🌗 Chapter 27: Cruel 🌗

1.8K 152 23
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********


DAHI Namjoon berkerut apabila terlihat tiga ekor tikus datang ke arahnya dan Suga. Namjoon tahu tikus hitam dan putih itu ialah Jimin dan Jungkook. Tetapi tikus coklat mana pula mereka berdua bawa datang ni? Terus Namjoon mengejutkan Suga yang tertidur beberapa jam yang lama selepas Taehyung datang mengambil bekal makanan tadi.

"Suga... Suga..." panggil Namjoon sambil menepuk bahu Suga bertubi-tubi.

"Aish! Apa ni tepuk bahu orang ni?! Aku nak tidur laa..." balas Suga dengan mata masih terpejam dalam keadaan mengantuk.

"Bangun laa! Jimin dan Kook dah datang tu!" kejut Namjoon kali ini meninggikan suaranya ke arah telinga Suga sehingga mamat swag itu terkejut.

"Bising laa! Pekak telinga aku boleh tau tak?!" jerkah Suga bengang. Mana tak marah kalau ada orang buat bising kat sebelah telinga bila kita tengah nyenyak tidur. Ya, tak?

"Nak aku kejut lembut-lembut memang sampai esok la kau takkan bangun! Tu! Jimin dan Kook dah datang!" bidas Namjoon selamba sambil menunjuk ke arah tiga ekor tikus. Suga memandang ke arah ditunjukkan Namjoon.

"Tikus mana pulak dorang datang bawak sini?" soal Suga hairan melihat ada seekor tikus coklat.

Akhirnya tiga ekor tikus itu sampai. Tikus hitam itu mula membuat isyarat bahasa tubuh diikuti oleh tikus putih. Sesekali tikus putih itu tunjuk ke arah istana yang jauh sedikit dari hutan diduduki mereka. Manakala tikus coklat itu cuma diam memandang mereka. Sah tikus coklat ni tikus normal.

"Apa korang nak bagitau ni?? Aku tak faham la!" ujar Suga sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Langsung dia tak faham dengan bahasa isyarat diberikan oleh Jimin dan Jungkook.

"Aku rasa dorang nak bagitau perkara penting. Suga, kau bagi dorang minum posyen untuk kembalikan bentuk asal." kata Namjoon dan mengarah Suga mengeluarkan botol posyen dari dalam beg. Faham-fahamlah kenapa Namjoon suruh Suga yang ambil botol posyen tu. Takut botol posyen tu hancur dalam genggamannya. -,-

Suga pun mengeluarkan botol posyen putih dari dalam begnya untuk diberi minum kepada Jimin dan Jungkook. Suga menitiskan posyen putih itu ke mulut Jimin, sterusnya mulut Jungkook pula.

Beberapa saat muncul satu kuasa mengelilingi kedua badan kecil tikus itu dan mula membesar sehingga bertukar kepada badan manusia. Riak wajah serius Jimin dan Jungkook menjadi tatapan pertama Suga dan Namjoon.

"Hah macam mana? Jumpa tak peta tu?" soal Namjoon.

"Kita tak perlu cari peta tu." sampuk Jimin tiba-tiba membuatkan Namjoon dan Suga pelik.

"Kenapa pulak? Kan Jin hyung suruh korang cari peta selok-belok istana tu." balas Suga pula.

"Nak cari peta tu sampai esok belum tentu lagi boleh jumpa. Sebenarnya kami ada rancangan yang lebih baik dari Jin hyung punya." jelas Jungkook serius.

❲C❳ ANGEL TO DEVIL WORLD | KTH + RSJWhere stories live. Discover now