🌗 Chapter 16: Mingyu's proposal 🌗

2.5K 180 84
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


JIN membuka pintu bilik apabila tiada sahutan dari Sujeong. Namun tiada susuk tubuh Sujeong di atas katil. Bilik air juga tiada kedengaran titisan air yang menandakan Sujeong sedang mandi. Pelik, ke mana Sujeong pergi? Kaki dia dah okey ke? Jin pun berlalu pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

"Morning, Jin." sapa Rapmon yang baru tiba di dapur. Suga dan Hoseok turut muncul sekali. Masing-masing duduk di meja makan.

"Morning." balas Jin yang sibuk membuat sandwich daging. Yalah, budak-budak semua ni makan daging. Sehari tak sah kalau tak makan daging.

"Sujeong mana?" tanya Suga apabila baru perasan Sujeong tiada di meja makan.

"Entah la. Tadi pergi kat bilik dia takde." balas Jin.

"V pulak?" tanya Hoseok pula.

"V macam biasalah. Kadang-kadang ada kat rumah, kadang-kadang tak balik. Entah ke mana dia merayau." balas Suga sambil bermain garfu. Tak sabar nak makan sandwich daging.

"Hurm, Hoseok. Kau pergi panggil Jimin dan Jungkook kat kandang kuda sana tu. Suruh mandi dan breakfast. Kesian pulak dua ekor tu tak makan sejak semalam." arah Namjoon. Tetapi dia tidak tahu Jimin dan Jungkook tidak sempat kebuluran kerana Sujeong terlebih baik hati datang memberi mereka makan.

"Sejak bila pulak kau pandai kesian-kesian dengan orang ni? Sebelum ni mana pernah kau nak kesian dengan orang. Hati dah jadi lembut ke sejak kenal rapat dengan Sujeong?" tegur Suga sambil ketawa kecil. Tak percaya pulak rasanya hati Namjoon dah berubah lembut.

"Diamlah." Namjoon jeling Suga dengan riak tiada perasaan.

"Hoseok, pergi panggil Jimin dan Jungkook tu masuk." arah Jin kepada Hoseok.

"Hurm, yelah." dengan malasnya Hoseok berdiri dan berlalu pergi ke arah pintu belakang kerana jalan lebih dekat.

"Jin, cepatlah bagi sandwich daging tu. Tak sabar nak makan ni." gesa Suga tidak sabar.

"Nah, ambik." Jin menolak pinggan ke arah Suga. Suga pula terus melahap sandwich daging.

Hoseok berjalan malas ke arah kandang kuda lalu pintu dikuak seluasnya.

"Jimin, Jungkook. Namjoon dan Jin hyung suruh korang masuk ru..." ayat Hoseok tergantung sebaik melihat pemandangan dalam kandang kuda yang sudah seperti terkena ribut taufan. Bersepah habis! Dia melihat Jungkook dan Jimin sedang tidur sambil memeluk Reo dengan erat. Tetapi Reo diikat dengan tali lagak ingin menghalangnya dari menyerang sesuatu. Dan matanya beralih ke arah Sujeong yang tidur bersandar pada kuda. Kuda tu Hoseok punya. Nanti! Reo tu haiwan mamalia yang makan daging. Kenapa Reo ada kat sini? Reo serang kuda dia ke?! Kuda dia masih hidup lagi ke?!

"KUDAA AKUU!!!!!" Hoseok terus berlari ke arah kudanya sambil menjerit.

Jeritan Hoseok itu telah berjaya mengejutkan Jimin, Jungkook dan Sujeong yang sedang lena tidur. Termasuk juga Reo turut terjaga.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now