejut sayang. Lama Bie hilang." Adeya memandang lama Farris.

"I miss you." Adeya memeluk Farris lama. Dua minggu Bie , mana tak rindu"

Ayat itu membuatkan Farris agak terdiam.

Adeya membiarkan saja Farris begitu. Dia memusing badan mengadap Farris. Ada sesuatu Yang menyenangkan Adeya bila memandang Farrish.

"Kenapa tenung Bie macam tu?"

"Sayang lihat syurga sayang."

"Iya...Bie nak mandi dulu. Sayang buat air untuk Bie."

"hm."

Petang itu selepas kerja mereka habiskan masa bersama anak-anak kebetulan esok cuti umum. Adeya Sejak pulang rasa tak sedap badan.
Dia hanya berehat di bilik. Farris yang banyak melayan anak-anak.

"Kenapa ni sayang?" Soal Farris.

"Entah asyik pening saja. Loya pelik juga."

"Sayang , kita pergi klinik. Nanti melarat susah." Ajak Farish.

"Okey saja Bie, Sayang pejam mata seketika."

"Bagi Bie peluk mana tahu lega." Farrish memeluk Adeya.

Adeya pelik kenapa dia rasa tenang berada dalam pelukkan Farrish.

Dalam tak sedar dia terlelap.
Farris memandang lama wajah itu hingga dia juga terlelap.

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now