🌗 Chapter 5: Run 🌗

3K 192 55
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


TENGAH malam itu Sujeong keluar turun ke dapur kerana tekaknya rasa haus. Sujeong membuka pintu peti sejuk dan melihat minuman-minuman yang ada. Matanya tertancap pada botol berisi air susu.

"Ah, susu!" ujar Sujeong tersenyum lantas mengambil botol berisi air susu itu. Dia membaca sticky note yang tertampal pada botol air susu itu.

"Susu untuk Sujeong. Wah, Jin sediakan air susu untuk aku la. Baiknya dia. Nak bawak masuk bilik la." kata Sujeong terharu lantas menutup pintu peti sejuk. Sujeong pun menapak keluar dari dapur.

Semasa berjalan menuju ke arah tangga melalui sebuah bilik, telinganya terdengar suara sayup-sayup namja.

"Jin, wae kau tak bagitau angel tu perkara yang sebenar? Wae kau tipu dia sedangkan laluan rahsia ke dunia angel sebenarnya ada?" suara garau seseorang bertanya telah menghentikan langkah Sujeong. Sujeong menoleh dan melihat pintu sebuah bilik itu terkuak sedikit. Sujeong pun pergi menghendap ke pintu lalu melihat keadaan di dalam bilik itu. Kelihatan ada Jin dan Taehyung. Apa mereka berdua sedang bualkan ni? Laluan ke dunia angel sebenarnya ada? Jin tipu? Kenapa?

"Bukan masa yang sesuai lagi, V. Kita bagi Sujeong biasakan diri dengan kita dulu baru bagitau perkara sebenar kepada dia. Dia masih lagi takut dengan devil-devil." jawab Jin tenang. Sujeong mengerutkan dahinya. Kenapa pulak dengan Sujeong?

"Tapi sampai bila?! Takkan nak kena tunggu sampai kita semua terkena sumpahan?! Kau sendiri bagitau hari tu ada ramalan mengatakan akan ada seorang angel suci datang ke dunia devil dan hadir dalam hidup kita menyebabkan kita semua bakal terkena sumpahan terutama sekali aku! Jungkook pun dah mula terkena sumpahan tu tadi! Aku tak boleh biarkan benda ni berlaku!" bentak Taehyung tak puas hati membuatkan Sujeong tersentak. Angel suci? Adakah dirinya angel suci dimaksudkan Taehyung itu?

"V... setiap ramalan akan tetap berlaku jugak walau macam mana pun. Kita tak boleh nak buat apa-apa selain menjaga dia sehingga genap 100 hari. Nak ubah ramalan memang boleh je kalau kau..."

"Semua tu takkan pernah berlaku! Takkan! Aku benci angel tu! Daripada kita menjaganya baik kita simpan dia untuk kegunaan kalau-kalau takde stok makanan nanti aku boleh baham dia! Aku tahu kau pun sebenarnya teringin nak hisap darah angel tu tapi kau tahan keinginan kau! Tak payah nak layan dia baik sangat la Jin! Dalam masa terdekat aku akan baham angel tu sebelum sumpahan tu merebak! Aku tak kira! Angel tu mesti dihapuskan!" kata-kata keras Taehyung telah mula menakutkan Sujeong yang diam-diam mendengar perbualan mereka. Tubuhnya mengigil.

Disebabkan tubuhnya mengigil botol air susu dipegang Sujeong terjatuh ke lantai menyebabkan Jin dan Taehyung menoleh. Jin terkejut melihat Sujeong.

"Sujeong??"

Sujeong yang ketakutan terus melarikan diri. Sujeong pergi ke arah pintu utama dan berlari keluar. Kini Sujeong betul-betul takut. Dia taknak tinggal di sini bersama devil-devil. Lebih baik dia lari dan cari sendiri jalan keluar untuk kembali ke dunia angel. Sampai hati Jin menipunya! Dia ingatkan Jin devil yang baik! Tapi sangkaannya silap! Semua devil sama je jahat! Barulah Sujeong sedar dia sebenarnya angel suci! Bukan angel biasa!

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now