40

48 2 0
                                    

Hari ini Adeya keluar wad. Dia terpaksa menurut kehendak Farris agar dia tinggal di rumah mereka walaupun Puan Maya ingin menjaganya selama berpantang.

Sejak tadi Adeya lihat Farris membisu. Sambil menyiapkan kerja-kerjanya.

"Bie, Sayang nak balik rumah mama. Sebab ada kerja nak kena siapkan" Adeya memecah hening sunyi antara mereka.

Farris masih membisu. Dia kemudian memandang sepi Adeya.

"Kenapa Bie masih marah sayang?" soal Adeya sambil menghampiri Farris di sofa.

"Bie hantar sayang esok. Sayang pergi tidur dulu. Bie nak keluar. Jangan tunggu Bie balik" Farris mencium dahi Adeya dan berlalu.

Adeya pelik juga. Tapi dia faham hati Farris sangat keciwa apabila mereka kehilangan kandungan yang hampir memasuki 12 minggu. Adeya mencapai telefon .

Bie
Selamat malam bie. Maafkan sayang.
Luv you....

Dia menghantar pesanan ringkas buat Farris. Namun tiada balasan. Dia akhirnya terlelap.

Apabila dia sedar pagi itu Farris baru keluar dari bilik air.

"Dah pukul berapa Bie?" soal Adeya.

"Pukul 7.00. awal lagi Bie tahu sayang masih cuti" Farris membuka almari mengeluarkan pakaiannya tanpa menghiraukan Adeya.

Adeya meninggalkan pembaringannya. Dia terus ke bilik air selepas mengambil tuala dari Farris.

Adeya keluar dari bilik air Farris telah tiada. Dia menyiapkan dirinya dan turun ke bawah.

Farris memasukkan beberapa helai pakaian miliknya. Dia tidak mahu mamanya menghidu kedingannya.

"Bie, sayang nak singgah pejabat sekejap boleh?" pinta Farris.

"Sayang , Bie cuti hari ni. Sebab nak bawa sayang jumpa anak-anak. Kita makan tengahari bersama-sama" jelas Farris.

Adeya merenung lama wajah Farris yang tiada segaris senyuman. Sejak 7 hari dia berpantang, sejak itu tiada senyuman buatnya. Wajah itu sentiasa tegang .

Adeya memejam matanya agar hatinya tenang. Farris dengan kedinginannya. Membuat hati Adeya turut merasainya.

Ketika di rumah Puan Maya ,Adeya dilayan begitu baik. Farris juga begitu namun semua layanan hanya di mata  orang semata-mata.

Adeya merebahkan tubuhnya setelah seharian bekerja menyiapkan semua laporan Puan Maya.

Dia merenung syiling bilik kerana matanya tidak mahu terlelap apabila tiba-tiba saja masuk satu panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali.

Adeya menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Sara saya ni saya perlu pertolongan awak" rayu Azman.

"Azman, ada apa?" soal Adeya pelik. Lelaki yang menghubunginya tidak pernah menghormati Adeya.

"Ya, Man perlu Sara. Marina. Marina sakit nak bersalin. Man rasa hanya Sara dapat membantu" kedengaran suara Azman semakin cemas.

"Nanti I tanya Farris. Apa-apa I call. Hantar Hospital mana" Adeya mematikan talian dan hubungi Farris. Namun panggilan tidak di jawab. Adeya turun ke bawah dia bertemu Anas.

"Adeya ada apa?" soal Anas.

"Deya nak pergi hospital. Boleh Anas temankan?" pinda Adeya.

"Boleh, tapi tunggu sekejap Anas mandi boleh?"

"Boleh, semantara Deya nak makan dulu. Lapar"

"Okey"

Adaiku Tahu Takdir IniWhere stories live. Discover now