35

41 6 2
                                    

Adeya memeluk lengan Farris manja.

"Kalau begitu apakata kita pergi klinik." Ajak Farris.

"Biar dulu Bie. Nanti dah 3 bulan kita pergi jumpa Dr." Adeya mengucup lama tangan Farris.

"Sayang, terima kasih.' Giliran Farris mengucup tangan Adeya. Mata Adeya merenung Farris.

"Sama-sama kasih Bie. Tapi untuk apa Bie ? "

"Kerana sayang Bie, bagi Bie sepenuh kasih sayang. Walau Apapun takdir kita. Bie tetap akan sayang dan cinta pada Sayang. Walau apapun yang merubah hidup Bie, sayang ingat satu saja. Mungkin perbuatan Bie melukakan tetapi sebelum sayang buat apa-apa pandang mata Bie. Sebab mata tak boleh menipu."

Farris tersenyum walaupun dihatinya tiba-tiba rasa ada sesuatu yang tidak sedap.

"Apapun, sayang tetap akan setia hanya pada Bie seorang."

Indah malam itu merupakan suatu kenangan indah yang sentiasa bermain di minda Farris setiap saat.

****

"Ma, kenapa rumah ini hendak diberi kepada isteri Rian?" Soal Puan Maya.

"Sebab apabila dia lahirkan zuriat buat Rian Ma akan tukar kepada isteri Rian sebagai pemilik tunggal seperti mana Rian dapat Syarikat."

"Habis Hani, Anas bagaimana?"

"Maya, mereka akan miliki harta yang Ma wariskan pada kamu, pada Fahim. Semua duit Ma. "

"Tapi Ma, kalau isteri Rian tak ada Zuriat bagaimana?"

"Ma, tak fikir begitu. Kamu masih berdendam dengan Rian." Maya diam.

Maya mencari-cari kunci keretanya selepas dia meninggalkan kereta tadi.

Tiba-tiba ada seorang gadis comel mencuit lengannya.

"Aunty cari ini?" Soal gadis tersebut.

"Ya, mana anak dapat kunci Aunty?"

Gadis comel itu tersenyum.

"Aunty tertinggal dalam kereta , tadi saya lalu sini saya ternampak. Tapi saya tak tahu siapa punya kereta."

"Jadi, anak tunggu sehingga aunty datang."

Gadis comel itu mengangguk.

Maya menggosok gadis comel itu.

"Siapa nama anak?" Soal Maya.

"Saya Maisara Adeba. Aunty panggil Deba."

'Deba tunggu siapa. Tak balik lagi?" Soal Maya.

"Deba tunggu Abang, Abang Deba ada perjumpaan kelab Badminton. Jadi nak minta ayah ambil Deba awal kesian ayah, jadi Deba tunggu abang."

"Ayah Deba tak kerja. Kalau tak aunty hantar Deba balik."

"Daddy upah ayah hantar dan ambil Deba dan Abang. "

"Daddy, ayah banyak Deba ada." Maya rasa gembira berbual dengan Adeba

"Mesti, aunty ada banyak kerja. Deba nak pergi tunggu Abang-abang Depa."

"Ini Aunty bagi ikhlas. " Maya menghulurkan wang RM 50.00.

"Aunty, terima kasih. Deba tak boleh terima. Nanti Daddy marah. Aunty hati-hati tahu. "Adeba mengambil tangan Maya dan menciumnya.

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now